I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 29 Oktober 2008

MASHAF DAN LAUT

Suatu pagi jumaat di Iskandariah,saya telah berjalan menyisiri pantainya, bertujuan
menikmati keindahan alam di situ dengan memandang jauh kearah lautan yang biru.Juga
berharap agar kenikmatan itu berlarutan sebelum menjelang tengah hari. Ada beberapa
pasangan muda-mudi duduk di situ, duduk mengadap ke laut sambil berpegang-pegangan
tangan dan berbicara kata-kata indah dan romantis.

Saya terpandang seorang anak muda yang mungkin bermur sekitar dua puluhan sedang
berjalan rancak menuju ke arah bertentangan dari saya. Sebelah tangannya dihayun mengikut
rentak langkah dan sebelah lagi membelai janggut. Saya segera menoleh ke belakang untuk
melihat kalau-kalau ada tempat tertentu yang pemuda itu tuju. Apa yang tampak oleh saya
hanyalah sekumpulan manusia yang bersuka-ria membelakangi laut. Pemuda itu tiba-tiba
berdiri di hadapan mereka tanpa sepatah kata. Kemudian dia pun duduk bersila dengan
mengadap ke pantai. Perlakuan pemuda itu bukan sahaja menghairanaknkan saya, bahkan juga
mereka yang sedang bersuka-ria itu.

Saya terus memerhati tindakan pemuda itu selanjutnya. Tiba-tiba dia mengeluarkan sebuah mashaf kecil dari dalam saku bajunya lalu ia mula membaca dengan tekun dan hati-hati. Dia langsung tidak menghiraukan keadan sekeliling atau sesiapa sahaja yang memandangnya.
Ternyata kebisingan suara-suara manusia langsung tidak menganggu bacaannya. Boleh dikatakan apa yang wujud baginya ketika itu hanyalah mashaf dan laut.

Saya terus menunggu perkembangan selanjutnya. Suatu perkara yang memeranjatkan
akhirnya berlaku. Tangan-tangan couple yang asyik tadi berpegangan erat dan memadu kasih
akhirnya terlerai perlahan-lahan. jasad-jasad teruna dan dara yang berdampingan manja pula
mula renggang. Mereka s eolah-olah merasa janggal atau mungkin juga segan untuk meneruskan
perbutan mereka kerana kewujudan pemuda yang membaca Al-Quran tadi. Mereka segera
bingkas lalu beredar meninggalkan psiran pantai yang putih bersih, mungkin mencari lokasi lain
yang sesuai tanpa gangguan.

Namun apa yang begitu menjadi perhatian saya di sini ialah tentang tindakan dan perlakuan
pemuda itu yang berjaya menyelamatkan pantai yang indah itu dari dicemari oleh kesumbangan gelagat mnusia. Sedikit sebanyak tindakannya meninggalkan kesan yang mendalam ke hati setiap pasangan tadi lantas mendorong mereka untuk tidak lagi mengulangi kesilapan dan kesalahan samada di pantai itu atau di mana-mana sahaja.

Betapa teknik dakwah yang pemuda itu lakukan lebih kuat dari besi dan lebih berbisa dari lidah.

Diambil dari Buku Jalan Ke Hati Teknik Dakwah Yang Berkesan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails