I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 21 November 2008

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si Ibu segera mengesatkan tangan di apron , menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai RM1.00

Tolong jaga adik RM2.00

Tolomg buang sampah RM1.00

Tolong kemas bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM2.00

Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca si ibu tersenyum memndandang si anak sambil sesatu berligar-ligar di mindanya. Si Ibu mencapai sebatang pen, lalu menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu 9 bulan-
PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu-
PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu-
PERCUMA

Kos kerungsingan karana bimbangkanmu-
PERCUMA

Kos menyediakan makan, minum, pakaian serta keperluanmu-
PERCUMA

JUMLAH KESELURUHAN KASIHKU-
PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si Ibu.
Si anak menatap wajah Ibu, memeluknya dan berkata,“Saya sayangkan Ibu”
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “TELAH DIBAYAR” pada muka surat yang di tulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah saw dan bertanya ,Wahai Rasulullah,“ siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?”Rasulullah menjawab , ibumu(dan di ulamg sebanayk 3 kali), kemudian ayahmu, kemudian sanak-saudaramu terdekatmu.

Isnin, 3 November 2008

Di antara dua tangisan

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.” Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang. Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu".
Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”
Di petik dari iluvislam

WASIAT LUQMANUL HAKIM

1. Jangan terlalu mudah ketawa, jangan berjalan tanpa tujuan, jangan bertanya tanpa guna dan jangan mensia-siakan harta dunia anda.

2. Jangan cenderung kepada dunia kerana anda akan menjadi hina.

3. Jangan bersahabat dengan seseorang kerana sesuatu hajat.

4. Untuk mencari teman sejati, ujilah kemarahannya.

5. Makanlah bersama orang yang bertaqwa dan bermesyuaratlah bersama orang yang alim.

6. Ketahuilah bahawa memeindahkan batu berat yang lebih besar mudah daripada memeberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

7. Jiran yang jahat adalah kebih berat daripada mengangkat besi yang berat.

8. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kerana itu dapat menghindar dari putus asa.

9. Jauhilah diri anda daripada berhutang kerana hutang menjadikan diri anda hina pada waktu siang dan malang.

10. Marah ibu bapa anda ibarat siraman air kapada tanaman yang kering kontang.

11. Orang yang bertawadu’ kepada Allah adalah orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri semasa beribadat.

12. Orang yang bersedia untuk diberi nasihat dan selepas itu dia insaf,akan mendapat kemuliaan dari Allah.

13. Dunia ibarat lautan dalam. Ramai manusia yang karam. Jika ingin selamat, naiklah bahtera yang bernama Taqwa, isinya ialah Iman, dan layarilah dengan Tawakkal.

Sabtu, 1 November 2008

Halaqah CintaNYA.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini Ibtisam masih di berikan oleh ALLAH kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata.

*********

Di pagi sabtu yang indah ini, Ibtisam dan kawan2 serumah bersiap2 untuk menghadiri rumah sahibah yang mengadakan jamuan makan di rumahnya.

Kami x sabar2 lagiuntuk sampai ke sana. Adik2 nampak exited. Sesudah seketika menunggu, kami di jemput oleh sahibah tersebut.

Alhamdulillah, kat sana dah ramai sahibah2 yang dah sampai mendahului kami.

Majlis dimulakan dengan ummulFurqan...........Al-Fatihah.

Sebelum makan sesi ta'aruf bermula. Suka sangat dapat jumpa ramai sahibah.(:

Selepas itu kami di jamu sedikit sarapan "Rohani" yang cukup 'mengenyangkan'..seorang makcik dari Bangi menyampaikan tazkirah pada kami. Alhamdulillah banyak manfaat yang kami dapat.

Antaranya berkaitan dengan islam, iman ,taqwa, maut dan sebagainya lagi.

*********

Islam ialah sebagai cara hidup, apa yang kita fahami dengan islam, seterusya mengamalkannya dalam kehidupan.

Apa itu taqwa????

Taqwa di ibaratkan seperti kita sedang melalui sebuah jalan yang mana jalan tersebut penuh dengan duri, kita mestilah berhati2 takut terpijak akan duri2 tersebut. Begitulah di ibaratkan dalam kehidupan kita, penuh dengan mehnah dan ujian, perlu untuk kita dalam memilih jalan yang terbaik.

Maut pula sering menyuluh kita, di ceritakan bahawa dalam sehari malaikat pencabut nyawa akan menjenguk kita sebanyak 70 kali.....Masya'ALLAH alangkah takutnya diri ini.

Rahmat Allah sentiasa menyelubungi kita, cuba anda bayangkan mampukah jari jemari kita bergerak tanpa keizinan dan rahmat dariNYA...Alhamdulillah kita masih lagi di kurnia rahmat tersebut untuk meneruskan kehidupan kita sebagai hambaNYA.

Banyak lagi yang di beritahu oleh makcik tu.. syukur alhamdulillah kerana dapat lagi Ibtisam duduk dalam halaqah cintaNYA.

Seusai sahaja tazkirah tersebut, kami pula menikmati makanan yang disediakan. Jamuan itu dimulakan dengan doa oleh sahibah kami.n

segala puja dan puji pada ALLAH kerana Ibtisam masih lagidi beri kesempata menikmati rezeki dari NYA.

Selepas habis menikmati jamuan itu, kami meminta diri untuk pulang.

Sekali lagi sahibah menghantar kami pulang.

************

Terima kasih ya ukhti, sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala curahan ilmu, tenaga dan masamu....

.

Bersurai..........

Wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails