I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 3 Januari 2009

Kehidupan KU sebagai Muslim

Permulaan hidup seorang islam bermula dari bangun tidur lagi. Segala perbuatan yang berniatkan keredhaan ALLAH ialah ibadah yang terbaik. Saat bangun dari tidur bacalah doa sesudah bangun tidur, sertakan dengan beberapa utas istigfar.

اْلحَمْدُ للهِ الَّذًيِ أحْيَنَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ الْنُّشُوْرُ

أستغفرالله العظيم

Terlepas satu ikatan syaitan, dua ikatan lagi dengan masih berbaki. Teruskan dengan mengambil air suci wudhu terlepas lagi satu ikatan dan akhirnya tunaikanlah solat subuh sebanyak dua rakaat. Bertempiran lah syaitan kerana kekalahannya..dengan izin ALLAH.

Seusai solat subuh, bukalah kalamullah binniati mukhlisin, moga segala ayat-ayat cintaNYA serta janji kasihNYA meresap dalam hati nurani. Pohon kasih ALLAH sentiasa di hati,moga dengan segala kesungguhan di nilai oleh NYA.

Segala kecantikan ciptaanNYA terserlah bila menunaikan DhuhaNYA…cahaya dari langit gambaran kekuasaan, keagungan, kecantikan sang PENCIPTA…sebutlah

سبحان الله
Kasih kan ALLAH dan diri diteruskan lagi dengan menambah makanan rohani dengan perbuatan yang baik di sepanjang hari.

Qailullah sekejap tanda rehat diri untuk mentenagakan badan untuk beribadat berserta niat.
Mafhumkan diri bahawa dunia ini hanya pinjaman buat seketika, bangkit segera menunaikan solat fardhu zohor sebanyak empat rakaat. Moga tautan hati kepadaNYA lagi kemas tersimpul padu.

Bukakan lagi kalamullah yang mengandungi sejuta hikmah di dalamnya.

Saat bergema dunia dengan kebingitan penduduknya, kuatkan kecintaan kepadaNYA menerusi solat Asar yang khusyu’ sebanyak empat rakaat. Moga roh lebih kudus dengan TUHANnya. Pohon dirahmati dan di berkati dunia akhirat.

Tenagakan diri lagi dengan senaman tabrawi islamiyah, moga mengaurakan islam itu mudah.

Siang hampir mengundur diri, berkeliaran syaitan durjana, tepiskan dengan pedang MATHURAT. Moga kekuatan rohaniah menjadi tunggak penyokong kehebatan jasadiah .

Waktu magrib sudah mendatang minta ditunaikan solatnya, tunaikanlah solat fardu magri
b sebanyak tiga rakaat dengan penuh tawaddu'. moga setiap amalan terima olehNYA.
Solat-solat sunat di teruskan bagi menambah makanan rohani

Kalamullah di jadikan sasaran lagi. Buka, baca dan selami dengan sepenuh hati murni, sesunguhnya Allah menilai walau sebesar zarah pun.

Sesungguhnya Allah datangkan waktu untuk manusia menilai dan menghargainya, sebelum dibawa arus mimpi yang berbagai tafsiran tunaikanlah solat fardhu isya’ sebanyak empat rakaat. Moga di penutupannya adalah yang terbaik dari sebelumnya.

Sebelum mata terlena, di buai mimpi nan indah, lagukan bibir dengan Al-Mulk dan As-sajdah.
Renungkan segala kesilapan dan dosa yang di lakukan seharian. Pohon ampun dan redha ALLah, moga setiap amalan diterima olehNYA.
.....

Sebelum melangkah ke alam mimpi itu, bacalah doa tidur, sertakan dengan tasbih fatimah, tiga Qul sebagai pendinding, muhasabah diri........................

Terlena.....

Semoga masih panjang umurmu untk bangun esok hari untuk melaksanakan ibadah dan kewajipan sebagai seorang muslim dengan lebih baik lagi...Amin.

p/s
yang berkata ini bukanlah seorang yg sempurna untk membicarakan hal ini, tapi mari sama-sama renungkan. Bukan niat untuk mengajar tapi hanya untuk memperbaiki diri dan mengajak orang lain..YA Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Mathlubi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ana kagum! ajari ana! nasihati ana! www.absarlegal.wordpress.com....moga kasih tuhan sentiasa bersama sama enti

ibtisamsyarha berkata...

Salam alaik..

ALLAH lah yang mengizinkan setiap sesuatu itu, selagi mana kita berpegang pada Al-Quran dan As-sunnah, itulah ajaran yang terbaik.

Mendamba keredhaan ALLAH dalam kehidupan adalah matlamat utama.

ALLAH sebagai Tuhan,
Al-Quran sebagai panduan,
Rasul sebagai ikutan,
Jihad sebagai jalan...

Ana juga insan yang tak kamil, jadi sama-sama perbaiki diri, dan serulah yang lainnya.

Moga kasih ALLAH bersama-sama orang yang selalu mengingatiNYA.

Barakallahufik.

Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails