I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 30 Oktober 2008

Cinta Sejati

Seorang hamba bernama Tsauban amat menyanyangi dan merindui Nabi Muhammad S.A.W. Sehari tidak berjumpa Nabi bagaikan setahun baginya. Jikalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa.Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian pada Tsauban. Baginda mengetahui hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjupa Rasulullah s.a.w.Katanya “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat bersedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu , barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, saya begitu takut dan cemas sekali, takut –takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu tentulah di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membingbangkan saya tidak dimasukkan ke syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.”

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNYA, maka mereka itu nanti akan bersama mereka iaitu orang-orang yang di beri nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang yang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman”. Mendengarkan jaminan Allah, Tsauban menjadi gembira semula

******

.
Begitulah Tsauban dengan cinta sejatinya kepada Allah dan RasulNya. Jika di fikir2 semula ana menangis tidak keruan. Bagaimana cinta ana kepadaNYA?? Adakah diterima atau tidak.....

Ya Allah berikan kekuatan pada diri hamba dan diri hambMU yang lain dalam mengejar cintaMU..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails