I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 30 April 2010

Saya, Student Card & Al-Quran*(Complete)

Pada satu pagi, saya jadi tidak keruan apabila student card hilang. Setiap penjuru bilik saya tinjau, tapi tidak berhasil. Hati jadi gelabah dan fikiran jadi kusut. Dia Australia, student card pelajar antarabangsa berfungsi sebagai kad pengenalan. Banyak urusan yang memerlukan student card dan denda yang akan dikenakan jika terhilangkannya amat tinggi. Sama dengan harga lunch di Knoodle Junction untuk 4 hari berturut-turut. Dalam kegelabahan itu ,saya terpandang pada tafsir Al-quran berwarna hijau pemberian Insyirah. Tiba-tiba hati saya tergerak untuk membacanya. Sebaik saja tafsir Al-quran itu saya capai, mata saya terpaku pada benda yang sangat saya kenali.

Student card!!!!

Pintu hati saya bagaikan diketuk-ketuk. Masya-ALLAH. Dia sengaja mahu menguji saya, agar saya ingat kepadaNYA. Alangkah malunya saya ketika itu. Kgelabahan dan kesibukan bersiap-siap untuk ke kelas, saya lupa untuk memulakan hari dengan membaca kalamNYA. Dalam kekusutan fikiran, saya terlupa bergantung harap padaNYA……..

Saya mengambil keputusan untuk duduk sejenak, membaca dan mentadabbur sedikit daripada ayat-ayatNYA. Lambat ke kelas pun tidak mengapa. Namun ALLAH Maha Pengasih , dengan izinNYA, perjalanan saya ke kelas sangat berjalan lancar. Setiap kali tiba disimpang, lampu isyarat bertukar hijau dan saya rasakan para pemandu di Adelaide pada pagi itu mempunyai belas kasihan yang lebih dari biasa. Apabila sampai di  kelas, rupa-rupanya kuliah masih belum bermula.
 Oh, indahnya peristiwa pagi itu
Pengajarannya, setiap ujian yang ALLAH beri ada hikmahnya. Jika kita sabar, Insya-ALLAH kita akan lebih dekat padaNYA. Jika kita sabar, Insya-ALLAH kita akan lebih ingat padaNYA. Tapi manusia makhluk yang sangat pelupa. Apabila datang ujian, seringkali manusia jadi tak keruan terpekik terlolong ke sana sini. Merintih tak sudah-sudah, mengenang nasib diri yang kononnya paling malang anatara semua makhluk di muka bumi ini. Lebih dasyat, ada yang putus harapan terhadap rahmat ALLAH, sekaligus berhenti berdoa, beribadat  dan terus mengeluh. Alasannya ALLAH tak membantunya semasa dia diuji.
Nauuzubillahiminzaalik. Bukankah dalam kitab suci Al-Quran ada menyatakan:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolonan dengan sabar dan solat.  Sungguh , ALLAH berserta orang-orang yang sabar.( Al-Baqarah : 153)
ALLAH berpesan supaya sabar dan meminta pertolongan kepadaNYA dengan solat dan kesabaran. Kalau tak habis-habis merintih, tinggalkan solat dan juga ambil mudah dengan solat, macam mana ALLAH nak bantu??? Kita muhasabah bersama.
Moga ALLAH member i hidayah serta kasih sayangNYA sentiasa  kepada kita.AAMin

Buat hati-hati yang sedang diuji diluar sana, moga anda terus mendapat kekuatan.
 
Rabu, 28 April 2010

Titiskan air matamu untuk Rasulullah s.a.w

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Sollu 'ala nnabi

Kem Perkasa Kepimpinan Islam

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukran dipanjatkan pada ALLAH atas segala nikmat NYa yang tak terhitung.Selesai sudah program yang dirancang. Hampir seminggu berjauhan dari ayahbonda tercinta bagi memastikan kerja/persiapan berjalan lancar.

Program yang diberi nama Kem Perkasa Kepimpinan Islam 2010 MARK berlangsung selama 3hari 2malam di Redwan Beach Resort Melawi. Program ini bertujuan mewujudkan semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar-pelajar yang ditaklifkan memegang badan-badan induk disekolah.

Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan baik. Beberapa modul telah dilaksanakan. Harapan kami agar adik-adik mendapat manfaat dari program yang dijalankan. Bukan sahaja tanggungjawab sebagai pemimpin disekolah yang ditekankan, malah tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH dimuka bumi, bagaimana ingin melaksanakan amanah yang diberikan ALLAH. Adakah mampu dilaksanakan dengan sebaiknya ataupun tidak.

Dalam program itu adik-adik dibiasakan dengan ayat yang menjadi panduan sebagai pemimpin yang baik.

” Dan hendaklah ada dikalangan kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh akan perbuatan yang baik, dan mencegah akan kemungkaran ( maksiat ), dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang beruntung ” . ( Surah Al-Imran : 104 )

Menjadi seorang pemimpin bukanlah satu amanah yang senang, kerana kelak ia akan disoal oleh ALLAH di mahkamah akhirat. Adakah kepimpinan yang dijalankan selandasan dengan apa yang ALLAH perintahkan?? Jadi perlulah kita menjadikan AL-quran dan Assunah sebagai jalan hidup. Insya-ALLAH, apabila ghoyah(matlamat) jelas, jiwa serta hati akan dipandu oleh ALLAH s.w.t, Biiznillah

Tarbiyyah

Menjadi seorang pemimpin tidak lari dari ujian, hatta memimpin diri sendiri, ujian yang datang adalah untuk mentarbiah seseorang agar jiwa jadi mantap, iman jadi kental.Mungkin kadang2 bermain difikiran, mengapa ALLAH memilih adik2 untuk ujian itu, tapi percayalah ALLAH tahu yang terbaik, ALLAH nak bagi pahala lebih pada adik2. Juga pada kakak2 semua dan orang lain.

Adik-adik yang dikasihi ALLAH, besar harapan kami agar adik-adik dapat mengambil apa2 yang terbaik untuk diamal dan dilaksanakan, moga mendapat Taufik dari ALLAH.

Ukhwah terbina

Buat teman-teman yang turut sama menjayakan, jutaan terima kasih atas jasa, penat lelah, Insya-ALLAH, bakal terbayar dibank sana(akhirat).

Terima kasih juga atas tautan ukhwah fillah. Moga ukhwah yang dibina diredhaiNYA

P/s : Buat Ukht Safura, Ummu, Nurul, Ada, 'Itrah, Aina, Rozita , Iman, Syafinah, Salamah, dan K.syazalwana.~uhibbukunna fillah(:

Isnin, 12 April 2010

Kerana masa itu...

Terkadang masa yang ada sesakali tidak dimanfaatkan, kadang masa pergi dengan begitu sahaja, walau pepatah cukup petah membicarakan, masa itu emas.

Pepatah mengatakan lagi

" Masa itu seperti pedang, jika kita tak memotongnya ia akan memotong kita"

Mengapa saya berbicara tentang masa???

Kerana masa inilah yang sedang berjalan, tidak akan sesekali mengundur. Segala apa yang telah berlalu, tidak mungkin dapat dikembalikan walau sesaat. Dengan sepenuh hati, setulus jiwa ingin mengukir kata-kata sebagai permata, walau ia tidak berkilau dalam hati semuanya.

Masa inilah yang sedang membawa saya menulis coretan ini, kerana kehadirannya amat berharga walau sesaat. 24 jam itu dimiliki oleh semua orang, kitalah yang selayak mengaturnya. Apakah ia dijalan kebaikan atau sebaliknya. 24 jam yang diberi ALLAH ini dalam sehari adalah kita hargai. Soroti lah apa yang kita sedang lakukan dalam 24 jam ini.

Manfaatnya banyak atau sedikit???(Pertanyaan untuk diri ini juga)

Berapa potong ayat AL-Quran yang kita baca sehari?? seimbangkah ia..

Kembali ke negeri abadi kelak, 24 jam ini yang akan ditanya,Apakah yang telah kita habiskan dengan masa? ALLAH....

Mungkin sejajar arus modenisasi, kemajuan juga serba serbi. Jadi masa mungkin lebih singkat. Kadang2 leka berym, kadang2 berfacebook,kadang2 berblog ,dan juga banyak lagi kadang2 yang merintis kemungkinan tentang masa itu.

Tak mengapa, tak salah semua itu, tapi sekali lagi cuba kita hayati manfaatnya banyak atau sedikit?? banyak memberi kebaikan atau keburukan?

Sensitiflah tentang masa, masa emas itu perlulah kita nilainya dengan nilai yang paling berharga.

Bagi pelajar, ramai terlepas hantar assgment kerana masa itu...
Bagi pekerja, ramai yang lewat datang kerja kerana masa itu...
Bagi manusia ramai yang melewatkan menunaikan amanah TUHAN kerana masa itu...

Kerana masa itu..ramai yang mungkin boleh terlepas segala2nya. Mungkin juga nyawa dengan izinNYA. Tak ingin mencoret panjang, kerana ia mungkin perkataan yang berulang2.

KERANA MASA ITU...

~Sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak yang melalaikan~

P/s : Seutama2 pesanan ini untuk diri ini.

Sabtu, 10 April 2010

Antara dua air mata itu...

Jika Muhammad bin Munkadir menangis, dia mengusap wajah dan janggutnya dengan airmatanya, lalu berkata, 'Aku mendengar bahwa api neraka tidak akan membakar tempat yang terbasuh oleh airmata.'

Hasan al-Bashri berkata, 'Sungguh kedua mata ini menangis, meskipun ada hati yang bersaksi atas kebohongan keduanya. Dan jika seorang hamba menangis di tengah-tengah orang banyak, maka orang-orang yang ada di sekelilingnya itu akan dirahmati tangis hamba itu.'

Ja’far bin Sulaiman adh-Dhab’i berkata, 'Suatu ketika Malik bin Dinar memberi nasihat, maka dia mulai berbicara. Hausyab bin Muslim pun menangis, lantas Malik menepuk bahunya dan berkata, 'Menangislah wahai Abu Bisyr! Sesungguhnya kami mendengar kabar, bahawa seorang hamba akan selalu menangis hingga dia dikasihi oleh Tuhannya, maka dibebaskanlah dia dari api neraka.'

Abdullah bin Sarraj berkata, 'Suatu hari kita sedang berada di majlis al-Hasan, ketika itu dia sedang memberi nasihat. Dari majlis terdengar dengan jelas suara tangis seorang lelaki. Maka al-Hasan berkata, 'Wahai orang yang menangis, keraskanlah! Sesungguhnya kita telah mengetahui, bahwa seorang yang menangis karena takut kepada Allah akan menjadi orang yang dikasihi pada hari kiamat.'

Hamzah al-A’ma berkata, 'Suatu kali aku masuk rumah al-Hasan. Saat itu aku dapati dia sedang menangis. Pada kesempatan yang lain aku dan beberapa orang mendatanginya, kita pun mendapatinya sedang menangis. Terkadang aku datang pada saat dia sedang solat, kemudian aku mendengarnya sedang menangis. Suatu ketika aku tanyakan hal ini kepadanya, Wahai Abu Sa’id (panggilan al-Hasan), sungguh engkau orang yang banyak menangis? Maka dia pun menangis lagi, dan berkata, Wahai anakku, lalu apa yang dapat dilakukan oleh seorang mukmin jika dia tidak menangis? Wahai anakku, sesungguhnya tangis adalah sebab turunnya belas kasih Allah. Jika engkau boleh menangis sepanjang umurmu, maka lakukanlah, semoga Allah melihatmu saat engkau menangis, lalu engkau dikasihi oleh-Nya kerana tangisanmu itu, dan tanpa kau sedari, kau dapati dirimu telah selamat dari api neraka.'

Abdu Rabbih bin Ubaid al-Azdi berkata, Dulu kita pernah bersama Mu’awiyah bin Qurah. Lalu dia bercerita sedikit, maka seorang lelaki terdengar jelas sedang menangis di sisi majlis. Mu’awiyah berkata kepadanya, Semoga Allah menjadikanmu kaya atas apa yang kau tangisi.. Setelah itu majlis penuh dengan tangisan.'

Khalid bin Ma’dan berkata, Tidak ada seorang hamba yang menangis karana Allah, melainkan anggota badannya menjadi khusyu’ karananya..

Sahabatku, demi penyegaran batin kita, cubalah sesekali kita mengikuti muhasabah. Saat itu akan terasa keinginanmu untuk menangisi dosa-dosamu semakin kuat. Mendengar suara tangisan orang lain, engkaupun bertanya, mengapa orang itu menangis. Kemudian engkau dengarkan untaian kata-kata penuh hikmah yang disampaikan seorang penceramah. Engkau resapi. Engkau dalami. Engkau terpekik sedar. Hatimu remuk oleh rasa penyesalan yang mendalam. Akhirnya airmata meleleh membasahi pipi. Mulutmu berbisik, 'Rabbighfirli. ..'

Subhanallah! Ini bukan cerita tentang kesedihan, tetapi inilah kebahagiaan sesungguhnya. Ini bukan cerita tentang kesakitan, tetapi kesegaran! Ini bukan cerita tentang orang yang akan mati, tetapi banyak pemuda menangis juga! Bagaimana mungkin airmata keinsafan dipandang sebagai airmata kesedihan dan kesakitan, sedangkan orang-orang soleh dari dulu hingga sekarang telah mewarisi tangisan?

Air Mata Keinsafan &Air Mata Kebahagiaan

Sahabatku, mereka adalah orang yang paling bahagia di dunia dan akhirat! Mereka adalah orang yang paling produktif beramal dan paling bersih hatinya. Justeru itu orang-orang yang berakhlak buruk, jauh dari agama, adalah orang-orang yang sakit, orang yang gelisah dan orang yang keras hatinya.

Sama-sama bermuhasabah, kelak yang menarikan tinta ini pasti juga akan ditanya.

PERBAIKI DIRIMU DAN SERULAH YANG LAIN

Jumaat, 9 April 2010

Wahai jiwa berbicaralah..

Malam ke malam,

Detik jantung terus menerus berdegup,

hari ke hari,

Usia makin meningkat

Layakkah YA ALLAH diri ini disyurgaMU.???

Monolog itu sentiasa ada dalam diri yang sangat lemah ini. Semua insan yang mengenal RABBnya pasti sama bicaranya. Bicaraku kerna diriku, bicaramu pasti kerna dirimu. Jalan yang dilalui pasti berbeza2 tapi yang pastinya destinasi tetap sama.

Ke negeri abadi..

Dan harapanku

MAHU ke syurga diiring redhaNYA..

Ya ALLAH layakkah diri ini disyurgaMU???

Hati terus berbicara tapi yang pasti itu semua SirrNYA, juga seiring amalan kita didunia.

Wahai hati-hati yang ingin ke syurga

Sama-sama tingkatkan diri dalam nilaiNYA,
Amal dan taqwa berpadulah dalam jiwa....

Ahad, 4 April 2010

Kematian itu pasti.

Pembuka bicara, seuntai doa:

YA ALLAH , rahmatilah Almarhumah Suraya Binti Ismail, tempatkanlah rohnya dikalangan orang2 yang KAU naungi RahmatMU, pemergiannya suatu peringatan, oleh itu ya ALLAH jadikan hambaMU sebagai hamba yang taat patuh padaMU, yang solehah disisiMU, yang mencintaiMU sepenuh jiwa raga pengabdianku, yang diakhir nyawaku ku sebut namaMU, serta lafaz syahadahMU, amin ya Rabbal 'Alamin.

Aturan ALLAH semuanya cantik. Tanggal 12 hb Mac, kami sekeluarga membeli belah di Mydin Mall K.kerian, membeli sedikit buah tangan untuk sanak-saudara yang bakal dilawati.

Sedang Kekanda tercinta membeli belah, datang seorang wanita yang tak asing bagi kami, cara tegurannya dengan sedikit kejutan. Waktu itu tiada terjangka jumpanya disitu.Semua aturan ALLAH,indah.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali ‘Imran: 185)

Maka, orang yang berjaya adalah orang yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam surga Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan rahmat dan keutamaan dari-Nya.

Orang yang rugi adalah orang yang tertipu dengan dunia dan kenikmatan-kenikmatan semua yang ada di dalamnya, sehingga melupakannya untuk beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

4.30 pagi, 31 Mac.

Telefon rumah berbunyi, ummi menjawabnya, To' Su mengkhabrkan berita yang cukup terkesan ,terkejut tapi itu kenyataannya. Wanita  yang kami temui tempohari itu(saudara kami) kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya yang tragis, ALLAH lebih menyayanginya.AL FAATIHAH.Tak terjangka .MAHA HEBAT aturan ALLAH.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".

(Yunus : 49) 

p/s: sama 2 kita sedekahkan ALFATIHAH, don juga untaian doa.

SETIAP JIWA PASTI MERASAINYA!!.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails