I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 30 Oktober 2008

Detik Kematian

Sebak,takut,sakit,semua perkara tu menghantui diri ini, badan pula menggeletar, nafas berasa sempit…Ya Allah, masih panjang ke masa untukku????ketika menulis bingkisan ini tangan masih menggeletar, seram sejuk terasa….Sempit dada bernafas, takut…..sesungguhnya hambaMU ini terbayang detik kematian, bagaimanakah matiku Ya Allah..adakah dalam husnul khatimah atau sebaliknya…Air mata menitik laju..habis membasahi buku yang Ibtisam ingin baca.Terbantut seketika niat untuk membaca.

************************

Saat seusai di talkinkan, doa dan juga siraman air mawar, jenazah akan ditinggalkan bersendirian di alam kubur yang gelap gelita. Tanpa ada lampu pendaflour, tanpa ada torchlight yang menyuluh, jasad kaku membatu, roh meraung bersendirian dalam “rumah” gelap pekat.

Sakitnya di azab oleh penjaga kubur, tulang temulang rapuh patah berkeriuk di himpit tanah…………….Arrrrgggg…Sakitnya tidak terkata...Ulat, cacing, kala jengking, lipan, ULAR, semuanya menjadi peneman setia. Membaham rakus jasad yang kaku…..Ya Allah begitu pedih, sakit, nyilu pada diri.

************************

Saat terasa begitu, banyak persoalan menerawang, menerjah fikiran Ibtisam.

Apakah yang dah kubuat untuk islam ni,???
Panjang lagi ke masa aku untuk hidup???
Apa sumbanganku pada orang sekelilingku??
Sudah main peranan atau tidak dalam ilmu yangku dapati???
Banyak ke amalanku selama hidup hari ini???

Persoalan demi persoalan menerjah diri ini. Andai umur ku setakat ini ya Allah , redhakan segala perbuatanku, aku ingin mati dalam keredhaanMU ya Allah ya Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau dan Nabi Muhammad pesuruh Engkau. Berikan aku kesempatan untuk mencintaiMU, walau tidak sehebat cinta Rabiatul Adawiyah yang teguh dalam cinta dan iman pada MU ya Allah..Tidak tahu bagaimana diri ku ini tanpa pengawasan dariMu ya Allah…sungguh aku sungguh takut pada azabmu Ya Allah…..tersiksa jiwaku tanpa mengingatiMU ya Allah.
Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku kerana Mu ya Allah. Bimbing daku menuju syurgaMu ya Allah..

*************************

Begitulah bertapa dhoifnya Ibtisam. Bagi sahabat sekalian, ana manusia biasa, jika ada kesalahan pohon di perbetulkan. Sama2 kita membina jati diri serta cinta yang kukuh dan mendalam terhadap islam yang kita bawa ini. Suatu kemanisan pasti sebelumnya di sertai kepahitan. Ujian yang hadir adalah tanda kasih sayangNYA kepada kita. Cuba jauhi dari sesekali mengeluh.. kuatkan aqidah agar iman tidak menjadi rapuh. Sama –sama kita bermuhasabah diri
Sesungguhnya hati ini milik-MU ya ALLAH.

*************************

Segala luahan ini untuk pedoman diri Ibtisam sendiri, bukan berniat menyakitkan hati sesiapa. Saya menyeru sahabat sekalian dan diri ini, berwaspada dengan masa yang ada, kautlah sebanyak mungkin bekal dan amalan yang bakal dibawa.. moga kasih ALLAH bersama kita….Allahumaamin
Wallahua’lambissowab

Antara perjuangan dengan kesakitan

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.
Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka.
Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Cinta Sejati

Seorang hamba bernama Tsauban amat menyanyangi dan merindui Nabi Muhammad S.A.W. Sehari tidak berjumpa Nabi bagaikan setahun baginya. Jikalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa.Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian pada Tsauban. Baginda mengetahui hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjupa Rasulullah s.a.w.Katanya “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat bersedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu , barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, saya begitu takut dan cemas sekali, takut –takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu tentulah di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membingbangkan saya tidak dimasukkan ke syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.”

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNYA, maka mereka itu nanti akan bersama mereka iaitu orang-orang yang di beri nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang yang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman”. Mendengarkan jaminan Allah, Tsauban menjadi gembira semula

******

.
Begitulah Tsauban dengan cinta sejatinya kepada Allah dan RasulNya. Jika di fikir2 semula ana menangis tidak keruan. Bagaimana cinta ana kepadaNYA?? Adakah diterima atau tidak.....

Ya Allah berikan kekuatan pada diri hamba dan diri hambMU yang lain dalam mengejar cintaMU..

Rabu, 29 Oktober 2008

Pedoman Nurani

ASSALAMUALAIKUM……………………………salam sejahtera ke atasmu calon penghuni syurga ALLAH………..
Apa yang termampu ingin ana kongsikan….

Moga jadi renungan kita sebagai manusia kerana manusia itu lupa sifatnya……….
Ketaqwaan hati dan nurani rahsia manusia capai kejayaan…..
Begitu agung nilai ketaqwaan manusia di sisi Allah shingga mengangkat mereka dgan kejayaan.
Namun adakala kita manusia sering alpa dan leka dgan nikmat yg Allah kurniakan……bkan tidak bersyukur tapi kadangkala di tutupi dgan kebongkahan dunia………………..

Apakah yang kita kejari sedangkan dunia kan di tinggal pergi………….
Bahkan pula akhirat menanti dgan gambaran yang kadangkala meresahkan hati.,membolak blikkan perasaan manusia,krana di sana nasib lebih terang bahkan lbih gemilang ………..
Jadi jangan jadikan dunia yang sementara ini tempat untuk bersenanglenang, membiarkan masa berlalu tanpa sempat kita menoleh ke belakang..Masya’ALLAH.. alangkah ruginya hidup ini..
Beruntung bagi hati2 yang Allah pelihara……adakah ku termasuk golongan itu….

Pada kelemahan Allah kuatkan ,pada Kekuatn Allah pesankan dengan keimanan dan kecintaan kpdNYA.
Tapi alangkah tidak sedarnya manusia mengguna pancaindera yang ALLAH berikan untuk menyekutukanNYA bahkan melawannya…NA’uzubillahiminzalik.
INNI JA’ILUNFILARDHIKHALIFAH………….
Telah Allah menjadikan ke atas muka bumi ini khalifah..yang mana tak lain tak bukan Khalifah itu kITA
Manusia yang lemah dan hina yang berlagak sombong dengan megahnya menerima setiap amanah dgan tidak praktikalnya lalu melantun keluar dari landasan keimanan.
Kita lah yang bakal memimpin manusia itu..kita juga juga yang akan terpimpin oleh sesiapa oleh sesiapa sahaja..
Jadilah kita orang yang menerima ilmu,malah menyebarkannya walau satu ayat kerana Allah memandangnya tinggi walau ia remeh………
Dan ingatlah matlamat tidak pernah menghalalkan cara…..
Tapi adakah ada manusia moden ini yang mengikut syariat itu…. Ingatlah di mana sahaja kita berada kita tetap berpijak pada bumi Tuhan……

FITRAH BERKASIH SAYANG……………….
(………….. “Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh"……………..)

((……….) ayat ini copypage iluvislam)
Allah telah menciptakan manusia dengan fitrahnya untuk mencintai dan di cintai..malah Allah telah nukilkan aytNYA dalm surah2 yang kita tidak cari gali mengenai dalil dgan knikmatan yang ALLAH beri kpada hambaNYA..
Tapi bukan pada jalan yang tidak di syariatkan…
Allah mengangkat tinggi darjat manusia yang melakukan sesuatu mengikut kerdhaanNYA..
PERKAHWINAN itu lah jalannya……

IDAMANKU……………..IMPIANKU
seorang wanita muslimah
bukan tidak di kurniakan fitrah sedemikian….
TAPI,
mereka mndambakan seorang imam dalam hidup……….
Kuat dalam agamanya dan ketaatan kpada Allah
Melindungi mereka dengan senjata doanya kpada PENCIPTA
Menghiburkan mereka dengan janji2 Allah yang pasti………
Yang mengasihi mereka setelah ALLAH dan RASUL
Hidup dengan mereka bukan kerana kecantikkan, harta tetapi kerana agama…
…………….Itulah yang kekal menuju ke syurga,krana jikalau mgasihi mereka kerana hal2 dunia maka goncanglah Baitul Dakwah itu………..

wahai ALLAH,limpahkan kepadaku kekuatan untuk mencintaimu,
Mencintai orang yang mencintaimu,dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri
Untik mencintaimu..
Jadikan rasa mencintaimu lebih aku sukai berbanding air dan embun..
(Doa Nabi Muhammad S.A.W)..

SEKIAN SAHAJA MOGA IA JADI PEDOMAN NURANI …………………………..

Ya ALLAH bantulah hmbaMU yang lemah ini dalam mencapai cinta dan redhaMU..
seruan ini untuk diri yang serba kekurangan ini juga..
Wallahua'lambissowab.
KEKAYAAN BUKAN BANYAKNYA HARTA.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
“Wahai muslimin, kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah
kekayaan jiwa. Sesungguhnya Allah Azzawajalla memeberikan kepada hambaNYA apa yang
sudah di tetapkan bahagian rezeki untuk dirinya. Kerana itu berlaku baiklah kamu dalam
mencari rezeki. Ambillah apa yang halal dan tinggalkan apa yang haram”

(Riwayat Abu Ya’la pada asalnya Bukhari Dan Muslim)

MASHAF DAN LAUT

Suatu pagi jumaat di Iskandariah,saya telah berjalan menyisiri pantainya, bertujuan
menikmati keindahan alam di situ dengan memandang jauh kearah lautan yang biru.Juga
berharap agar kenikmatan itu berlarutan sebelum menjelang tengah hari. Ada beberapa
pasangan muda-mudi duduk di situ, duduk mengadap ke laut sambil berpegang-pegangan
tangan dan berbicara kata-kata indah dan romantis.

Saya terpandang seorang anak muda yang mungkin bermur sekitar dua puluhan sedang
berjalan rancak menuju ke arah bertentangan dari saya. Sebelah tangannya dihayun mengikut
rentak langkah dan sebelah lagi membelai janggut. Saya segera menoleh ke belakang untuk
melihat kalau-kalau ada tempat tertentu yang pemuda itu tuju. Apa yang tampak oleh saya
hanyalah sekumpulan manusia yang bersuka-ria membelakangi laut. Pemuda itu tiba-tiba
berdiri di hadapan mereka tanpa sepatah kata. Kemudian dia pun duduk bersila dengan
mengadap ke pantai. Perlakuan pemuda itu bukan sahaja menghairanaknkan saya, bahkan juga
mereka yang sedang bersuka-ria itu.

Saya terus memerhati tindakan pemuda itu selanjutnya. Tiba-tiba dia mengeluarkan sebuah mashaf kecil dari dalam saku bajunya lalu ia mula membaca dengan tekun dan hati-hati. Dia langsung tidak menghiraukan keadan sekeliling atau sesiapa sahaja yang memandangnya.
Ternyata kebisingan suara-suara manusia langsung tidak menganggu bacaannya. Boleh dikatakan apa yang wujud baginya ketika itu hanyalah mashaf dan laut.

Saya terus menunggu perkembangan selanjutnya. Suatu perkara yang memeranjatkan
akhirnya berlaku. Tangan-tangan couple yang asyik tadi berpegangan erat dan memadu kasih
akhirnya terlerai perlahan-lahan. jasad-jasad teruna dan dara yang berdampingan manja pula
mula renggang. Mereka s eolah-olah merasa janggal atau mungkin juga segan untuk meneruskan
perbutan mereka kerana kewujudan pemuda yang membaca Al-Quran tadi. Mereka segera
bingkas lalu beredar meninggalkan psiran pantai yang putih bersih, mungkin mencari lokasi lain
yang sesuai tanpa gangguan.

Namun apa yang begitu menjadi perhatian saya di sini ialah tentang tindakan dan perlakuan
pemuda itu yang berjaya menyelamatkan pantai yang indah itu dari dicemari oleh kesumbangan gelagat mnusia. Sedikit sebanyak tindakannya meninggalkan kesan yang mendalam ke hati setiap pasangan tadi lantas mendorong mereka untuk tidak lagi mengulangi kesilapan dan kesalahan samada di pantai itu atau di mana-mana sahaja.

Betapa teknik dakwah yang pemuda itu lakukan lebih kuat dari besi dan lebih berbisa dari lidah.

Diambil dari Buku Jalan Ke Hati Teknik Dakwah Yang Berkesan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails