I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 31 Januari 2009

Tip Mencapai Kejayaan Cemerlang dalam Peperiksaan

Sempena final exam yang akan menjelang tidak lama lagi, di sini Ibtisam calitkan sedikit tip2 yang boleh di manfaatkan.. INSYA'ALLAH

TIP MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN
PERSEDIAAN ULANGKAJI.

1. Membuat ulangkaji – mulai dengan membaca Bismillah & doa.
2. Bersedia dengan nota poket yang lengkap – 2 bulan sebelum.
3. Rujuk guru sekiranya tidak faham dalam setiap pelajaran.
4. Jaga kesihatan – Jaga makan & minum.
5. Riadhah ( senaman ), Tidur yang cukup.
6. Wujudkan suasana belajar yang selesa.
7. Sentiasa ulangkaji pelajaran – tidak belajar saat-saat akhir.
8. Ulangkaji 20-30 minit, rehat 10 minit.

AKTIVITI IBADAT.

1. Melaksanakan perintah Allah SWT – Solat 5 waktu.
2. Solat Hajat & Tahajjud.
3. Baca Al- Quran.
4. Banyakkan berdoa/ istighfar/selawat.
5. Mohon petunjuk & hidayah daripada Allah.
6. Patuh dan taat perintah ibubapa & guru.
7. Menjaga alam sekitar ( bersih ).

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN.

1. Tidur & makan terlalu banyak – menyebabkan hati mati.
2. Melanggar perintah Allah & Rasul.
3. Melanggar perintah ibu bapa.
4. Melanggar perintah guru dan peraturan sekolah.
5. Elakkan dari gangguan emosi.
6. Membuat ulangkaji saat – saat akhir – hampir peperiksaan.
7. Melakukan maksiat.
8. Jauhkan perkara yang menganggu kesihatan seperti tidur lewat malam, makan tidak menentu dan lain2.

DI DEWAN PEPERIKSAAN.

1. Lapangkan fikiran – sentiasa ingatkan Allah, setiap kejayaan hanya daripada Allah.
2. Melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan, baca Bismillah & berdoa.
3. Patuhi setiap peraturan peperiksaan.
4. Baca arahan soalan dengan teliti – soalan objektif @ subjektif.
5. Baca soalan dengan teliti – kehendak soalan.
6. Jawab soalan yang mudah dahulu.
7. Catat isi/fakta penting untuk elak terlupa.
8. Sekiranya lupa – banyakkan beristighfar dan selawat.
9. Menjawab dengan tenang – yakin dengan pertolongan Allah.
10. Semak jawapan – bertawakkal kepada Allah.

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA.

1. Melaksanakan perintah Allah & Rasul.
2. Tidak derhaka kepada ibu bapa.
3. Banyakkan berdoa/Solat Hajat/berpuasa sunat.
4. Mohon petunjuk & hidayah Allah – untuk kebaikan anak2.
5. Menginfakkan harta untuk pendidikan anak.
6. Memantau pelajaran anak2.
7. Berterima kasih kepada mereka yang mengajar anak2.
8. Banyakkan sedekah – wajib/sunat – sebelum/selepas anak menempuh peperiksaan.
9. Bersyukur & member hadiah – kejayaan anak2.
10. Beristighfar sekiranya anak kurang Berjaya – memberi motivasi.
11. Yakin kepada Qada’ dan Qadar Allah.

FORMULA KEJAYAAN.

Ø MATLAMAT + USAHA = KEJAYAAN
Ø MATLAMAT – USAHA = ANGAN – ANGAN
Ø USAHA – MATLAMAT = SIA – SIA

INGATLAH …..
“ JIKA ADA 100 ORANG YANG BERJAYA, MAKA AKU ADALAH SALAH SEORANG DARIPADANYA”
“ JIKA ADA 10 ORANG YANG BERJAYA, MAKA AKU ADALAH SALAH
SEORANG DARIPADANYA “
“JIKA ADA SEORANG YANG BERJAYA, MAKA AKULAH ORANGNYA”
semoga sama-sama dapat mengamalkannya..

SEMOGA BERJAYA.

Epilog Hati

Alhamdulillah bersua lagi dalam kalam jaded, sudah lama rasanya Ibtisam tidak meng’update’ blog. Hadirnya masa tapi penuh dengan muatan..
moga masa yang ada ini dapat Ibtisam kalamkan secalit peringatan buat diri ini serta seluruh saudara fil islam yang dikasihi sekalian.

Andainya masa itu milik kita,kitalah yang mengaturkannya, kitalah yang jadi tuannya…..jadi hargailah masa yang ada.Moga kasih ALLAH sentiasa memayungi diri kita semua.

Epilog untuk diri IBtisam

Selasa, 6 Januari 2009

Doa Untuk Gaza

Saya hendak mengajak kalian untuk berdoa. Marilah kita berusaha apa sahaja yang kita mampu untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza khususnya, dan di Palestin amnya. Semua pelawat blog marilah kita berdoa bersama. Berilah masa seminit dua untuk kita berdoa. Semoga ALLAH memakbulkan doa kita. Jom Kita berdoa

Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami, kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.

Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.

Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya ‘AZIZ, KAU mendengar segala bicara kami, KAU melihat segala apa yang berlaku pada kami, KAU mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami ketahui. Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada KAU sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAUsahaja segala pertolongan kami pinta, hanya kepada KAU sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.

Maka bantulah kami, maka bantulah kami, maka bantulah kami.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,

Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan deenMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi yang ingin memusnahkan deenMu.

Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya. Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan kaki kami terikat dari membantu mereka. Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu kami lakukan.

Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan deenMu.

Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin. Maka dengan penuh hina, kami HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, bantulah mereka, bantulah mereka.

Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza dan seluruh Palestin. Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,

Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya ALLAH.

Ya ALLAH,

Sesungguhnya Yahudi dan segala kuncu-kuncunya, dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya, telah melampau-lampau. Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu, mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu. Hari ini mereka hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menderhaka kepadaMua tanpa henti. Telah KAU hantar ratusan utusan untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari ini ya ALLAH, mereka telah menyakiti saudara-saudara kami, mereka hendak memadamkan deenMu ya ALLAH....

Sesungguhnya Ya ALLAH, KAU jugalah pemilik nyawa dan hati mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan mereka. Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan mereka.

Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar KAU tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala keberanian mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala kekuatan mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang sedang mempertahankan deenMu.

Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan dan kelemahan, KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan. Maka campakkanlah ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya. Lemahkanlah segala kekuatan mereka. Hancurkanlah segala keperkasaan mereka. Hinakanlah segala kemuliaan mereka.

Ya ALLAH, hancurkanlah mereka dengan segala kekuatanMu. Ya ALLAH, hantarkanlah api dari langit yang pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad, hantarkanlah teriakan yang pernah KAU hantarkan pada kaum Thamud, hantarkanlah taufan yang pernah kau hantarkan pada Kaum Nuh, tenggelamkanlah mereka seperti mana kau tenggelamkan Firaun dan Haman. Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka, bunuhlah semua tentera mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari mereka.

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..

Kami ini lemah, mungkin kerna dosa kami maka saudara kami diuji sebegini rupa. Maka kami sujud menghina diri, kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI, agar KAU maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami. Ya ALLAH... KAMI hambaMu memohon ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian kami. Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji. YA ALLAH...

Ya ALLAH, KAU sahajalah yang sentiasa bersama-sama hamba-hambaMu. Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, sentiasalah KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan Palestin. Ya ALLAH... kasihanilah mereka. Andai dosa kami besar sehingga KAU tidak memandang kami, maka KAU pandanglah darah-darah yang tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana. YA ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka.

Ya ALLAH, bantulah mereka dan bantulah kami. Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah kami. YA ALLAH, musnahkanlah musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kami. YA ALLAH, bantulah saudara-saudara kami dan bantulah diri kami.

YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami, ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan”

Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,

“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU amat dekat...”

Maka kami menuntut janji-janji itu. Perkenankanlah doa-doa kami. Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.

Ya RABB... YA RABB... YA RABB..

KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami

KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW...

Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH...

Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.

Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.

Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.

Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.

Amiiin...

Saudara sekalian...

Berdoalah...

p/s
dipetik dari www.halaqah.net

Sabtu, 3 Januari 2009

Doa Dari SAHIBAHmu.....

Buat sahibah-sahibah yang ku kasihi fillah

Ya ALLAH permdahkanlah sahabat yg ku kasihi ini menduduki imtihan duniaMU….jdknlh lebaran dijwanya risau jka ggaL melamr redhaMU…dengarilh rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMU…Terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaan MU. Belailah jwanya di saat dia terkulai lemah agr terhindar dia dari mengharapkan selain dr MU ya ALLAH yang maha pengasih , ku relakan dia cagarkan satu2nya smpulan ukhwah nan rapuh ini andai ia mmpu mnjadi mahar agar shabtku ini layak mndapat prhatianMu…kerana ku thu tiada lebih mmbahagiakannya melainkan kejayaan di JETI persnggahan INI untk dbwa plang ke kampung akhirat kami.BITTAUFIK WANNAJAH…AMIN

moga ukhwah yang dibina DiredhaiNYA..

Wanita solehah Idaman MUJAHID

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan
kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Dipetik dari www.Iluvislam.com

Hikmah Membaca Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seek0r syaitan yang dudukdi ats pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama- sama dengan salam itu..

HIKMAT AYAT KURSI MENGIKUT HADIS-HADIS :
1. Barangsiapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, ALLAH SWT mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya sehingga subuh.

2. Barangsiapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap solat fardu, dia akan berada dalam lingkungan ALLAH SWT sehingga sembahyang fardhu yang lain

3. Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah dia daripada masuk syurga. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur,, ALLAH SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah sekitarnya..

4. Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat fardhu, ALLAH SWT menganugerahkan dia setiap hati 0rang yang bersyukur, setiap perbuatan yang benar, pahala nabi-nabi dan Allah melimpahkan padanya rahmat.

5. Barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka ALLAH SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya mereka semua mem0h0n keampunan dan mend0akan baginya.

6. Barangsiapa membaca ayat Kursi diakhir sembahyang, ALLAH SWT mengendalikan pengambilan r0hnya dan dia adalah seperti 0rang yang berperang bersama Nabi ALLAH sehingga syahid.

7. Barangsiapa membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya ALLAH SWT berkenan memberi pert0longan kepadanya

Kehidupan KU sebagai Muslim

Permulaan hidup seorang islam bermula dari bangun tidur lagi. Segala perbuatan yang berniatkan keredhaan ALLAH ialah ibadah yang terbaik. Saat bangun dari tidur bacalah doa sesudah bangun tidur, sertakan dengan beberapa utas istigfar.

اْلحَمْدُ للهِ الَّذًيِ أحْيَنَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ الْنُّشُوْرُ

أستغفرالله العظيم

Terlepas satu ikatan syaitan, dua ikatan lagi dengan masih berbaki. Teruskan dengan mengambil air suci wudhu terlepas lagi satu ikatan dan akhirnya tunaikanlah solat subuh sebanyak dua rakaat. Bertempiran lah syaitan kerana kekalahannya..dengan izin ALLAH.

Seusai solat subuh, bukalah kalamullah binniati mukhlisin, moga segala ayat-ayat cintaNYA serta janji kasihNYA meresap dalam hati nurani. Pohon kasih ALLAH sentiasa di hati,moga dengan segala kesungguhan di nilai oleh NYA.

Segala kecantikan ciptaanNYA terserlah bila menunaikan DhuhaNYA…cahaya dari langit gambaran kekuasaan, keagungan, kecantikan sang PENCIPTA…sebutlah

سبحان الله
Kasih kan ALLAH dan diri diteruskan lagi dengan menambah makanan rohani dengan perbuatan yang baik di sepanjang hari.

Qailullah sekejap tanda rehat diri untuk mentenagakan badan untuk beribadat berserta niat.
Mafhumkan diri bahawa dunia ini hanya pinjaman buat seketika, bangkit segera menunaikan solat fardhu zohor sebanyak empat rakaat. Moga tautan hati kepadaNYA lagi kemas tersimpul padu.

Bukakan lagi kalamullah yang mengandungi sejuta hikmah di dalamnya.

Saat bergema dunia dengan kebingitan penduduknya, kuatkan kecintaan kepadaNYA menerusi solat Asar yang khusyu’ sebanyak empat rakaat. Moga roh lebih kudus dengan TUHANnya. Pohon dirahmati dan di berkati dunia akhirat.

Tenagakan diri lagi dengan senaman tabrawi islamiyah, moga mengaurakan islam itu mudah.

Siang hampir mengundur diri, berkeliaran syaitan durjana, tepiskan dengan pedang MATHURAT. Moga kekuatan rohaniah menjadi tunggak penyokong kehebatan jasadiah .

Waktu magrib sudah mendatang minta ditunaikan solatnya, tunaikanlah solat fardu magri
b sebanyak tiga rakaat dengan penuh tawaddu'. moga setiap amalan terima olehNYA.
Solat-solat sunat di teruskan bagi menambah makanan rohani

Kalamullah di jadikan sasaran lagi. Buka, baca dan selami dengan sepenuh hati murni, sesunguhnya Allah menilai walau sebesar zarah pun.

Sesungguhnya Allah datangkan waktu untuk manusia menilai dan menghargainya, sebelum dibawa arus mimpi yang berbagai tafsiran tunaikanlah solat fardhu isya’ sebanyak empat rakaat. Moga di penutupannya adalah yang terbaik dari sebelumnya.

Sebelum mata terlena, di buai mimpi nan indah, lagukan bibir dengan Al-Mulk dan As-sajdah.
Renungkan segala kesilapan dan dosa yang di lakukan seharian. Pohon ampun dan redha ALLah, moga setiap amalan diterima olehNYA.
.....

Sebelum melangkah ke alam mimpi itu, bacalah doa tidur, sertakan dengan tasbih fatimah, tiga Qul sebagai pendinding, muhasabah diri........................

Terlena.....

Semoga masih panjang umurmu untk bangun esok hari untuk melaksanakan ibadah dan kewajipan sebagai seorang muslim dengan lebih baik lagi...Amin.

p/s
yang berkata ini bukanlah seorang yg sempurna untk membicarakan hal ini, tapi mari sama-sama renungkan. Bukan niat untuk mengajar tapi hanya untuk memperbaiki diri dan mengajak orang lain..YA Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Mathlubi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails