I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 20 Disember 2009

Lautan muhasabah

Assalamualaikum kepada semua yang dikasihi ALLAH, pertama dan selamanya marilah kita merafatkan kesyukuran terhadap ALLAH s.w.t yang tidak putus –putus mengurniakan nikmat dan ksih sayangNYA terhadap makhlukNYA. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang mana akhlak mulianya menjadi qudwah hasanah kepada kita semua, Baginda tidak penat, tidak pernah merungut terbeban dengan tugasnya menyampaikan risalah islam. Risalah yang membuatkan kita hari ini mengenal Rabb yang menciptakan mahluk didunia fana ini.

Untaian kasih ini untaian yang perlu diterapkan oleh kita semua umat islam. Kasih pada diri sendiri, keluarga masyarakat, islam yang dijunjung serta sebenar-benar cinta, kasih dan sayang iaitu pada ALLAH S.W.T~ DIAlah PEMILIK SEGALA CINTA

Erti hidup ini akan benar- benar bermakna bila islam jadi jalannya, syahadah jadi paksinya. Keimanan ketaqwaan kepada ALLAH akan membuat jiwa seseorang itu hebat, sakhsiah jadi mantap kerana peribadi yang lahir itu ialah peribadi yang lahir itu hasil tanaman yang teliti dari AL-quran As-sunnah. Tidak bercampur dari segala yang tidak jelas, dari segala yang dibenci agama.

Bagi setengah manusia apabila mereka mengaku mereka islam, akuan itu hanya lahir dari luar diri semata-mata, bukan lahir dari kefahaman yang jelas. Mereka islam pada dasarnya kerana melaksanakan solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan dan sebagainya lagi, tapi hukum hakam yang lain tidak disensitifkan. Wanita bebas berikhtilat dengan lelaki bukan muhrim dan sebagainya. Suami pula tidak mengkisahkan perbuatan isteri jika salah dari syariat gariskan kerana sayang yang teramat. Begitu juga sebaliknya.

Apakah kita tidak kisah karat-karat jahiliyyah membelenggu hidup masyarakat disekelilling kita, terutamanya diri kita dan keluarga kita.NA’UZUBILLAHIMINZALIK. ALLAH kurniakan manusia itu berbeza dari makhluk yang lain bahkan diberi sebaik –baik kejadian.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

. sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .ATTIN:4

Sebenarnya sungguh beruntung kita yang digelar manusia ini, kerana kita yang berhak menentukan segala pencapaian kita diakhirat kelak berdasarkan apa yang kita usaha sekarang . Tapi ada diantara kita tak pernah lihat semua ni sebagai satu anugerah, malah mereka lari jauh dari hakikat ini. ALLAH beri nikmat, ALLAH kurnia sayang tapi mereka balas dengan kufur meraka balas dengan maksiat, mereka tidak sedar yang hidup ni ada pengakhiran.

YA ALLAH, bantulah kami insan-insan yang amat-amat lemah. Tanpa petunjukMU sesengguhnya kami akan terpesong dalam kegelapan yang akan menyesatkan kami.
Wahai saudara sekalian yang dikasihi ALLAH, marilah sama-sama kita doakan agar, setengah golongan diatas bukan termasuk kita. AMIN.Moga ALLAH taufikkan kita semu ke jalan yang benar-benar DIA redhai.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Tunjukilah (8) kami jalan yang lurus,.
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Selasa, 15 Disember 2009

Wahai Belia Remaja

Sajak ini dicipta bukan ingin mencalar hati sesiapa tapi hanya ingin meraih sedar, menjelas samar. Jika ada kekasaran.Kemaafan didahulukan.

Wahai belia remaja yang dikasihi ALLAH,
Makin jauhkah nilai-nilai asli islam pada dirimu??
Sehingga tiada kau kenal mana yang hak dan mana yang batil,

Tidak sensitifkan dirimu pada islammu.?
Imej rakanmu mencalar warna islam asalnya,
Dikau pula melampau-lampau dalam berhibur..
Gembirakah hatimu sebegitu???
Nilai-nilai islam jauh kau tinggalkan..
Sehingga nilai jaihiliyah tinggi kau agungkan..
Katamu “ Dunia tempat enjoy”
Habis kenapa nak sia2kan masa yang berharga ni??

Ya! Ya! Dikau boleh enjoy sepuas2nya..
Tapi kerana sayang padamu, islam serukan kebaikan.
Kerana ingin tarik dirimu dari kemurkaan ALLAH,
Ingin tarik dirimu dari menjadi bahan jilatan api neraka jahannam..
Kerana tak mahu kamu derita dengan seksaan azab yang menakutkan

Sedarlah remaja yang dikasihi ALLAH…
Dirimu panji-panji islam,
Kekuatan islam pada kejelasan fikrahmu tentangnya
Tentang keazamanmu mengutamakannya dalam hidupmu,

Jelaskah dikau ghoyah(matlamat) utama hidup didunia ini..???
Masih kurangkah ilmu yang telah sedia ada untuk kau terokai?
Untuk beri penjelasan padamu??

Katakan sahaja belia remajaku..
Biar terungkai masalah membelenggu dirimu
Biar rasa tenang hatimu
Biar rasa lapang dadamu kerana kasih sayang ALLAH…

Sebenarnya remaja yang ku kasihi
Sudah terlalu jelas……..
Terlalu jelas semuanya…
AKAN TETAPI ia terselindung di balik karat-karat jahiliyyah…
karat yang membelenggu imanmu supaya jadi celaru, supaya aqidahmu jadi rosak.

Sedarlah remaja yang dikasihi ALLAH…….
Kembalilah pada fitrah asalmu jadimu…
Kembalilah bertaubat dari ketidakjelasanmu
ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG

Jumaat, 11 Disember 2009

Jelaskah kita..Part 1

Bismillahirrahmanirrahim

Awalnya, kemaafan dipohon dari semua kerana telah lama blog ini tidak diupdate. Masa yang terbatas serta gerak kerja yang perlu pantas buat ana tidak kesempatan mengisi blog ini..
Mohon maaf ats segalanya..

Sepanjang ana tidak mengupdate blog ini, banyak persoalan-persoalan yang sering berlegar diruang fikiran ini.

Sungguh manusia memerlukan cinta didunia ini untuk menyemai segala2nya ya’ni cinta islam ,cinta tanah air cinta bangsa, cinta keluarga dan cinta pada suami atau isteri. Tapi apakah kerana cinta yang tersenarai itu tidak tercapai, dunia ini dirasa kelam, jiwa dirasa tidak tenteram, serta terlupa pada pegangan. Adakah itu relevennya??

Mengapa ia terjadi??

Ini kerana cinta yang dicurahkan bukan berpaksikan semata-mata kerana ALLAH, tapi berkehendakkan sesuatu yang tidak kekal.

Ada orang bersahabat kerana kelebihan kawannya, ada orang bersahabat kerana kasihan pada kawannya dan bermacam-macam lagi alasan para teman-teman ini. Tapi adakah ia akan berterusan hingga ke jangka masa yang lama??

Ingatlah para saudari saudara yang dikasihi ALLAH sekalian, kesemua itu tidak menjamin sebarang jaminan. Ini kerana jika kita mencintai sesama manusia bukan kerana ALLAH semata-mata, hubungan itu kan jadi ampuh , rapuh, retak. Tapi cuba kita semua mencintai sesama kita kerana ALLAH semata-mata, Insya-ALLAH berkekalan kerana kita menyemai ukhwah kerana ALLAH, mencari redha ALLAH, mendamba cinta ALLAH, tidak akan ada yang menjadi perhlangan melainkan dengan kehendak ALLAH.

Dakwah
Segala-gala yang kita buat membawa pada islam, membawa manusia menanam iman, mengajak manusia cinta Tuhan ia adalah dikira dakwah. Di dalam konteks ini, seseorang itu perlu jelas asas aqidahnya, asas imannya. Tapi tidak dinafikan ada juga yang tidak jelas akan perkara ini. Mereka mengajak orang mengenal ALLAH, tapi mereka tidak membimbing dengan sebaiknya, malah meninggalkan yang dibimbing itu terkontang kanting.

Pernah terjadi kepada seorang muslimat yang ana kenali, dia mengadu pada ana, bahawa dulu dia adalah seorang lalai, leka, kewajipan menutup aurat dia tidak sempurnakan hinggalah ALLAH mengizinkan dia berjumpa dengan seorang hamba ALLAH itu. Alhamdulillah hamba ALLAH itu sangat baik, sangat prihatin, beliau sentiasa mengajak kea rah kebaikan, membawa mencari cinta Tuhan, tapi pada satu saat muslimat ini tidak dia pedulikan dan seolah-olah dia merasa dirinya telah menyempurnakan tugasnya yang dilihat zahirnya. Tapi apakah revelan dia membuat sebegitu sedangkan proses tarbiyyah itu perlu diteruskan, malah ada kesinambungannya.

Sampai saat ini muslimat itu merasa dirinya diabaikan, segala pertanyaan tidak dijawabnya, malah semakin menjaukan diri. Moga ALLAH member kemudahan pada muslimat itu. Amin.
Kesimpulannya kita perlu jelas tentang (ghoyah)matalamt kita diadakan didunia ini.

ALLAH s.w.t berfirman:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah padaKU”
Ad-dzariyat(56)

Insya-ALLAH jika kita jelas dengan matlamat yang satu ini, segala2 nya jadi mudah bahkan jiwa jadi tenang kerana hidupnya hanya dengan matlamat mencari keredhaan ALLAH dalam stiap pebuatannya, mendamba kasih ALLAH, serta beramal semata-mata kerana ALLAH.
Moga ALLAH mentaufikkan kita semua.amin

Wallahua’lam.

Jelaskah KITA??? Part 2.

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam…

Dengan rahmat dan kurniaNYA dalam hidup ini,

dapat kita mengecap nikmat yang tak terhingga

Kerana kasih sayangNYA, hidup ini dirasakan bersinar..

Matlamat hanyalah untuk mendapat redhaNYA

YA ALLAH

Bantulah semua hambaMU yang ku kasihi keranaMU agar memahami islam ini dengan sejelas-jelasnya. Bukan kerana merasakan diriku telah cukup sempurna tapi kerana sayangnya pada semua semata-mata keranaMU

Ingin ku kongsi nikmat mencintaiMU ya RABBI..

Ya rabbi bantulah hambamu..

Sesungguhnya ku amat lemah..

Ingin ku dedahkan rahsia ketenangan hidup ini..

Hati kan tenang jika selalu mengingatiNYA..

Di dalam hati manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah lah seluruhnya, ya’ni hati.

HATI!!!!!

Sedih…

Hati sedih….

Islamkah kita atas dasar nama sahaja..

Pelajar islam bertepuk-tampar tanpa segan-silu

Kata-kata pula tiada batasan..

Solehah/solehkah apabila mengatakan sayang kepada lelaki/wanita bukan muhrim?????

Rapat mana pun , kukuh mana pun ukhwah itu, ia amat sekali tidak syara’ dalam islam

Renung2kanlah wahai saudara saudari yang dikasihi ALLAH sekalian…

********************

Bantulah ya ALLAH..

Hati kadang tidak sihat

menghadapi ini semua…

tanpa hidayahMU..

mungkin kegelapan dunia ini…

~epilog diri lemah..~

Ahad, 22 November 2009

Suburkan Iman

Salam ..

Sekadar catitan pendek..
“…Jika semua manusia menyedari hidup ini hanyalah untuk ALLAH, maka bergetarlah jiwa2 mereka kerana takut untuk menemui al-khaliq kelak. Hati dan jiwa menjadi resah, bagaimana penerimaan terhadap amal ibadah di hadapanMU nnti ya ALLAH., adakah jasad, diri ini serta seluruh pengabdian semata-mata keranaMU ya ALLAH..

EPILOG rasa hati diri yang doif ini

Hidup ini berasaskan tiga :
1. Apa tujuan kita di ciptakan?
2. Bagaimana kita di ciptakan?
3. Ke mana kita kembali?

Cukupkah bekalan menuju ke sana nnti? Diri ini kerdil dan sangat dhoif di sisiNYA..
“orang 2 yang menempatkan ALLAH dalam hati mereka akan tenang atas ujian…
Beruntunglah jika mereka yang istiqamah pada jalan ALLAH.

Ya ALLAH..
Ku cari diri dalam sentuhan rahmatMU..
Kasih sayangMU buat jiwa keluh kesah..
Semakin hari, tautan cintaMU makin mendalam…
ingin ku tanamkan supaya ia tidak di kikis oleh hiasan duniawi..

Ana masih lagi,dan terus ingin mendampingi kalian yang meletakkan ALLAH sedalam2nya dalam hidup sebagai matlamat utama.

Sesuai dengan janji kita dengan ALLAH di alam roh dahulu.

“ Alastu birabbikum? Qaalu, bala syahidna..”

Jadi mengapa ingin di langgar perjanjian yang telah termeteri itu. Bukankah itu akan di Tanya oleh ALLAH kelak,

.."Dan pada hari itu (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." 24:24..

Hiasilah kehidupan ini dengan iman dan taqwa kepadaNYA kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri kita ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

Carilah juga kita sahabat yang bertaqwa. Kerana sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Jadilah kita semua orang2 yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, moga dengan usaha yang jitu itu , ALLAH kan merahmati kita sentiasa..
Wallahua'lam

P/s: petikan ini petikan semula dari blog ana yang ke2.

Sabtu, 7 November 2009

Palestin Tak gentar

Bismillahirrahmanirrahim......

Agak lama diri menyepi. Kadang tangan menaip tapi jiwa kosong untuk menterjemahkan sesuatu. Sungguh manusia itu hakikatnya seluruh jiwa dan pengabdian hanya kepada ALLAH. Tidak ada apa yang boleh melebihkan manusia itu untuk wala’(patuh) selain dari ALLAH.

Kosong itu bermakna tandus dengan kemanisan cintaNYA. Jiwa ini hakikatnya sering mencari , mendamba kasih sayangNYA. Kasih sayangNYA yang tak pernah sia-sia, yang tak pernah rugi bagi mereka yang memilikinya. Alangkah bertuahnya!

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Wahai orang –orang yang menuju kepada ALLAH, banyaknya ujian tak bermaksud dirimu dibebani kerana ALLAH tak akan mebebankan seseorang itu melainkan kemampuannya. Ujian itu tanda kasih sayangNYA. Ujian ALLAH itu untuk menguji seseorang itu.

Firman ALLAH:mafhumnya

Adakah manusia itu mengaku mereka beriman sedangkan mereka tidak di uji.”

Kadang ujian yang datang buat kita merungut, mengapa ku dibebankan sedemikian, mengapa ujian ini berlaku padaku..tapi ingatlah rahsia ALLAH yang tak kita ketahui, ujian itu kadangkala buat jiwa kita lebih hebat, buat iman kita lebih mantap. Ujian yang ALLAH sajikan itu bukanlah sia-sia tapi terkandung hikmah disebaliknya. Kita sahaja yang menetapkan pemikiran yang jauh tentang ujian ALLAH itu.

Palestin tak pernah gentar

Palestin bumi yang sering disimbahi warna merahnya darah, tak pernah gentar dengan ujian itu. Malah mereka syahid semata-mata mempertahankh agama ALLAH. Orang tua, dewasa, wanita, kanak-kanak, semuanya tak gentar memburu syahid. Darah yang mengalir jadi saksi kesyahidan mereka.

Ujian itu ALLAH sajikan buat mereka dengan balasan kesyahidan atas mereka. Apa lagi yang kita mahu selain mati dalam keadaan diredhai ALALH walau seisi dunia membenci, mengancam kita.

Roh mereka dirahmati ALLAH..sedangkan yahudi terus dilaknati ALLAH. Mereka tidak habis-habis dengan kebongkakan mereka. Mereka takbur dengan darjat mereka. Tapi mereka tak sedar balasan yang bakal mereka memperolehi diakhirat kelak. JAHANAMLAh yahudi..

Hanya hamburan , air mata, serta doa yang termampu dilakukan setengah dari kita…fikirlah mereka sedang sulit berjuang, tapi mampu bangkit walau diri penuh becorakkan darah merah…mampu bangkit walau untuk melontar sebiji batu…fikirkanlah kita yang disini..

Kita disini aman dengan keselsaan. Bebas dari buruan pengganas yang buta mata hatinya. kita sangat bangga berada dalam zon keselesaan ini.

Bangkitlah kita dengan roh islam yang menyatu dalam diri. Letakkan keselesaan kita kerana ALLAH yang mengkehendakiNYA, bukan kerana bijaknya pemimpin yang bertoleransi. Bukan kerana kuatnya para tentera dalam kawalan keselamatan. Bukan kerana canggihnya senjata…..tapi kerana ALLAH yang melindungnya…

Mintalah pertolongan kepada ALLAH dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaaan ALLAH, diwariskanNYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA daripada hamba-hambaNYA, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.(surah Al-A’raf 7:128)

Ijlis bina nu’min saa’ah

ALLAHUAKHBAR

Sabtu, 24 Oktober 2009

HiASan DuniAWi

Sungguh tak di nafikan, dunia pandai memainkan peranan nya dalam memberi perhiasan terbaik. Ibtisam tak nafikan diri ini tertarik dengan keindahan yang dunia pamerkan.

Bermula mengenal dunia, lalu mata hati terbuka melihat kesemua benda tu. apatah lagi pada yang di namakan wanita seperti diri ini. Ibtisam suka dengan pakaian, jubah2 yang cantik. kadang hati jadi terpesona. Begitu indah di ulit perhiasan duniawi.

Tapi apa yang ada itu hanyalah kecantikan sementara yang kita perolehi. Bukankah di akhirat sana yang lebih kekal keindahannya.

kadang hati dan iman bermusim yang menghasilkan berbeza rasa. Kadang rasa di ats kadang rasa di bawah. Tapi ia memang satu lumrah buat manusia itu. Tapi berbekalkan kasih sayang ALLAH hati jadi sejuk, jiwa jadi tenang. Mujur ALLAH tidak meletakkan semua itu ada harga. Bagaimana kalau semua nikmatnya itu ada harganya?tentu ramai yang tak mampu.ALLAH sangat maha pemurah kan???

hiasan duniawi
buat diri jadi hilang jati diri
buat diri jadi tak mengerti

syaitan menghasut diri
kadang rasa tertinggi sendiri
supaya meletakkan ia tinggi..

jadi kembali pada ROBBI,
supaya ada ketenangan dalam diri
menghasilkan cinta terpuji pada Illahi Robbi..

Moga ALLAH mentaufikkan kita semua.AMIN

Khamis, 15 Oktober 2009

Duhai Hati

Duhai hati...

Bergetarlah bila disebut nama Tuhanmu,
Tiap degup zikirkanlah dengan asma' Tuhanmu,

Gelisah..
Ingatilah indahnya cinta Tuhanmu...
kenangilah nikmat ketenanganNYA....

CintaMU ILLAHi..
sentiasa ku dambai,
moga ia sentiasa menghadiri,
menenangkan hati yang resah ini...

MOGA ALLAH memberi kelapangan pada hati2 yang di gusari dengan ujian imannya..

ILLAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI

Khamis, 8 Oktober 2009

Peringatan ini...

Peristiwa gempa bumi di Padang, Indonesia amat menyayat hati. Mendengar liputan dari IKIM membuat ana terasa pilu dan nyilu.

Sempat ana mendengar beberapa cerita NGO yang telah pergi menghulurkan bantuan di sana.
"Di dalam sebuah bangunan yang di tutupi konkrit ada beberapa orang kanak-kanak terperangkap. Ibunya di luar meraung memanggil anak, begitu juga si anak yang terperangkap di dalam, menangis tiada berlagu memanggil ibunya. Semakin lama suara kanak-kanak itu semakin tenggelam. Dan kemudiannya senyap begitu sahaja. Apabila pihak keselamatan tiba menghulurkan bantuan, hanya mayat-mayat yang terbujur kaku di keluarkan. ALLAH....hebatnya mereka di uji. Bagaimna perasaan si ibu tadi...hanya ALLAH yang mengetahui.

Di Palestin, keadaan lebih teruk dari itu, tapi apakah daya, tentera laknatullah terus menerus memanjangkan kegirangan hati mereka dengan menghapuskan umat islam di sana.

Sungguh hebat mereka di uji..mereka di uji dengan ujian susah, manakala di negara kita ALLAH telah menguji kita dengan ujian senang. Antara susah dan senang itu adalah sama-sama ujian. Berbalik kepada manusia itu sendiri dalam menilai dan menghadapi ujian itu dengan sewajar dan setabahnya..

Mari kita hayati kembali. Untuk apa ALLAH jadikan ujian tersebut, adakah ianya sia2..?? Perlu kita telusi bahawa setiap apa yang ALLAH timpakan , jadikan itu ada ibrah(pengajaran) di sebaliknya. Jadi jangan menggangap kejadian itu hanya kerana bencana alam semata-mata.

PERINGATAN

Hayati keratan ini.

Gempa bumi di Padang terjadi pada pukul 17:16 (5.16) dan 17:58(5.58), Jambi dan pada 08:52 pada hari berikutnya. Cuba perhatikan terjemahan Al-Quarn ayat surah 17:16, 17:58 dan 8:52. ALLAHUAKBAR!(info from website)

MasyaALLAH....
Akhowat dan ikhwah sekalian tolonglah rujuk surah2 di ats...segala2nya telah ALLAH aturkan dan telah ALLAh ceritakan dalam al-Quran. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan -golongan yang ingkar pada perintah ALLAH?? na'uzubillahiminzalik...

wahai orang2 yang di uji, penderitaanmu ada nilainya di sisi ALLAH. Bersabarlah di atas segalanya. tanamkan dalam hati bahawa ALLAH tidak akan menguji apa yang tak termampu oleh hambaNYA. ALLAH itu maha mengetahui segalanya.

Dan jua wahai orang2 yang di beri peringatan(termasuk diri ini) sentiasalah berwaspada di ats peringatan yang telah di berikan. jangan menjadi golongan yang rugi di sisi ALLAH....................

wallahua'lam

Isnin, 5 Oktober 2009

Menangislah dirimu ...

Salam penuh kerendahan hati kernaku insan kerdil...

Sejak akhir-akhir mudah benar untuk air mata ini mengalir. Walau sedikit terkesima sensitifnya lebih dari yang biasa. Sungguh, terlalu banyak perkara yang membuat diri ini mengalirkan air mata.

Ziarah Kubur

Raya tempohari, di kesempatan yang ada, ana sempat menziarahi kubur arwah abang long. Di situ air mata menitik tanpa ada yang sedar. Pemergian abang long sangat sukar untuk di terima, tapi redha telah di tanamkan dalam hati ini. Malu pada Ibunda yang sungguh tabah hadapi semua ini. yakin bahawa ada hikmah di sebaliknya.

Apabila sampai di tanah perkuburan, melihat pula kubuh arwah, hati sayu bagai di siat-siat. Sayu pada diri sendiri dan juga pada nasib yang telah kembali ke rahmatullah. Sayu lihat "rumah" yang bakal ku muliki nanti..

Apakah cukup persediaan diri ini?? Kalau dah kembali nanti, adakah orang yang mendoakan sentiasa? bertalu-talu soalan menerjah kotak fikiran. Teringat diri yang hina , yang banyak dosa lagi lemah disisiNYA. Bagaimana untuk kembali nanti?? ALLAH sambut dengan keredhaan atau kemurkaan?? na'uzubillah..

Palestin

Apabila memandang wajah pelajar yang khusyu' menimba ilmu dalam keadaan tenang, hati menangis, menjerit bahawa mereka di sana,di bumi Gaza berlari bertempiaran mencari perlindungan. Bom mengharu-birukan sana sini..ALLAH...lemah longlai waktu itu..

Di majlis JAMUAN.

Makanan begitu banyak melambak di ruang yang di sediakan. Semua pelajar bawa sedikit makanan dari mereka. Sehinggakan apabila di kumpulkan semuanya boleh di jual kembali. ALLAH...jiwaku menangis lagi...Tentu di kanak-kanak di palestin teruja lihat makanan yang sebegini banyak. Mereka sentiasa dalam kelaparan yang menekan. Alangkah bahagia jika ku dapat menyuapkan sendiri ke mulut mungil mereka...

Sungguh palestin, hati dan seluruh jiwaku menangiskanmu...tapi apakan dayaku...maafkan ku yang lemah ini..

Diri yang haqir di sisi ALLAH ini banyak noda dosanya. Dosa padaNYA, dosa pada makhluknya.

Ya ALLAH, ku mohon ampunkan segala dosa2 ku yang tiada ku sedari..juga pada segalanya yang ku sedari.

Ku pohon ampunkan atas segalanya..
Ku pohon CINTAMU dalam hatiku setiap detik,
Ku pohon YA ALLAH, tenggelamkan ku dalam rindu padaMU,
KU pohon YA ALLAH tenggelamkan ku dalam rindu pada kekasihMU

malu rasanya mengatakan cinta padaMU....kerna diriku insan yang kerdil lagi haqir..

Ahad, 4 Oktober 2009

Muslim Soleh/Muslimah Solehah ..

Mohd Shahrul Nizam
Mohd Amirul Afnan
Mohd Syahmi Azrai

Mohd Syamil Azrai

Che Mohd Zul Fahmi

Gemilangnya islam bakal di tegakkan olehmu
wahai muslim soleh

Moga di kau membesar sebagai syabab yang
dikasihi dan di rahmati ALLAH

Moga watak muslim soleh yang di anjurkan
dalam Al-Quran jadi milikmu

Salsabila Ayuni

Insyirah syazwin

Nauwal Asyfiya

Moga dirimu menjadi muslimah solehah...
Penguat ketaqwaan ibu bapa
Pengikat rantaian mutiara iman dalam jiwa

Muslimah solehah acuan Al-Quran
Sejauh mana tercampak, iman jadi tebal takkn menipis

Kuatkan tekad menelusuri dunia
Moga mawaddah ALLAH tersemat, jauh meresap dalam kalbu.

Doaku buat kalian
(Untuk semua ank2 buah termasuk yg tiada dalam gambar
dan juga seluruhnya di alam fana ini)

Agar membesarnya kalian sebagai muslim/muslimah yang soleh/solehah yang akan menjadi penyejuk mata ayah bonda tercinta serta yang akan senantiasa mengembalikan kegemilangan islam dan yang senantiasa mengutamakan cinta Al-Khaliq melebihi segala2nya..

Allahumma amin..

Khamis, 1 Oktober 2009

Sampaikan...

Salam ats semua ,

Segala puji bagi ALLAh Tuhan sekalian alam, selawat serta salam ke ats junjungan nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda.

Masih tidak terlewat untuk ana mengucapkan salam lebaran Aidilfitri yang mulia, semoga madrasah ramadhan yang telah berlalu itu meninggalkan seribu teladan yang terbaik buat semua..Insya-ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w

"بلّغو عنّي ولو اية"

Yang bermaksud :

“Sampaikan dariku walau satu ayat.”

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w menegaskan sampaikan sesuatu itu walau pun sedikit.

Tetapi apa yang kita lihat pada hari ini ialah, ramai di kalangan umat islam masih takut-takut dalam menyampaikan kebenaran. Sedangkan sesuatu kebenaran itu perlu di tegakkan. Atau mungkihkan mereka menunggu yang seseorang yang di gelar ustaz atau ustazah tampil memberi nasihat?? Wallaua’lam. Tapi yang pastinya bukan mereka yang di gelar ustaz ustazah atau orang alim sahaja yang perlu dan layak tampil ke depan dalam memberi mau’izah(nasihat) dan kebenaran malah mereka yang mengetahui ilmu itu tidak kira sesiapapun perlu dalam menyampaikannya.

Anak murid ana pernah bertanya

“ ustazah, kalau kita buat sedikit kebaikan adakah ALLAH akan beri pahala?”

Jawapannya saudara-saudari yang dirahmati ALLAH sekalian, sudah pasti ya! ALLAH s.w.t itu amat pemurah lagi maha mengasihani. Sedkit kebaikan akan dibalas dengan ganjaran pahala dari ALLAH, dan jika lebih banyak kebaikan yang kita buat tentu akan di beri pahala yang berlipat ganda bukan??

Begitulah dengan konsep menyampaikan juga, walau sedikit tapi jika bereteusan bukankah pahalanya juga akan berterusan.

Ana bagi contoh:

Kalau seseorang itu membetulkan kawannya dalam pembacaan Al-fatihah contohnya

Kawannya membaca

إياك نعبد وإياك نستعيم

Padahal yang sebetulnya begini

إياك نعبد وإياك نستعين

Jadi bukankah seseorang itu akan memperolehi pahala yang berterusan kerana kawannya telah membaca bacaan itu dengan sebetulnya??

Insya-ALLAH…walau satu huruf pun di betulkan tetapi Masya’ALLAH kebajikan itu amat besar sekali.

Dan apa yang kita sampaikan , kebajikan yang kita lakukan itu adalah di namakan kebaikan

Dan ingatlah:

كل معروف صدقة

Setiap kebaikan itu sedekah.

Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails