Kepada semua teman-teman seperjuangan semoga sentiasa di dalam keadaan ni'mat Iman dan Islam.
Saya ingin membawakan di sini beberapa persoalan realiti hidup yang sering saya dengar. Persoalan yang berkaitan dengan sebahagian daripada kita suatu waktu dahulu dan sebahagian yang akan menghadapinya kelak. Persoalan yang berkaitan dengan nasib si anak kecil. Tentu sahaja tidak terakam di minda kita bagaimana kita ketika waktu pertama kali menangis dalam hidup. Diazankan di telinga kanan. Mata terpejam rapat, jari jemari tergenggam erat. Pada ketika itu persoalan yang bermain di fikiran si ayah dan si ibu adalah nama anaknya. Tentu sahaja yang indah apabila didengar, sedap apabila dipanggil. Nama yang penuh makna membawa sebuah harapan tangan yang menatangnya. Namun 15 tahun kemudian timbul persoalan baru, anak siapalah ni?, ikut perangai siapa ni?, emak bapa dia tak ajar dia ke?, dan sebagainya. Mengapa?
Benarlah sabda Rasulullah S.A.W: "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan Fitrah. Maka ibu bapanya lah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi".
Maksud hadis ini adalah setiap anak yang dilahirkan ke dunia adalah ibarat kain putih yang suci, bersih, kudus dan sepi daripada noda-noda hitam. Sejernih air yang telus pandangannya ke dasar. Sesegar udara di hutan rimba yang jauh dari pencemaran. Sebening embun pagi tidak terusik sifatnya. Itu asal Fitrahnya. Tiada anak yang hadir ke dunia ini dengan sial, celaka atau bencana. Yang datang bersama dengannya adalah 1001 satu rezeki dan ujian daripada Allah s.w.t. Hakikatnya anak adalah anugerah dan amanah Allah kepada mereka yang bergelar ibu dan bapa.
Maka merekalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak itu samada merah sahajakah, birukah, hijaukah, hitamkah atau berbelang-belang. Jika yang ditanamkan dalam jiwa anak itu adalah nur Islam, maka berbahagialah kedua ibu bapa tersebut. Jika sebaliknya maka bersedialah untuk dipertanggungjawabkan terhadap amanah yang telah diberikan. Ibu bapa mempunyai kuasa untuk mencorakkan masa depan anaknya kerana mereka lah yang paling hampir dengannya. Jika sekalipun anak itu ditinggalkan oleh ibu bapanya di dalam tong sampah, di tepi longkang, atau rumah anak yatim tindakan itu tetap menyumbang kepada pembentukan diri anaknya kelak. Berapa ramaikah ibu bapa yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan bijaksana?
Ramai yang berkata anak apabila sudah dewasa, sudah mampu untuk buat pilihan sendiri, tidak perlu diingatkan atau diajar. Akan tetapi berapa ramaikah ibu bapa yang mengajar anaknya supaya sentiasa berusaha membuat pilihan yang betul? Berapa ramaikah yang memberi ruang kepada anak untuk membuat silap ketika masih kecil dan membetulkannya dengan kasih sayang? Berapa ramaikah ibu bapa yang menunjukkan contoh terbaik di depan anak-anaknya tentang bagaimana memilih sesuatu? Dunia sekarang penuh dengan perkara yang mengelirukan dalam membuat pilihan. Apa yang berlaku adalah, ramai anak muda yang suka membuat pilihan yang senang daripada susah tanpa mengira ia benar atau salah.
Ramai juga yang mengatakan mereka telah menghantar ke sekolah terbaik untuk anak-anak mereka, tuisyen, kem-kem motivasi, kelas mengaji dan sebagainya. Tapi berapa ramaikah yang mengikuti perkembangan anaknya di sekolah? Berapa ramaikah yang seratus peratus menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru-guru di sekolah? Berapa ramaikah yang menjadikan rumah mereka sebagai pusat didikan yang utama? Berapa ramaikah yang mahu menerima dan menyokong perubahan anaknya yang pulang dari kem motivasi? Berapa ramaikah yang tahu mengaji al-Quran dan bersolat tika mereka hantar anaknya untuk belajar? Kebenarannya samada sengaja atau tidak, ibu bapa banyak menyediakan pengaruh-pengaruh negatif di rumah untuk anak mereka tonton dan dengar, banyak yang menulis mesej yang tidak betul di minda anaknya dan ramai yang tidak sedar ianya berlaku. Akhirnya anak disalahkan, natijah daripada kesalahan ibubapanya sendiri.
Jadi untuk para ibu bapa, samada yang sudah atau bakal menjadi, buatlah yang terbaik, usahalah hingga daya yang terakhir, didiklah dengan bijaksana dan berilmu, sayangilah anak kamu dengan cara yang betul, agar kelak anak itu tidak menunding jari kepada kita atas kesalahannya di dunia ketika menghadap Penciptanya di akhirat sana. Allah telah memberikan janjiNya kepada mereka yang menurut perintahNya. Sesungguhnya janji Allah itu benar semuanya.
Disertakan di sini alamat website video dua anak kecil yang berbeza di mana ibu bapanya bangga dengan pencapaian anaknya. Kedua-keduanya menyertai rancangan realiti tv. Sangat comel dan geliga tapi berbeza. Apa yang berbeza? Saya serahkan pada anda untuk menilainya. Yang mana satukah idaman anda?
http://www.youtube.com/watch?v=37mqL0OZ6Og&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=lnUzxMIW5Ic&feature=related.
Saya mengalu-alukan maklum balas daripada rakan-rakan sekalian.
Jazakumullahu khairan kathiran
Author:
From Khalifah Institute
En. Ahmad Ibrahim
Maklum Balas dari Ibtisam Syarha.:
Pertamanya bukanlah diri saya yang berkata ini adalah yang terbaik tapi moga segala perkongsian membawa mnfaaat yang baik srta menjadi jalan dalam mengislah diri ini dan menyeru pada yang lainnya.
Moga ALLAH taufiqkan.
Bapa Imam Abu Hanifah ketika di tanya bagaiamana dia mendidik anaknya(Abu Hanifah) sehinnga menjadi seorang yang sangat hebat, beliau menjawab:" Aku mendidik dia 40 tahun sebelum dia di lahirkan".
Mesej yang hendaklah di sampaikan di sini ialah ibu bapa sendiri perlulah meneladani Qudwah Hasanah Rasulullah s.a.w sendiri. Sebagaimana seorang lelaki yang ingin memperolehi seorang yang isteri solehah di sampingnya , dirinya sendiri perlulah berusaha menjadi yang terbaik, menjadi pemuda acuan al-quran. berbalik kepada tajuk ini, apabila di sebut ingin mendidik anak supaya menjadi soleh/solehah diri mereka perlulah menjadi sedemikian dahulu walau hakikatnya semua manusia ada kekurangan dan kelebihan yang ALLAH kurniakn bersama hikmahnya. Bagi syabab(pemuda/pemudi) agama yang belum lagi melangkah ke alam rumahtangga dan akan pasti melaluinya jua, perlulah membentuk acuan itu dari waktu sekarang. Giatkan syaksiah dalam membina peribadi muslim yang dapat membina usrah dinniah itu dari sekarang agar nanti lahirnya generasi soleh, solehah keturunan mereka sendiri. Bi'ah islamiyyah perlu di jaga selalu kerana melalui bi'ah yang baik hati tidak cenderung melakukan perkara yang tidak syar'i.
Dalam proses tarbiyyah kepada anak-anak juga, perlu di wujudkan rasa sabar yang tinggi, bukan sekadar mengajar dan merotan tapi nilai murni serta menyuburkan perasaan cintakan ALLAH dalam diri anak-anak adalah perlu. Ini kerana jiwa anak-anak kecil masih lembut dan mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah yang bersih, mereka mudah menerima apa yang telah di ajar dan di terap dalam diri mereka.
Apabila melihat pada zaman sekarang, tidak ramai Ibu Bapa yang sanggup bersengkang mata melihat peningkatan prestasi anak-anaknya berbanding zaman dahulu. Ibu Bapa lebih mementingkan harta dunia yang yang bakal di kumpulkan shingga "khazanah harta akhirat"(anak-anak) telah mereka abaikan.
Betapa peri pentingnya peranan, model akhlak dari ibu bapa itu sendiri. Juga merekalah yang mencorakkan anak2 mereka sama ada untuk menjadi yahudi, nasrani atau majusi.
Sbagai khulasoh, pembinaan sebuah baitul muslim dengan toriq yang syar'i adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Apabila ajaran ALLAH di jadikan panduan hidup, segala perbuatan dan kehidupan akan di pandu olehNYA.
Wallahua'lam
P/S:
Realiti ini realiti hidup hari ini.. Minta secangkir pendapat dari pembaca semua.
"Ala kulli hal sykran..
4 ulasan:
Salam...
erm, bak kata pepatah anak-anak ibarat kain yang putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya..
tapi realiti hidup masa kini, kelihatan menjadi trend biasa ibu bapa menyerahkan anak-anak kepada guru/pengasuh utk mendidik anak mereka sehinggakan andai anak mereka itu nakal, guru yang dipersalahkan!
Ana xfhm, apakah ibu bapa sudah lupa bahawa anak-anak itu merupakan amanah kepada mereka, yang andai diabaikan bakal menjadi soal-jawab bahkan mampu menarik mereka daripada masuk ke syurga.. na'uzubillah moga kita sama-sama dijauhkan...
Apa yang menyedihkan, ada juga ibu-bapa yang begitu tabah membunuh anak masing-masing.. Astarghfirullah. Realiti hidup masa kini-mungkin seiring denagan arus globalisasi yang umat agung-agungkan, semakin ramai anak yang membenci ibu bapa.. mengapa? tepuk dada tanyalah iman...
Akhirul kalam, ana rasa ibu bapa adalah model utama anak-anak. Andai anak-anak mampu berfikir dan memilih jln yg terbaik, maka syukur ke hadrat Ilahi, namun bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, andai anak-anak diasak dengan nilai-nilai negatif sejak kecil, peratus utk buluh itu lentur amat payah.
Jadi, andai ibu bapa sudah tidak mahu mengendahkan tanggungjawabnya, kita yang tersedar ini haruslah bersama-sama menggembleng tenaga memimpin mereka yang memerlukan agar sama-sama menikmati redha Allah.. insyaAllah...
Allahu ma'ana =) Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu 'kak ibtisam' :D
uhibbuki fillah..
p/s: nak kopok ajinomoto.. kui3.. gurau je
Wa'ssalam..
Begitulah senario hari ini.tidak dapat tidak masih wujud sesetengah golongan yang amat"Tabah" dan amat "Tega" merosakkan masa depan permata hati mereka.Malah mereka merasakan anak itu sesuatu beban bagi merka.Ingatlah ALLAH yang maha memberi rezeki.
Moga ALLAH memberi hidayah dan taufik kepada kita semua.
Suka untuk sebut lirik lagu ini yang telah di edit.
anak-anak adalah cahaya mata, penyejuk hati,penawar duka, IBUBAPA lah yang mendidik mereka, mencorakkan mereka dan mengasuh dengan bijaksana.
Moga ALLAH merahmati kita semua.
uhubbuki fillah aidhon ya ukhti.
P/S:=)
assalamu'alayki ya ukhti ibtisamsyarha...
semoga berkah dan rahmar ALLAH 'AZZA WA JALLA senantiasa meliputimu...
persoalan mendidik anak adalah tanggung jawab kedua orang tua dimana mereka memegang peranan penting untuk menjaga, membimbing dan menanamkan nilai-nilai islam di dalam hati anak-anaknya karena anak adalah salah satu dari titipan Allah yang diamanahkan kepada mereka.
Dan sudah menjadi kewajiban bagi mereka untuk mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah kelak...
bukankah seorang suami diperintahkan untuk menjaga keluarganya (istri dan anak-anaknya) dari api neraka.
begitu pula istri sebagai pemimpin dalam rumahtangganya berkewajiban untuk memberikan pendidikan kepada anak-anaknya agar lebih mengenal Allah dan mencintai Allah...
ramai orang saat ini tergerus oleh budaya barat yang mereka usung sebagai modernisasi dan lebih mempercayakan pengasuhan anak-anaknya kepada orang lain...
tidaklah itu dapat dikatakan kurang tepat, namun harus pula disertai dengan mendidik dan membimbingnya tika berkumpul di rumah.
di masa kini, jangankan untuk berkumpul bersama, para orang tua disibukkan dengan pekerjaan mereka, dan hampir tidak ada waktu untuk sekedar menyapa anak-anak mereka karena waktu mereka telah habis oleh urusan dunia.
saya menyampaikan hal ini bukan kerana saya sangat memahami hal ini, karena saya sendiri belumlah berkeluarga, namun ini adalah realita yang terjadi saat ini, semoga kelak saya dapat menjadi suami dan orang tua yang baik bagi anak-anak saya.
jika ada kesalahan dalam kalimat maka itu pasti berasal dari saya, karena kebenaran hanya milik Allah 'Azza Wa Jalla...
jazakillah khairan katsiiraan
Wa'alaika salam.Dinul Falah.Moga Allah memelihara dan memberkahi kita semua.
Alangkah damainya hidup ini jika semua anak-anak di corakkan dengan warna yang suci bersih iaitu kembali kepada fitrah agama islam..
Pasti sejuk dan beralunlah bumi ini dengan zkrullah, syababnya sentiasa memenuhi ruang masjid, akhlak mulia disebarkan di marata-rata tempat.. ALLAH.
Tapi ALLAH mengurniakan semua ini berserta hikmahnya, supaya manusia itu sendiri menjadi medan peringatan buat diri mereka dalam melaksanakan pengabdian kepada ALLAH s.w.t.Kerana setiap sesuatu yang ALLAH kurniakan amtlah besar harganya.
jika di telusi dengan hati murni, anak-anak ialah khazanah nur dari ALLAH kepada manusia..merekalah sebagai pengkifarah dosa ibu ketika di lahirkan..sungguh mulia darjat ibu ketika itu, jika mati, matinya sebagai seorang yang syahid. jika membri susu kepada ankanya sehinnga kenyang,pahalanya berganda-ganda.belum lagi mendidik dan membesarkan anak-anak mereka..
Anak-anak adalah segala-galanya..
Wallahua'lam
Catat Ulasan