I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 31 Mac 2009

Ibarat Robot Duniawi

video

Kenikmatan yang di miliki adakala menjadikan kita lupa.....

Ana titipkan video ini buat diri ini dan kalian semua. Moga ia jadi renungan bersama.

Jumaat, 20 Mac 2009

Bemujahadahlah..

Semakin lama kita hidup, semakin banyak cabaran yang perlu di hadapi.Begitu juga semakin ramai manusia yang kita kenali, semakin banyak ragam yang perlu di fahami juga semakin banyak mehnah yang perlu di lalui.Hakikatnya perlu ada mujahadah di situ.

Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata, “Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’” [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hati itu adalah segala raja dalam diri manusia itu. sebagai manusia ya'ni bergelar mukmin kita mengetahui hidup ini umpama satu pelayaran dan satu persinggahan yang mana menjadi tempat untuk manusia menanam taqwa, menyuburkan iman kepada TUAN punya alam ini serta mengaut seberapa banyak pahala di samping memperolehi redhaNYA.

[51.56] "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. "

Demikianlah firman ALLAH i dalam surah Ad-dzaariaat ayat 56. Kembali kita nanti kepada pencipta kita.. Dan ALLAH mengingatkan tujuan kita di 'wujud' di dunia ini adalah untuk menyembah serta beribadah kepadaNYA, bukan untuk menyekutukannNYA, melanggar perintahNYA..na'uzubillahi minzalik.

[51.15]Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (surga) dan di mata air-mata air,

[51.16] sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik;

[51.17] Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam;

[51.18] Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).

[51.19] Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.

[51.20] Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin,

[51.21] dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?

[51.22] Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.

[51.23] Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan.

Demikian pula bagi mereka yang bermujahadah hati, diri dan nafsu, ALLAH telah menjanjikan ganjaran yang terbaik sebagai penghargaan. Betapa baiknya ALLAH, kurniakan dengan hambaNYA bermacam ni'mat, lepas itu memberi ganjaran pula. ALLAH...sungguh AR-RAHMANnya ENGKAU..

Sesungguhnya dalam kejayaan menjaga hati itu terdapat kemanisan iman yang sangat indah, yg mana dapat di rasakan bagi mereka yang benar2 mengasihi ALLAH dan Rasul.

Allah amat dekat di hati hamba2NYA yg sentiasa mengingatiNYA, mematuhi arahanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.

Memelihara hati dari penyakit wahn adalah perlu untuk mengelakkan segala perbuatan yang tidak ALLAH redhai..Jika kita dapat lihat, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepentingan diri. Agama di ketepikan, malah hukum hakam mereka hinakan.
Moga ALLAH taufikkan kita semua. Allahumma amin.

Susah ingin di cari wajah sebenar muslim sejati,
Kerana hari ini kebanyakkan manusia terlalu suka ikut kata hati,
Dosa pahala tidak di hiraukan lagi,
Bahkan tidak segan silu membuat perkara keji,
Sedangkan janji ALLAH itu pasti,
ALLAH maha menepati janji...

Oleh itu jangan kita termasuk orang yang rugi,
Kerana itu tidak dapat menolong diri,
Akhirat kelak tiada yang sudi memberi melainkan ALLAH RABBI,
Jadi cintailah ILLAHI..
Tiada yang rugi...

Kembalilah bermujahadah diri, moga jelas di fikrah..

Khamis, 19 Mac 2009

Sifat-Sifat wanita Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Di petik dari Iluvislam

Selasa, 17 Mac 2009

Hidayah Itu Milik ALLAH

Salam mulia, salam penuh kesyahduan buat semua calon penghuni syurga, ku calitkan sedikit bingkisan hati bagi mereka yang sudi membaca nya.

Sesungguhnya ALLAH tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia sahaja, pasti ada hikmahnya di sebalik semua kejadian dan hidayah itu milikNYA dan DIA akan memberinya kepada orang-orang yang di kehendakiNYA. Hati Ibtisam begitu tertarik mendengar kisah hamba ALLAH ini. Maha suci ALLAH yang menciptakan segalanya dengan begitu hebat. Sesungguhnya di sebalik kekurangan itu terdapat kelebihan. Terdapat seoarng hamba ALLAH ini, matanya buta, telinganya pekak dan anggotanya cacat, tetapi hatinya terang.bercahaya dengan nur ALLAH..SUBHANALLAH..Sebelum meninggal hamba ALLAH ini berpesan 2 perkara kepada saudaranya, yang mana pesanan ini adalah buat kita semua.

1.Ingatlah sesungguhnya perkara yang bernilai di dunia ini adalah ketenangan hati, yang mana kita tidak akan memperolehinya melainkan dengan mengingati ALLAH.Hanya ALLAH…..

2. Setinggi mana pun peribadi kita takkan lengkap jika kita tidak mencontohi keperibadian Rasululllah s.a.w dalam kehidupan kita, menjadikannya qudwah hasanah kita, itulah semulia-mulia akhlak.

Alangkah murninya hati yang di pelihara ALLAH itu. Sesuai dengan firman ALLAH dalam surah An-nisa’, ayat 175 yang bermaksud:

Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang kepada (agama)-Nya, niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya (surga) dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya.

Alangkah beruntungnya juga hati yang di pandu oleh ALLAH itu, ke mana sahaja pergi,maka terbiaslah roh islam itu di sekeklilingnya..ALLAH..

Bagi mereka yang tidak mendapat petunjuk ALLAH, janganlah kita yang mengetahui ini, bersikap dingin terhadap mereka. Malah perlunya peranan kita semua dalam mendorong hidayah ALLAH sampai kepada mereka.

Sabar

Sabar itu perlu dalam mendidik jiwa, Baginda sendiri tidak mampu memberikan hidayah kepada ummatnya, melainkan mendidik serta mengajak dengan sabar, tabah tanpa memberi buah keras kepada musuhnya yang menghinanya, melontarkannya dengan najis dan seterusnya berdoa kepada PEMILIK alam ini supaya mengurniakan hidayah kepada mereka.

Doa

Sebagaimana yang di lakukan oleh Rasulullah sendiri, kita manusia biasa tidak lepas untuk berdoa kepada ALLAH yang Maha Agung, Pemurah serta segala Asma’ yang mulia padaNYA. Sebagaiman yang kita ketahui juga doa menjadi “ senjata orang mukmin”, berdoalah selagi mana mampu.. ALLAH tidak akan mensia-siakan doa kita, tetapi dalam keadaan cepat atau lambat terserah kepada ALLAH yang mana itu untuk menguji ketahanan kita. Bagi mereka yang tidak mendapat hidayah, itu adalh ujian buat mereka, tetapi kesalahan yang mereka lakukan ringan dosanya berbanding mereka yang mengetahui hukum sesuatu kesalahan yang di buat.

Sama-sama bermuhasabah diri, Ingat kembali asal kejadian diri yang di cipta ALLAH dari setitik air mani yang hina. Semua manusia sama melainkan nilaian takwa di sisi ALLAH, itulah yang berbeza.

Illahi Anta Maqsudi wa ridhaka mathlubi

Ya Rasulullah....

Sesungguhnya setiap mata memandang terpesona ,
Qudwah hasanahnya membuat hati sang kafir tertawan,
pekertinya luhur,
nuraninya bersih,
jiwa yg di pilih menjadi kekasih Rabb,
Hidupnya penuh mehnah,tp hatinya tabah,
mulia dikau disisiNYA,
Detik kematianmu di basahi zikrullah jua ingatan pada ummatmu,
Engkau menyebut, ummatku, ummatku,ummatku....
Lahirmu membawa cahaya,
Pergimu di hantari duka..

Ya Rasulullah...dikaulah Rasul khatimul Anbiya'..
YA TOHAR, YA HABIB, YA RASUL, YA NABIYALLAH
Salamun alaik....

40 HADITH Keistimewaan Rasulullah

Salam penuh sa'adah buat sahabat semua..

40 Hadith Keistimewaan Rasulullah memberitahu kita tentang ketinngian dan kemulian Rasulullah s.a.w yg terlalu istimewa. Ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa Baginda s.a.w adalah semulia-mulia makhluk di sisiNYA..Semoga kita menjadi insan yg bersyukur kerana dkurniakan seorang Nabi yg terlalu istimewa dan menjunjung segala ajrannya. Semog akita menjadi ummah yg terbaik bagi Rasul yg terbaik.

Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wassalam.

Rabu, 4 Mac 2009

Diri Ini....

Diri ini adalah hamba,
, mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum? “ Qaalu, bala syahidna
Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.
Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.
Diri ini lalu menjadi seorang anak buat kedua ibu bapanya.
Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.
Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.
Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.
Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.
Diri ini adalah bakal isteri, patuh kepada suaminya.
Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.
Diri ini pelayar sementara di dunia faan.
Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya.
----------------------------------------------------------------
Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidnaadalah pertanyaan Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya
): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. ~Surah Al-A'raf, ayat 172~
Terciptanya manusia dengan keajaiban, marilah mensyukuri keajaiban yang di kurniakan Allah
dengan mengakui hakikat ini, jangan berpaling di atas kenikmatan yang di kurniakn ALLAH.
Illahi anta maksudi waridhaka mathlubi

Ahad, 1 Mac 2009

Realiti Hidup: Nasib Si Anak Kecil

Salamun alaikum W.B.T

Kepada semua teman-teman seperjuangan semoga sentiasa di dalam keadaan ni'mat Iman dan Islam.

Saya ingin membawakan di sini beberapa persoalan realiti hidup yang sering saya dengar. Persoalan yang berkaitan dengan sebahagian daripada kita suatu waktu dahulu dan sebahagian yang akan menghadapinya kelak. Persoalan yang berkaitan dengan nasib si anak kecil. Tentu sahaja tidak terakam di minda kita bagaimana kita ketika waktu pertama kali menangis dalam hidup. Diazankan di telinga kanan. Mata terpejam rapat, jari jemari tergenggam erat. Pada ketika itu persoalan yang bermain di fikiran si ayah dan si ibu adalah nama anaknya. Tentu sahaja yang indah apabila didengar, sedap apabila dipanggil. Nama yang penuh makna membawa sebuah harapan tangan yang menatangnya. Namun 15 tahun kemudian timbul persoalan baru, anak siapalah ni?, ikut perangai siapa ni?, emak bapa dia tak ajar dia ke?, dan sebagainya. Mengapa?

Benarlah sabda Rasulullah S.A.W: "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan Fitrah. Maka ibu bapanya lah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi".

Maksud hadis ini adalah setiap anak yang dilahirkan ke dunia adalah ibarat kain putih yang suci, bersih, kudus dan sepi daripada noda-noda hitam. Sejernih air yang telus pandangannya ke dasar. Sesegar udara di hutan rimba yang jauh dari pencemaran. Sebening embun pagi tidak terusik sifatnya. Itu asal Fitrahnya. Tiada anak yang hadir ke dunia ini dengan sial, celaka atau bencana. Yang datang bersama dengannya adalah 1001 satu rezeki dan ujian daripada Allah s.w.t. Hakikatnya anak adalah anugerah dan amanah Allah kepada mereka yang bergelar ibu dan bapa.
Maka merekalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak itu samada merah sahajakah, birukah, hijaukah, hitamkah atau berbelang-belang. Jika yang ditanamkan dalam jiwa anak itu adalah nur Islam, maka berbahagialah kedua ibu bapa tersebut. Jika sebaliknya maka bersedialah untuk dipertanggungjawabkan terhadap amanah yang telah diberikan. Ibu bapa mempunyai kuasa untuk mencorakkan masa depan anaknya kerana mereka lah yang paling hampir dengannya. Jika sekalipun anak itu ditinggalkan oleh ibu bapanya di dalam tong sampah, di tepi longkang, atau rumah anak yatim tindakan itu tetap menyumbang kepada pembentukan diri anaknya kelak. Berapa ramaikah ibu bapa yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan bijaksana?
Ramai yang berkata anak apabila sudah dewasa, sudah mampu untuk buat pilihan sendiri, tidak perlu diingatkan atau diajar. Akan tetapi berapa ramaikah ibu bapa yang mengajar anaknya supaya sentiasa berusaha membuat pilihan yang betul? Berapa ramaikah yang memberi ruang kepada anak untuk membuat silap ketika masih kecil dan membetulkannya dengan kasih sayang? Berapa ramaikah ibu bapa yang menunjukkan contoh terbaik di depan anak-anaknya tentang bagaimana memilih sesuatu? Dunia sekarang penuh dengan perkara yang mengelirukan dalam membuat pilihan. Apa yang berlaku adalah, ramai anak muda yang suka membuat pilihan yang senang daripada susah tanpa mengira ia benar atau salah.
Ramai juga yang mengatakan mereka telah menghantar ke sekolah terbaik untuk anak-anak mereka, tuisyen, kem-kem motivasi, kelas mengaji dan sebagainya. Tapi berapa ramaikah yang mengikuti perkembangan anaknya di sekolah? Berapa ramaikah yang seratus peratus menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru-guru di sekolah? Berapa ramaikah yang menjadikan rumah mereka sebagai pusat didikan yang utama? Berapa ramaikah yang mahu menerima dan menyokong perubahan anaknya yang pulang dari kem motivasi? Berapa ramaikah yang tahu mengaji al-Quran dan bersolat tika mereka hantar anaknya untuk belajar? Kebenarannya samada sengaja atau tidak, ibu bapa banyak menyediakan pengaruh-pengaruh negatif di rumah untuk anak mereka tonton dan dengar, banyak yang menulis mesej yang tidak betul di minda anaknya dan ramai yang tidak sedar ianya berlaku. Akhirnya anak disalahkan, natijah daripada kesalahan ibubapanya sendiri.

Jadi untuk para ibu bapa, samada yang sudah atau bakal menjadi, buatlah yang terbaik, usahalah hingga daya yang terakhir, didiklah dengan bijaksana dan berilmu, sayangilah anak kamu dengan cara yang betul, agar kelak anak itu tidak menunding jari kepada kita atas kesalahannya di dunia ketika menghadap Penciptanya di akhirat sana. Allah telah memberikan janjiNya kepada mereka yang menurut perintahNya. Sesungguhnya janji Allah itu benar semuanya.

Disertakan di sini alamat website video dua anak kecil yang berbeza di mana ibu bapanya bangga dengan pencapaian anaknya. Kedua-keduanya menyertai rancangan realiti tv. Sangat comel dan geliga tapi berbeza. Apa yang berbeza? Saya serahkan pada anda untuk menilainya. Yang mana satukah idaman anda?

http://www.youtube.com/watch?v=37mqL0OZ6Og&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=lnUzxMIW5Ic&feature=related.

Saya mengalu-alukan maklum balas daripada rakan-rakan sekalian.

Jazakumullahu khairan kathiran

Author:
From Khalifah Institute
En. Ahmad Ibrahim

Maklum Balas dari Ibtisam Syarha.:

Pertamanya bukanlah diri saya yang berkata ini adalah yang terbaik tapi moga segala perkongsian membawa mnfaaat yang baik srta menjadi jalan dalam mengislah diri ini dan menyeru pada yang lainnya.
Moga ALLAH taufiqkan.

Bapa Imam Abu Hanifah ketika di tanya bagaiamana dia mendidik anaknya(Abu Hanifah) sehinnga menjadi seorang yang sangat hebat, beliau menjawab:" Aku mendidik dia 40 tahun sebelum dia di lahirkan".

Mesej yang hendaklah di sampaikan di sini ialah ibu bapa sendiri perlulah meneladani Qudwah Hasanah Rasulullah s.a.w sendiri. Sebagaimana seorang lelaki yang ingin memperolehi seorang yang isteri solehah di sampingnya , dirinya sendiri perlulah berusaha menjadi yang terbaik, menjadi pemuda acuan al-quran. berbalik kepada tajuk ini, apabila di sebut ingin mendidik anak supaya menjadi soleh/solehah diri mereka perlulah menjadi sedemikian dahulu walau hakikatnya semua manusia ada kekurangan dan kelebihan yang ALLAH kurniakn bersama hikmahnya. Bagi syabab(pemuda/pemudi) agama yang belum lagi melangkah ke alam rumahtangga dan akan pasti melaluinya jua, perlulah membentuk acuan itu dari waktu sekarang. Giatkan syaksiah dalam membina peribadi muslim yang dapat membina usrah dinniah itu dari sekarang agar nanti lahirnya generasi soleh, solehah keturunan mereka sendiri. Bi'ah islamiyyah perlu di jaga selalu kerana melalui bi'ah yang baik hati tidak cenderung melakukan perkara yang tidak syar'i.

Dalam proses tarbiyyah kepada anak-anak juga, perlu di wujudkan rasa sabar yang tinggi, bukan sekadar mengajar dan merotan tapi nilai murni serta menyuburkan perasaan cintakan ALLAH dalam diri anak-anak adalah perlu. Ini kerana jiwa anak-anak kecil masih lembut dan mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah yang bersih, mereka mudah menerima apa yang telah di ajar dan di terap dalam diri mereka.

Apabila melihat pada zaman sekarang, tidak ramai Ibu Bapa yang sanggup bersengkang mata melihat peningkatan prestasi anak-anaknya berbanding zaman dahulu. Ibu Bapa lebih mementingkan harta dunia yang yang bakal di kumpulkan shingga "khazanah harta akhirat"(anak-anak) telah mereka abaikan.
Betapa peri pentingnya peranan, model akhlak dari ibu bapa itu sendiri. Juga merekalah yang mencorakkan anak2 mereka sama ada untuk menjadi yahudi, nasrani atau majusi.
Sbagai khulasoh, pembinaan sebuah baitul muslim dengan toriq yang syar'i adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Apabila ajaran ALLAH di jadikan panduan hidup, segala perbuatan dan kehidupan akan di pandu olehNYA.

Wallahua'lam

P/S:

Realiti ini realiti hidup hari ini.. Minta secangkir pendapat dari pembaca semua.

"Ala kulli hal sykran..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails