I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 27 Mac 2010

Ku RINDU

Antara kasih, sayang dan rindu
Berpadu dalam ruang rasa
Dinding jiwa diamuk duka
Rasa lara bertemu di ruang sepi
Terkadang menghenyak picisan kalbu

Tuhan...
Semakin hari semakin bertambah usiaku
Kian waktu, pengalaman mendewasakanku
Akal dangkal tak mampu memacu laju
Hanya iman senipis bawang memandu arah tuju
Berbantu rahmat Mu yang sentiasa bersamaku

Tuhan...
Bicara soalnya seperti semalam bersua
Rindu yang tersimpan membarah dijiwa
Laksana sang kekasih dibuai cinta
Laksana bunga cinta mekar didada
Laksana taman menguntum ceria

Tuhan...
Izinkan kami bertemu
Agar terluah rindu di kalbu
Agar tersingkap cinta yang bersatu
Agar terlepas dera yang terbuku

Tuhan...
Aku rindu untuk menjadi tetamu Mu
Aku rindu kemesraan dalam cinta Mu
Aku rindu ketenangan di rumah Mu
Aku rindu nuansa bahagia di kamar raudhah Mu
Aku rindu ruang waktu bersama Kekasih Mu
Aku rindu untuk dekat dengan Rasul Mu
Aku rindu perasaan itu!

Tuhan...
Kiranya masih ku punya waktu
Izinkan kami bertemu dalam restu
Pertemukan kami dalam keredhaan Mu

Aku rindu ya Habibi...
Aku rindu Masjid al-Haram
Aku rindu Masjid Nabi
Aku rindu tanah Madinah
Aku rindu kasih sayang ansar
Aku rindu debu-debu Mekah
Aku rindu keseriusan warganya

Aku rindu... untuk sujud di depan kaabah Mu!

luahan ini luahan bagi jiwa yang RINDU, tiada ungkapan yang benar melainkan RINDU

Bacalah setulus jiwa kisahnya..

SAYA SUDAH BERTUNANG

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah  (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... ... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin zaaiqatul maut ~

Copy here

Ahad, 21 Mac 2010

Always To Do

Pembuka bicara mula dikata..Moga berkah dalam pena..

Segala puji bagi ALLAh Tuhan sekalian alam, yang memberi ni’mat. CintaNYA mendamai jiwa, hidayahNYA penyuluh segala sinaran. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi kita Nabi Muhammad S.a.w, yang mana kasih sayang dan cinta hingga ke akhir hayatnya. Sollu ‘ala nabi.

Menyemai dan menyubur sesuatu perlu konsisten dan istiqamah. Kadang-kadang ana terfikir, if semua ilmu(tidak termasuk ajaran sesat) yang manusia sekarang dapat(termasuk diri ini) maka lahirlah segolongan yang mantap jiwanya, hebat hidupnya, malah hebat itu menjadikan islam itu gemilang dipersada dunia, lebih cemerlang lagi.Sebagai contohnya kita ada tokoh2 islam yang hebat dan perkasa jiwanya seperti Al-Ghazali, ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan ramai lagi. Mereka semua lahir dalam kebaktian pada islam. Mengapa tidak kita?? (termasuk diri ini)

Semai

Ingin menyemai bukanlah mudah juga tidaklah susah. Sebagai contoh, ajarkan anak2 atau adik2 dirumah doa, itu satu proses penyemaian. Ajar berulang-ulang hingga mereka faham , mereka tak lupa untuk amal, dan if boleh terangkan dengan fadhilatnya sekali.

Ana mempunyai anak buah yang berumur 3 tahun(Salsabila Ayuni ) dan juga 7 tahun(Amirul Afnan) pada masa itu. Apabila diajar dan dilatih, mereka rasa yakin nak amal . Ana start ajar doa masuk tandas, juga keluar tandas. Mereka amal, mereka hafaz, sampaikan ada satu masa mereka didalam tandas, ana diluar. Tiba2 ana terdengar laungan

Cik Naaaaaaaaaaa…..
Terkejut ana terdengar laungan sedemikian, rupa2nya mereka tidak ingat doa keluar tandas, lantas ana ulang balik.

Itu satu proses.

Subur
 
Waktu makan pula, ingatkan mereka agar baca doa sebelum makan, beritahu mereka if tak baca doa mereka mampu kongsi makanan dengan syaitan. Sudah pastinya kanak-kanak itu gerun mendengar sedemikian.
“Sesungguhnya syaitan dapat berkongsi makanan yang dimakan tanpa menyebut nama ALLAH”
(Riwayat Muslim)

Apabila sudah disemai tiap2 ilmu itu, ia pasti kan subur terus menyubur.
Pada permulaan doa masuk tandas n keluar tandas, kemudian ana ajar doa tengok cermin.

If mereka tak dapat hafaz panjang cukup sudah jika mengingatkan mereka bahawa setiap perbuatan mestilah dimulakan dengan

“Bismillahirrahmanirrahim”

Kanak-kanak itu bersih jiwanya, putih hatinya, jadi corak dan rawatlah dengan terbaik agar jadi helaian kain putih yang sangat bercorak manfaat, bercorak Qurratu’ain, bercorek soleh dan solehah.

Itu kanak-kanak, kita yang dewasa pun begitu jua. Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh kita abaikan kerana tiada rasa ingin menyuburkan dalam diri. 

Duduk sebentar.. dan beriman......

Begitulah kehidupan manusia itu, proses itu perlu diulang-ulang. 

Menyemai itu satu proses

Semaian itu aculah dari AL-Quran dan AS-SUNNAH,

Sudah pasti kan menyubur dalam jiwa-jiwa yang subur dengan islam,

Jiwa yang subur pada cinta TUHAN.

Wallahua’lam .

*Sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak yang melalaikan*

Denyut Kasih Medik

~Novel yang menggabungkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta~

Karya Dr. Farhan Zauj kepada Novelis Islami Kak Fatimah Syarha. Novel ini kesinambungan dari Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul karya Kak Fatimah Syarha.

Sabtu, 20 Mac 2010

Monolog Si IMAN

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Salam permusafiran.

Alhamdulillah, masuk minggu ke 2 dinegeri Kelahiran, amat menyegarkan jiwa, jiwa yang sangat merindukan ketenangan , kedamaian, dan yang paling utama keredhaan Tuhan.

Iman seperti nya bermusim2, kadangkala diatas kadangkala dibawah. Menjaganya amat payah jika tiada bekalan kekuatan, tiada sokongan orang2, juga jika tiada suasana yang menambahkan iman. Kali ini sungguh pada diri ini ada kegusaran, kegusaran yang cukup kuat dalam membaja iman. Betapa ramai manusia kecundang dipertengahan jalan, betapa ramai manusia tidak pernah mengenal Tuhan, kenapa ia berlaku?? Tepuk dada tanyalah iman kita. Sama2 kita tanya.

Akan tetapi bukankah jika kita kenal siapa diri kita, kita akan kenal siapa yang mencipta diri kita??

Jawapannya: Ya

KENAL ALLAH MELALUI DIRImu.........

ALLAH menciptakan dirimu(manusia), lalu memberi kecukupan(rezeki) yang tak sudah2, yang besar ni'matnya, namun kadangkala dirimu(manusia) akan diuji oleh penciptamu. Ujian yang datang itu sangat berkemampuan atas dirimu. USAH GUSAR

" Seseungguhnya ALLAH tidak akan menguji seseorang melainkan apa yang dia mampu".

Masih lagi diri ini berbicara tentang iman.

Iman bukanlah dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.
Juga tak dapat dijual beli.

Iman itu umpama satu akar yang kuat, Jika akar(iman) itu bertunjang dengan kuat disegenap ruang, jangan risau akan pokok itu sekalipun ia kecil.

Rumus dari situ: Apabila seseorang itu punya iman yang kuat dan mendalam kepada Rabbnya, suah pasti segala mehnah dan ujian mendatang tak pernah ia kesalkan, malah menjadi orang yang masrur(gembira) kerana ujian itu datang tanda ingatan TUHAN.

Daku kagum pada juangnya tentang islam

Daku rindu pada dia yang penyabar,
pada dia yang tabah,
pada dia yang tenang,

 Rindu  dan kagum ini kerana dia kekasih DIA.
 
Ya Rasulallah, taqwamu padaNYA menjulang tinggi, seluruh alam berseri2 pada kedatanganmu. Dikau ajarkan kami agar cinta padaNYA, agar kasih padamu.

Dikau manusia yang mulia, akhir kalammu masih meniti

ummati, ummati.......

Ya Rasulallah, peribadimu utuh menjadi Qudwah Hasanah pada ummatmu, syafa'atkan kami di hari pertemuan denganNYA. MOga mati kami mati dalam menjunjung sunnahmu, AL-Quran manualnya, serta dalam IMAN padaNYA ALLAHUMMA AMIN.

P/s : Mohon padaMU ya ALLAH, agar ku punya Iman dan taqwa padaMU yang berterusan.amin

Isnin, 8 Mac 2010

Titik percampuran

Dalam islam adakah disana titik percampuran?? 

Syed Qutb memafhumkan  tidak ada titik pertemuan islam dengan jahiliyyah

Lihat sahaja,majalah Mempelam contohnya: Didalamnya terdapat ramai artis2 hebat, seksi dan pelbagai aksi yang tak soleh, tapi terselit tazkirah di tengah2nya. Apakah kita mengira, ia sesuatu tempat rujukan yang bagus. Manakah nilai-nilai islam yang sebenar wahai saudara-saudariku sekelian???

Artis pula sewenang2nya memberi hukum tersendiri.

Petikan dari akhbar harian dalam segmen HIP baru-baru ini, yang bertajuk “ Seksi Juga Adalah Fesyen ”, statement ini adalah dari seorang pelakon tempatan yang diberi nama Rebecca Nur Al-Islam, sungguh indah  namanya sehinggakan kita  dapat membezakan ini adalah MUSLIM dan bkan nama NON MUSLIM.

Apa yang ingin menyentuh disini juga betulkah dalam islam, bahawa gaya seksi mempunyai batas-batasnya??

Dan boleh menjaga batas diri dan memelihara maruah keluarga???

Adakah dengan gaya menutup aurat, menjadikan seseorang itu hidup dalam keadaan dunia hipokrasi dan kepura-puraan???

Adakah remaja tidak perlu hidup dalam kongkongan dan boleh mengenepikan amal islam???

Dalam  petikan tersebut beliau berkata “ seksi juga adalah fesyen. Saya tak ambil peduli, apa pun orang nakk kata. Saya tak pernah kacau orang lain. Mungkin orang lain cemburu sebab tak ada nama macam saya” begitulah fahamannya yang boleh menggugat akidah islam manusia lain.

Aduhai saudara-saudari yang dikasihi ALLAH, 
 
dunia semakin mencabar, cabaran semakin deras melanda, 
 
tapi walau ombak Tsunami datang sekalipun, 
 
jika IMAN dan TAQWA tersegar dihati, jiwa dan seluruhnya, 

maka tiadalah kegusaran disitu. 
 
Ini kerana apabila jelas tentang semua iitu,
 
maka tiada lagi huru-hara dalam diri,
 
walaupun sekali sekala ujian melanda,
  
ia tak  akan mematahkan hati dan jiwa.
 
ALLAH sebagai pencipta sudah pasti tahu apa yang terahsia, 
 
ada hikmah dibaliknya.

P/s:Mari pohon berbanyak2 keampunan dariNYA

Merasai Kemanisan Iman

Dalam kehidupan setiap umat telah diberikan nikmat iman oleh Allah swt. Dalam mencari kedamaian dan keharmonian hidup seharian,sebagai umat Islam kita mestilah mempunyai prinsip yang murni dan sihat. Tingkatan kenikmatan dan kemanisan iman yang dikecapi oleh seseorang bergantung kepada prinsip hidupnya iaitu kasih kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala-galanya disamping kasih kepada manusia,dengan tujuan menuntut keredhaan Allah dan benci kepada kekufuran.

Sebagai manusia yang beriman,perkara kekufuran tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan di dunia ini.Manusia yang tidak beriman akan selalu lupa kepada nikmat ciptaan Allah terhadapnya. Manusia yang tidak bersyukur akan menjadi kufur dan lupa akan tujuan mereka dihidupkan di dunai ini sebagai khalifahNya. Rasulallah saw menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:

”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Begitu tingginya tahap kemanisan iman yang harus dicapai setiap umat Islam. Mukmin tersebut akan merasai betapa bahagianya hidup menjadi umat Islam yang beriman dan berada dalam ketenangan dan kedamaian,merasai keinginan dan kelazatan lidahnya dengan berzikir mengingati Allah swt. Al-Quran pula sebagai petunjuk yang sentiasa mendidik dan memberi pengajaran kepada semua manusia untuk dapat membentuk keimanan yang sempurna.

Pendidikan iman manusia diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk. Iman mendidik manusia mengenal dan meyakini adanya perkara-perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman seperti percaya kepada hari akhirat,qada dan qadar seta syariat Islam. Keimanan antara lain memberi keyakinan bahawa manusia memerlukan pertolongan Allah dalam segala urusan duniawi dan ukhrawi. Iman memberi peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya.

Iman mendidik manusia supaya mencintai Allah dan Rasulullah serta keluarganya(Ahlu Al-bait) dengan membiasakan diri dengan membaca al-quran. Iman memberi motivasi dengan semangat untuk terus tekun berusaha,supaya manusia tidak bergantung kepada takdir semata-mata untuk mencapai kejayaan hidup. Melalui iman yang mantap,ia akan mengingatkan manusia supaya tidak melupakan kepentingan hidup di akhirat ketika hidup di dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud;

”Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada(kebahagiaan)akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagian dari(nikmat)dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik terhadapMu” (Al-Qasas:77)

Iman merupakan faktor paling penting yang mendidik dan membentuk sahsiah manusia yang teguh dan berakhlak mulia,berakal budi murni serta memperlihatkan teladan yang baik.

link iluvislam 

Ahad, 7 Mac 2010

Hargailah

Ramai lelaki terlupa untuk menghargai perempuan di sekelilingnya. Mungkin disebabkan perempuan itu begitu tabah tidak menunjukkan air mata, mungkin juga lelaki telah kebal dan kalis dengan air mata dan pengorbanan perempuan atau mungkin juga mereka melihat perempuan sama sahaja seperti lelaki. Atau mereka sudah kebal dan tidak melihat perempuan di hadapan mereka istimewa kerana melihat perempuan lain yang ajnabi yang lebih menarik.

Saya hendak menulis tentang lelaki dan perempuan yang memiliki iman.

Bagi manusia yang mempunyai secebis iman, hargailah perempuan kerana perempuan yang beriman itu lebih mahal daripada dunia dan segala isinya. Apabila seorang perempuan beriman menjadi ibu, dia akan menjadi ibu yang terlalu istimewa, meredah segala ujian dengan tabah. Dia akan terus mendoakan anak-anak sepanjang hayatnya seolah-olah hidupnya untuk berdoa. Seorang ibu beriman seolah-olah kekeringan air mata kerana dia mahu anak-anaknya bahagia lalu air matanya tidak tumpah melainkan di hadapan Allah dan di dalam hati. Dia tahu dia mesti kuat supaya anak-anaknya kuat menghadapi kehidupan.

Seorang ibu beriman selalu menahan perasaannya. Dia tahu doanya amat mustajab jadi dia hanya mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak walaupun si anak sering melukakan hatinya.

Apabila seorang perempuan beriman menjadi isteri, dia berkorban untuk suami. Kadang-kadang dan banyak ketika si isteri menangis suami tidak tahu. Bertuah si isteri yang mendapat suami beriman kerana suami itu akan melihatnya sebagai amanah ALlah. Suami beriman sangat menghargai isteri, mendidik dan menenangkan isterinya. Amanah Allah ini akan dijaga sebaiknya.

Perempuan bagaimana bijak dan tinggi pendidikannya tetaplah lemah perasaannya, ada ketika dia tidak rasional, mudah marah, mudah benci, mudah lemah dan mudah bersangka-sangka. Jadi, suami beriman akan sentiasa memberi ketenangan, mendidik dan menceriakan keadaan.

Suami beriman tahu isterinya menggadai nyawa di saat melahirkan anak-anak. Hampir sahaja kesakitan melahirkan membuat nyawa melayang. Suami beriman tahu susah isterinya menanggung kandungan 9 bulan,tubuh si isteri mengalami pelbagai perubahan. Kesakitan demi kesakitan yang bertambah sekian hari sudah tidak mampu diceritakan. Jadi isteri hanya memilih pasrah tanpa bercerita satu persatu kesakitannya. Suami yang baik akan sentiasa faham dan cuba memberi keselesaan terutama dengan kata-kata baik yang menenangkan perasaan, sentuhan dan pelukan yang mendamaikan. Sememangnya isteri mengandung perlu ketenangan ditambah dengan amalan-amalan dan zikrullah memohon rahmat Allah.

Lelaki yang keras dan tidak berlembut dengan isteri hanya akan membuatkan isteri semakin menjauhkan diri dan juga berkeras. Isteri akan menyembunyikan perasaan dan rasa. Isteri akan membina tembok kebal dalam dirinya sendiri. Lelaki beriman yang berlembut dengan isteri akan mendapat manfaat yang pelbagai kerana isteri juga tidak berkeras dengannya. Seorang suami yang sentisa memberi kepada ahli keluarganya sendiri dan membuat kebaikan kepada ahli keluarganya akan sentiasa mendapat rahmat Allah dan diluaskan rezeki.

Ramai manusia apabila semakin bertambah tanggungjawab dan kerja, semakin tidak kisah perasaan si isteri. Apa yang penting cukup makan dan pakai. Si isteri juga menjadi semakin kebal, perasaan lembut dan halusnya juga makin terpendam. Isteri tiba-tiba menjadi kuat sendiri

..~http://albazrah.blogspot.com~
.

Peribadimu disanjung tinggi..

Pembuka bicara dengan entri ini..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..ALLAH adalah satu-satunya pemelihara alam..pemelihara hati dan jiwa, pemilik segala kasih dan cinta, Segala puji HANYA untuk Allah atas segala nikmat kasih sayang serta pemberianNYA, dan selawat serta salam buat kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W.Qudwah Hasanah tauladan ummah.

Moga hari2 begitu indah dalam keadaan beriman padaNYA..

Allah berpesan supaya Nabi saw mengucapkan kepada umatnya lebih kurang mafhumnya begini dalam AL-Quran "Sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu akan dicintai Allah"

Moga kecintaan pada kekasihNYA terus mekar ditaman hati, satu2nya kekasih agung yang diakhir hayatnya masih lagi meniti kalam ini

ummati, ummati, ummati

Ya Rasulallah, Engkau tetap hidup di dalam hati kami. Cahayamu bersinar di dalam lubuk hati kami, moga cahaya itu terang dan terang melimpah menyuluh kami dalam perjalanan di dunia yang serba gelap ini. Tanpa cahayamu wahai Nabi SAW, gelap gelita lah masa depan kami. Sunnahmu akan menyuluh terang agar kami tidak teragak-agak lagi untuk melangkah, meniti dunia yang serba membaham dan ganas ini. Moga cahaya sunnahmu yang lembut menjadikan dunia ini ladang serba subur untuk kami menuai hasil di akhirat nanti.

Allahhumma Solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

Salam Maulidurrasul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails