I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 26 Mei 2010

Pesona dunia...

Allah swt menjadikan dunia ini begitu indah pada pandangan mata serta menggerakkan keinginan hawa nafsu terhadapnya.

Diingini, dirindui dah diidamkan.
Dunia boleh melalaikan, mempesona dan menggoda.

Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya dunia adalah manis menghijau; Senang hati melihatnya;.Bahawasanya Allah memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memerhatikan apa yang kamu lakukan.” (Riwayat Muslim).

Dengan keadaan demikian Allah swt mahu manusia mengurus dan mentadbir dunia dengan adil dan jujur. Tanpa khianat dan kepentingan apa-apa selain kerana Allah semata-mata.Ini kerana Allah mahu menguji manusia. Siapa yang dapat mengalahkan nafsunya daripada terpesona dengan dunia, untuk mengikut kehendak-kehendak Allah swt. Inilah ujian iman dan taqwa. Siapa yang kuat iman dan taqwanya dapatlah ia mengutamakan Allah daripada nafsunya.

Sebaliknya siapa yang lemah iman dan tiada taqwa nescaya dia tidak dapat lepas daripada kongkongan nafsunya. Nescaya ia akan khianat dan merangkul dunia hanya untuk dirinya. Demikianlah halnya kita dengan dunia ini.

Allah swt telah mengamanahkan kepada kita sesuatu yang sangat kita cintai. Harta, pangkat, wang, rumah besar, isteri, kecantikan, anak-anak, kesihatan, kepandaian, ilmu, pembangunan, kebun-kebun yang indah, alat-alat kemudahan hidup dan serba-serbi lagi. Ini kerana Allah mahu kita mentadbir dunia ini mengikut hukumNya dan menggunakan dunia untuk kepentingan agama Allah dan untuk keselamatan di akhirat, tanpa mengabaikan duniawi itu sendiri.

Namun nafsu kita pula mahukan agar segala anugerah dan amanah itu menjadi milik peribadi dan untuk keseronokan duniawi semata. Maka bertarunglah dua kemahuan dalam diri setiap individu dan hasilnya, hampir semua orang akan tewas kepada hawa nafsu. Kehendak nafsu menjadi ikutan sehingga kehendak dan amanah Allah dikhianati. Masing-masing membolot dunia untuk perut dan poket sendiri. Semakin tinggi ilmunya, semakin rakus juga nafsunya.

Mereka yang berpangkat menggunakan pangkatnya untuk mencari keuntungan peribadi, seperti kemahsyuran, kekayaan harta dan wang ringgit. Bila rasa tidak puas dan tidak cukup dengan apa yang ada wujud maka masing-masing akan berlumba untuk mendapat yang lebih lagi dari apa yang dikurniakan. Maka terjadilah tindas-menindas, menipu, rasuah, merompak dan lain-lain.

Bagaimana untuk kita kembali kepada jalan yang benar?

Kita telah mengatakan bahawa punca bagi segala masalah ini ialah kerana manusia menuruti nafsu cinta dunianya. Masing-masing menjadikan dunia sebagai matlamat hidup, bukan alat hidup untuk menuju ke akhirat. Sekiranya punca ini dibetulkan barulah penyakit tadi dapat dielakkan. Maknanya, kalau manusia tidak lagi cinta kepada dunia dalam dia menguruskan dunia, masalah-masalah yang timbul yang merosakkan kehidupan akan berhenti dengan sendirinya.

Ketahuilah matlamat hidup yang sebenarnya hanyalah untuk Allah swt dan bukan untuk dunia. Dunia hanyalah laluan untuk kembali ke akhirat. Kehidupan yang sebenar bukanlah di dunia tetapi di akhirat. Dunia merupakan tempat berbakti untuk mencari keredhaan Allah swt. Bukan untuk mengumpul dunia dan berbangga-bangga dengannya.

Orang yang dapat menjadikan hidupnya untuk Allah dan akhirat tanpa mengabaikan keperluan dunia, akan menjadi orang yang mengutamakan kepentingan orang lain. Masyarakat yang benar-benar hidup untuk Allah dan untuk akhirat, ialah masyarakat yang benar-benar berpadu dengan kasih sayang dan tolong-menolong seperti kata pepatah, 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Masing-masing akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, mencari keredhaan Allah dan kebahagian di akhirat melalui kehidupan di dunia.

Ihsan www.iluvislam.com

Ahad, 23 Mei 2010

Nilai Keikhlasan

Salam,
Pengunjung yang dirahmati ALLAH sekelian,

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar sifat ikhlas tu perlu wujud pada hati . Syaitan sentiasa memperdaya supaya mengingkari Allah Ta'ala. oleh itu marilah sma-sama sentiasa menyucikan jiwa kita dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Manusia itu hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.

amin
Wallahua'lam

Sabtu, 22 Mei 2010

Subhanallah!!

Subhanallah, maa ajmala ssama'.

Maha Suci ALLAH, yang telah mencipta langit, dengan sebaik-baik binaan. SUBHANALLAH!!
SUBHANALLAH
SUBHANALLAH
SUBHANALLAH

Proses itu perlu berterusan....

Perjuangan di dunia ini adalah perjuangan dalam mengekalkan nikmat islam dan nikmat iman, makin ku kata ku cinta padaMU, makin dikau uji ku dengan sebesar2 ujian~epilog hamba

Ya ALLAH sukarnya  menyusun bicara meluahkan rasa,  ,  Ya ALLAH... dunia ini benar2 medan ujianMU...maka Ya ALLAH
kekalkan hati ini  dalam mencintaiMU sepenuh penghidupanku...

Manusia diuji dengan berbagai -bagai ujian, ada yang perlu berperang dengan hawa nafsunya, dengan teman-teman sekeliling, dengan masalah kekeluargaan, dan juga masalah cinta. Cinta yang mana merangkumi semua kategori, cinta teman2, cinta ibu ayah, cinta orang-orang sekeliling dan juga cinta ALLAH.

Ujian cinta ALLAH benar-benar perlukan perjuangan yang sangat besar, sangat hebat. Perlu bermujahadah sepanjang waktu. ALLAH itu sangat PEMURAH, PENYAYANG, PENGASIH. Nikmat yang DIA beri tidaklah terhitung berapa banyaknya.Tapi manusia itu kadang-kadang lupa,walau satu je ujian yang datang kadangkala menutupi 10 lagi nikmat yang ALLAH beri. Kasih sayang ALLAH ni sangat tidak mengenal siapa. Kasihkan ALLAH itu seutama2 tujuan didunia ini. Sabarlah atas segala ujian yang diberi, kerana ujian itu tanda kasih sayangNYA. Ujian yang datang adalah hanya untuk menduga kita, setakat mana kecintaan kita padaNYA. Bukan hanya dengan berkata aku beriman tapi tidak diuji.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Buah sabar itu manis, tak pe lah walau ujian yang datang itu berat, dan kadang2 kita rasa tak mampu sampai berkata” Ya ALLAH…………… sunnguh aku tak mampu atas ujianMU ya ALLAH”. Walau apa pun yang kita lalui teman-teman,yakinlah , sebenarnya disitulah ALLAH mentarbiah kita. Cara ALLAH mentarbiah hambaNYA adalah pelbagai. Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa itu satu proses tarbiah.

Firman ALLAH s.w.t

"
... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Kita tak boleh rasa yang proses tarbiyah yang kita lalui itu sudah mencukupi kerana proses itu tiada limitnya hinggalah ALLAH mengambil nyawa kita. Mukmin itu perlu lalui proses tarbiyah yang boleh memantapkan iman menyekalkan hati.

Susah kan teman-teman?? Tapi percaya dan yakinlah, ganjaran disana sangat sungguh tidak disangka-sangka, SYURGA itu ganjaran paling istimewa buat hamba-hamba  yang taat dan patuh padaNYA.

sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga(taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air(yang mengalir)…..
15:45

Mukmin itu tak ada masa nak buang masa

Perlu rancang masa yang ada dengan sebaiknya. Terususun segala urusannya. Baginya masa yang ada adalah untuk dimanfaatkan sebaiknya. Perlu kuatkuasakan dalam diri istilah ini” Tiada masa untuk buang masa”, kerana didunia ini hanyalah ladang untuk bercucuk tanam, akhirat ju tempat kita menuai hasilnya. Banyak yang ditanam didunia, maka banyaklah hasil yang bakal dituai diakhirat kelak. Tiada apa-apa dah yang dapat kita bawa ke sana nanti melainkan amal-amal soleh.

Betul !! jalan kesyurga tidak dihampari permata serta permaidani, tapi penuh ranjau dan duri, pelbagai kesukaran yang perlu kita tempuhi,manakala jalan keneraka itu penuh dengan keseronokan, penuh hiburan, kerana apa teman2?? Kerana ALLAH ingin melihat hambaNYA berusaha dalam segenap hal hatta cintaNYA sekalipun.

Oleh itu teman-teman yang dikasihi ALLAH,Sama-sama kita membina jambatan kesyurga yang kekal abadi. Agar nantinya kita memperolehi sebaik sebaik natijah.

Buat teman2ku..

Seandainya diri ini layak menapak syurgaNya, ingin ku melangkah ke sana bersama2 dirimu ...................

00.00 am

Rabu, 19 Mei 2010

Dosa-Dosa & Si Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri

c- Gambar mengaibkan orang lain. G

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

(ringkasan artikel Baca detil disini)

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Sabtu, 15 Mei 2010

Apakah matlamat gerak langkahmu???

Bismillahirrahmanirrahim..
Akhir-akhir ini , situasi di Malaysia amat membimbangkan, malah umat islam sendiri sangat menyedihkan. Mengapa berkait situasi dan umat islam?? Persoalan yang sangat berat untuk dibincangkan.  Apabila  agama tidak lagi menjadi pegangan, maka huru-haralah manusia itu, malah ia mengancam orang lainnya.
Hal ini berkaitan dengan aktiviti pecah rumah yang giat dilakukan oleh “Tukang Rumah” yang tak bertauliah.  Saban hari, ada sahaja laporan berita tentang jenayah rompak, mencuri dan sebagainya. Jenayah itu ada masanya  telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa.  Jiwa mereka sebenarnya sudah pudar dalam cahaya kebenaran. Apakah mereka tidak memikirkan natijah nya nanti.  Sudah pelbagai usaha yang dibuat oleh penghuni rumah untuk mengawal rumahnya tapi kadang2 tetap tidak berhasil.
Kebenarannya penjenayah itu sudah juga dicuri darinya cahaya, cahaya yang boleh dia melihat jelas jalan kebaikan dan jalan keburukan.
Terkenang peristiwa beberapa bulan yang lepas, pecah rumah yang berlaku pada jiran Abang dan juga di sini .Petang tu, kakak  ipar menceritakan tentang pecah rumah yang menimpa jiran belakang rumahnya. Pada malam keesokan harinya, kami keluar untuk mengambil anak buah yang ditinggal bersama neneknya, seusai kembali , jiran  abang datang termengah-mengah memberitahu ada orang telah pecah rumah. Dalam situasi yang panik begitu, kami tercengang dan  abang tergesa2  keluar untuk memeriksa belakang rumahnya. Nak masuk rumah, diri ini jadi gementar. Rupa2nya rumah jirannya yang dimasuki pencuri, bukan rumah abang. Lega dalam gementar. Hebatnya penangan manusia, tapi lebih hebat pembalasan PENCIPTA.
Mungkin pecah rumah   itu dilakukan  oleh mereka yang tak soleh jiwanya, mungkin juga doktor tidak bertauliah.
Apakah kan muncul sinar dalam hati mereka?? Sudah pasti ada, sinar hidayah itu akan ada jika AL-KHALIQ mengizinkannya, dan jika semua dari kita berdoa buat mereka. Doa sangat penting. Moga –moga hati mereka terbuka, sinar hidayah menerpa, menyinari lubuk hati mereka.
Berdamai-damailah semua manusia agar tidak berlaku persengketaan yang boleh memudharatkan.
Berbuatlah sesuatu atas garisan islam dan fikir beribu-ribu  kali persoalan ini.
 Islam anjurkan kah ini??? . Soleh ke jiwa buat perkara ini??? . ALLAH redha ke tidak? ??
 Apabila kita sentiasa mengingati ALLAH, ALLAH akan memandu hati dan jiwa ke jalan yang DIA redha.
.

Jumaat, 14 Mei 2010

Salam kasih buat Bonda

Salam cinta, salam rindu buat Bonda,
Kasih Bonda pada anakda tiada taranya,
Sayang bonda melebihi segala2nya,
Biar musim berganti musim,
Namun kasihmu tidak pernah berkurang,

Kasihmu Bonda semerbak firdausi,
Cintamu tulus dari hati yang murni,

Pohon kemaafan atas segala khilaf,Redhakanku sebagai PUTERImu,
Moga restu mu yang mengiringiku jua redhaNYA
Membuatku indah bahagia hingga ke 
SYURGA.......

Moga syurga akhir pertemuan Kita dengan izinNYA..

Moga ALLAH memberkati dirimu senantiasa jua merahmatimu sepanjang waktu..

SELAMAT HARI IBU

~Hari-hari bagiku adalah hari istemewa buatmu walau jauh dimata, tapi dihati tetap utuh bersemadi.Doa sentiasa ku panjat pada ILLAHI agar dirimu tabah dan cekal hati.Moga dirimu  adalah bakal penghuni BANGLO syurgawi.Aamin.

LA TAHZAN...janganlah Bersedih(:

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK MAMPU HADAPI !!!
QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

..............

SAlam pembuka bicara

Pohon kemaafan, blog ini masih dalam penyelenggaraan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails