I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 30 April 2010

Saya, Student Card & Al-Quran*(Complete)

Pada satu pagi, saya jadi tidak keruan apabila student card hilang. Setiap penjuru bilik saya tinjau, tapi tidak berhasil. Hati jadi gelabah dan fikiran jadi kusut. Dia Australia, student card pelajar antarabangsa berfungsi sebagai kad pengenalan. Banyak urusan yang memerlukan student card dan denda yang akan dikenakan jika terhilangkannya amat tinggi. Sama dengan harga lunch di Knoodle Junction untuk 4 hari berturut-turut. Dalam kegelabahan itu ,saya terpandang pada tafsir Al-quran berwarna hijau pemberian Insyirah. Tiba-tiba hati saya tergerak untuk membacanya. Sebaik saja tafsir Al-quran itu saya capai, mata saya terpaku pada benda yang sangat saya kenali.

Student card!!!!

Pintu hati saya bagaikan diketuk-ketuk. Masya-ALLAH. Dia sengaja mahu menguji saya, agar saya ingat kepadaNYA. Alangkah malunya saya ketika itu. Kgelabahan dan kesibukan bersiap-siap untuk ke kelas, saya lupa untuk memulakan hari dengan membaca kalamNYA. Dalam kekusutan fikiran, saya terlupa bergantung harap padaNYA……..

Saya mengambil keputusan untuk duduk sejenak, membaca dan mentadabbur sedikit daripada ayat-ayatNYA. Lambat ke kelas pun tidak mengapa. Namun ALLAH Maha Pengasih , dengan izinNYA, perjalanan saya ke kelas sangat berjalan lancar. Setiap kali tiba disimpang, lampu isyarat bertukar hijau dan saya rasakan para pemandu di Adelaide pada pagi itu mempunyai belas kasihan yang lebih dari biasa. Apabila sampai di  kelas, rupa-rupanya kuliah masih belum bermula.
 Oh, indahnya peristiwa pagi itu
Pengajarannya, setiap ujian yang ALLAH beri ada hikmahnya. Jika kita sabar, Insya-ALLAH kita akan lebih dekat padaNYA. Jika kita sabar, Insya-ALLAH kita akan lebih ingat padaNYA. Tapi manusia makhluk yang sangat pelupa. Apabila datang ujian, seringkali manusia jadi tak keruan terpekik terlolong ke sana sini. Merintih tak sudah-sudah, mengenang nasib diri yang kononnya paling malang anatara semua makhluk di muka bumi ini. Lebih dasyat, ada yang putus harapan terhadap rahmat ALLAH, sekaligus berhenti berdoa, beribadat  dan terus mengeluh. Alasannya ALLAH tak membantunya semasa dia diuji.
Nauuzubillahiminzaalik. Bukankah dalam kitab suci Al-Quran ada menyatakan:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolonan dengan sabar dan solat.  Sungguh , ALLAH berserta orang-orang yang sabar.( Al-Baqarah : 153)
ALLAH berpesan supaya sabar dan meminta pertolongan kepadaNYA dengan solat dan kesabaran. Kalau tak habis-habis merintih, tinggalkan solat dan juga ambil mudah dengan solat, macam mana ALLAH nak bantu??? Kita muhasabah bersama.
Moga ALLAH member i hidayah serta kasih sayangNYA sentiasa  kepada kita.AAMin

Buat hati-hati yang sedang diuji diluar sana, moga anda terus mendapat kekuatan.
 
4 ulasan:

manna_salwa berkata...

salam,
SubhanaAllah...
Alhamdulillh atas perkongsian cerita ni..
Allah maha Pengasih, Maha Penyayang..
:)

ibtisamsyarha berkata...

wslm.wbt

Moga manfaat bersama. ALLAH itu sangat penyayang. Sangat mengasihi hamba2NYA.

cerita ini hanya menggambarkan sezarah cubitan ujian kasih kasih sayangNYA..

:)

manna_salwa berkata...

Alhamdulillah..
Allah sentiasa syg hamba2-NYA..
terima kasih ye..
:)

ibtisamsyarha berkata...

Alhamdulillah 'ala kulii hal

Sama-sama2 ya ukhti(:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails