I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 26 Jun 2010

Imbas kembali

Bismillahirahmanirrahim..

Permulaan yang baik dengan berpagi-pagi menyebut nama ALLAH, mengingatiNYA senantiasa ketika duduk, baring atau berdiri.

Lagi entri tentang sakit. Bukankah sakit itu ni'mat dan juga besamanya sisipan hikmah.

Mengimbau kembali saat bergelar pelajar sekolah menengah. Seusai habis SPM, ana tidak berniat untuk sekali-kali meninggalkan STAM(Sjil Tinggi Agama Malaysia). Waktu semua orang sibuk mengapply upu , ana still lagi dengan prinsip, ambil STAM.Tapi ALLAH meletakkan yang terbaik. DIA kurniakan sakit supaya ana dapat yang terbaik.

Sakit itu tidak mampu membuat ana untuk terus kukuh dengan dengan prinsip yang ada, Ana ketinggalan kelas, tidak komit dengan pembelajaran. Tidak dapat fokus untuk menghafal. Oleh sebab itu ana buat keputusan untuk "bercuti" sementara.

Dengan izin ALLAH cuti ana terpanjang..jadi setelah musyawarah dengan keluarga jua istikharah, ALLAH menetapkan ana di SINI pada hari ini. Tempat yang bersamanya masih lagi proses jua bi'ah solehah, ada jiwa-jiwa yang penuh rendah diri meminta rahmatNYA, jiwa-jiwa yang membawa menuju kepada jalanNYA. ALLAH tahu, ana dahagakan tarbiyyah dariNYA. Oleh itu bersama kesakitan(ia juga satu proses tarbiah) DIA kurniakan ni'mat.

Apa akan jadi jika tidak berterusan dalam proses tarbiyyah. Pastinya jiwa ana dan juga jiwa2 lain kosong, mati.Jiwa yang kosong itu adalah sebenarnya jiwa yang mati. Tiada rasa lagi untuk menjadi hamba ALLAH yang haya', berbuat segala macam yang ALLAH larang. Oleh itu sentiasalah pohon agar ALLAH mengurniakan qalbun salim iaitu hati yang sihat. Proses tarbiyyah itu perlu berterusan.

Kita minta agar ALLAH sentiasa mengurniakan rahmat pada kita dan jua hamba-hambaNYA yang lain, jauh dari 'ujub riya' dan takabbur, Moga-moga ALLAH pelihara.Insya-ALLAH

Jumaat, 25 Jun 2010

Jalan dakwah ini benar-benar berbeza.

Aku teliti jalan ini, sejak ia mula dilalui oleh golongan-golongan terdahulu, sehinggalah jalan yang sama dilalui kita hari ini, aku melihat terlalu banyak perubahan yang besar, pengorbanan yang benar dan kesakitan yang sukar.

Di jalan inilah aku melihat, orang-orang sakit masih bangun menggagahi langkahnya ke medan dakwah dan tarbiyyah, masih bisa berkata-kata untuk mengisi jiwa-jiwa pemuda, masih bisa mengembara menyampaikan kebenaran.

Di jalan inilah aku melihat, orang-orang muda melepaskan keinginan dirinya semata-mata kerana agamanya, sekalipun tiada halangan untuk dia memilih kehendak diri, orang-orang muda yang berhempas pulas tenaganya, masanya, wangnya, seluruhnya dicurah ke jalan dakwah, orang-orang muda yang kurang sekali hiburannya padahal tiada halangan andai dia mahu memilihnya.

Di jalan inilah aku melihat, orang-orang tua yang masih kuat dan bertenaga, terus maju melangkah gagah, sekalipun jasad sudah tidak terlalu mengizinkan, tetap dia terus bekerja, demi melihat generasinya kembali ke jalan Allah, orang-orang tua yang tiada henti mendidik, tidak terhalang dia oleh apa-apa, siang malam, harta dan keluarga, semuanya diserahkan kepada Allah.

Di jalan inilah aku melihat, wanita-wanita yang bangun merubah dunia, wanita-wanita yang berdikari dan sedia berani, sekalipun tiada siapa menemani, tetap dia terus melangkah ke segenap penjuru alam, demi menyemai benih-benih Islam, sekalipun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta, terpaksa berseorangan menongkah hidupnya, tetap bangkit bersemangat waja.

Di jalan inilah aku melihat, lelaki-lelaki segagah singa di siang harinya tetapi lemah lututnya di hadapan Allah, bagai rahib di malam harinya. Aku melihat lelaki-lelaki yang menitiskan air mata, kerana menangisi umat yang lemah, menangisi dosa dan kelemahan diri, menahan dugaan yang kian mendatangi. Aku melihat lelaki-lelaki yang benar-benar menguasai diri, menahan keinginan yang sebelum ini benar-benar menguasai hati, membersihkan jiwa yang sudah sedia suci.

Aku kagum. Benar-benar kagum.

Inilah jalan tarbiyyah. Jalan yang menyaksikan benar-benar banyak perubahan. Jalan yang menyaksikan seribu satu kesukaran, jalan panjang yang tidak akan berkesudahan sehinggalah diseru ke hari pembalasan.

Inilah jalan tarbiyyah, yang menemukan aku dengan seribu satu manusia, yang kental hatinya, cekal jiwanya, tidak pernah gentar kepada sesiapa pun, hanya nama Allah yang menggetarkan jiwanya.

Inilah jalan tarbiyyah, yang menemukan aku dengan kamu dan kamu dengan aku, yang mempersaudarakan kita yang sebelum ini tiada pernah bertegur sapa, yang mengikat hati-hati yang sebelum ini tidak pernah mengenali.

Inilah jalan tarbiyyah.

Inilah jalanku.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tancapkanlah hati kami di atas jalan ini.

Credit for ukht Nur Sumaya

Bukankah sakit itu ni'mat??

Sakitnya!! Mana ubat?? Mana bomoh?? Mana doktor?? Jerit si hamba apabila dirinya ALLAH uji dengan kesakitan.

Apabila ALLAH menurunkan kesakitan, bukankah disitu ada penawarnya, kecuali 'Tua' Dan sakit  juga  adalah berita gembira. Firman ALLAH:

Ertinya:
Berilah khabar gembira kepada orang yang tunduk patuh. Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka dan sabar terhadap apa yang menimpa mereka.             (Surah AL-Haj Ayat 34-35)

Apabila ALLAH menimpakan kesakitan, tiada tempat mengadu melainkan DIA. Bukannya bermaksud kita tidak boleh berikhtiar mencari penawar tetapi berwaspadalah,jangan jadi seperti hamba diatas dan  jangan kita bergantung semata-mata terhadap apa yang kita ikhtiarkan .Sabda Nabi s.a.w

" Sesungguhnya ALLAH tidak menurunkan penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Maka berubatlah.

(Hadis Riwayat An-Nasai')

Bersabarlah walau ia terlalu berat kerana ALLAH mengetahui kemampuan hamba-hambaNYA.

Selasa, 22 Jun 2010

Liqa' CintaNYA.

Bismillahirrahmanirrahim
Sukatan usrah sem ini

Solat berjemaah- 10 hari
Solat Dhuha -10 kali
Kuliah magrib =10 kali
Ceramah INHAD(Institut Hadis)-5 kali
Qiammulai 2 kali
Perbincangan Buku ' Mengapa Saya Menganut Agama Islam" 

Senarai diatas merupakan silibus usrah untuk sem ini. Senarai diatas juga anggaran pahala yang bakal diperolehi oleh kita semua disamping amal2 ibadah yang lain. Semuanya sudah tersedia ibarat nasi diatas meja, tinggal untuk dimakan sahaja, hasilnya pasti kenyang. Begitu jua segala amalan yang dibuat pasti ALLAH ganjari dengan pahala yang berlipat ganda , tinggal untuk kita usahakan.

Ukhti tercinta, moga kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam apa jua amal kita, ibadah kita moga ALLAH terima, akhirnya syurga jadi penghujung liqa' kita.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya lebih kurang begini:

" Jika nak lihat taman-taman syurga lihatlah dalam majlis ilmu.......

Moga liqa' 2 kita yang akan datang menjadi liqa' cinta yang paling berharga yang dihiasi indahnya hiasan umpama taman-taman syurga.Moga  masa kita masa yang disinari berkahNYA.
Inni uhibbukunna fillah(:

Sabtu, 19 Jun 2010

"Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam"

Buku ini  iaitu "Apa ertinya saya menganut agama islam" ialah buku yang sangat bermanfaat untuk dimiliki. Walau bahasanya sedikit berat tetapi if dihayati sepenuh jiwa ia adalah tulisan yang terbaik. Sebagai muslim kita perlu senantiasa mengetahui peranan hati dan jiwa kepada Rabb. Apabila muslim itu jelas bahawa agama disisi ALLAH ialah islam, dia akan merasakan mulianya Islam yang dia pegang itu. Moga kita sama-sama menjadi orang-orang mu'min yang diredhai ALLAH.

Rabu, 16 Jun 2010

Tafakur sejenak..

Alhamdulillah hari ini, hari yang penuh barakah, seperti hari-hari yang selalunya. Bertapa ni'mat ALLAH tu sangat lah luas. If hambaNYA itu sedar akan ni'mat NYA sebenarnya ia amatlah tidak terhitung.

Hari-hari yang dilalui akan bisa kosong dan cair ibarat ais yang diletakkan di bawah cahaya matahari. Oleh itu pentingnya perkhabaran iman dalam diri. Bertambahkah??? atau berkurangkah.???

Pasti yang membaca ada sedikit kejemuan kenapa laman sesawang ini, terus menerus membincangkan soal hati, iman, taqwa dan sebagainya. Balik2 soal yang sama. Jawapannya ialah kita manusia akan tidak dapat lari dari hakikat ini. Kerana ia adalah kesedaran jiwa hamba itu. Ana juga manusia biasa kadang-kadang boleh terus jatuh dan down, tapi apabila ada peringatan, ia akan buat diri terus menerus bermuhasabah. Kadang-kadang apabila kita meluahkan apa yang terbuku ia akan menerbitkan muhasabah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Jadi mungkin ada sesetengah pembaca menyedari akan perkara ini sehingga beliau berkata.. 

"Daripada keseluruhan blog ini ,anda sebenarnya masih lagi mencari diri anda sendiri".

Betul!!!hakikatnya ana sentiasa mencari diri yang masih lagi perlu dicambah selalu peringatan, amaran jua muhasabah.

Syukran kepada pembaca itu.Moga ALLAH memberkatimu, peringatan yang sangat terkesan dan membuat diri ini terus bermuhasabah. Aamin Ya Robb

Ketenangan diri itu akan hadir apabila hamba itu mengenal Rabbnya. Ujian satu ketenangan, yang mampu membuat diri itu selalu berfkir, muhasabah akan hidupnya. Kata orang ujian itu warna kehidupan, tanpa ujian tiada warnalah kehidupan.

Mungkin ramai yang sedang menderita hati dan jiwa tapi mereka tidak menyedari akan penderitaan itu kerana hati yang dahagakan iman tidak akan berbunyi seperti perut yang lapar melainkan empunya diri sedar bahawa perlunya keseimbangan antara makanan rohani dan jasmani.

Biasanya orang akan bertanya " Dah makan hari ini??"
Tapi jarang kita dengar " Iman dan cas hari ini??"

Walau apa pun bentuk muhasabah diri dalam mengingati hakikat sebagai hamba, ALLAH tak akan tanya, yang penting, usaha kita ke arah itu, walau sedikit tak mengapa, asalkan istiqamah.

Teman-teman, renung sedalamnya setiap kejadian dalam diri kita sendiri, pasti kalian akan merasakan Agungnya RABB itu.

Jika kamu kenal diri kamu maka kamu akan kenal penciptamu

Sama-sama kita cas iman,

IJLIS BINA NU'MIN SA'AH (duduk dan beriman sebentar )

Wallahua'lam

Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari banyak yang melalaikan.

Khamis, 10 Jun 2010

Muslimah Ku

 Muslimah solehah muslimah unggul..

Muslimah itu..
Langkahnya terjaga menuju destinasi,
Mengutip khibrah sebagai ibrah,
Mencari fursoh penuh kekuatan,
Mendekati Rabb yang mencipta,
Menyulami hidup didunia yang fana,

Kadang-kadang ribut melanda,
Kadang-kadang turunnya salji,
Kadangkadang musim bunga tiba,
Ibaratnya musim itu ialah IMAN!!
Tapi………!!!
Walau apa pun musimnya iman itu pasti perlu DICAS!!!
Muslimah yang dikasihi ..
Tundukkan pandanganmu..
Jernihkan fikrahmu,
Kuatkan tekadmu,
Kerana dikau permata yang terpelihara,
Andai dikau terleka maka hilanglah seri yang menjadi Aura..

Muslimah yang dikasihi,
Selalu lah bertanya pada dirimu,
Apa khabar imanmu,
Berkurangkah ia atau bertambahkah ia,
Caslah selalu  walau sedikit waktu,
Moga-moga ALLAH sentiasa memandu hatimu.

Salam sayang penuh kasih dan cinta, buat muslimah solehah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails