I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 16 Disember 2008

Mahligai Kasih

Ibtisam baru sahaja balik dari kenduri di kampung. walimatus urus bagi kakak Ibtisam dan zaujnya orang kota Bharu.
Moga di berkati pasangan ini. Kenduri tersebut juga di buat bersama untuk abang Ibtisam dengan zaujahnya orang Kedah.Moga berkekalan jodoh mereka.Allahuma amin.

Buat kakak dan abang moga mahligaimu tiangnya agama yang kukuh.

cintai dan kasihi pasanganmu kerana agamanya....

Moga baitul muslim yang di bina ini diberkahi..Amin

Kamar Syurga

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya terdapat pemandangan yang belum pernah dilihat di dunia dan terdapat hibran yang tidak pernah di rasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar tersebut ya Rasulullah? tanya para sahabat."Untuk orang yang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberi makan kepada orang yang memerlukan, dan untuk mereka yang memebiasakan puasa serta solat malam saat manusia lelap dalam mimpinya."Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu mereka telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluaganya sampai berkecukupan, dengan begitu mereka termasuk orang2 yang membiasakan puasa. Mereka yang solat Isya' dan subuh berjemaah bererti mereka termask orang2 yang solat ketika orang lain sedang lelap tidur dalam mimpi."Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Pilih jalan terbaik nescaya manfaatnya bergermelapan.

Isnin, 15 Disember 2008

Bencana Alam VS Bala ALLAH

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi terdapat tanda2 kekuasaan ALLAH.Setiap kejadian serta peristiwa yang berlaku adalah dengan izin ALLAH.Terpanggil untuk Ibtisam menitipkan sedikit perkngsian dari jiwa yang kerdil ini.

Baru-baru ini pendududk Malaysia di gemparkan dengan kejadiaan tanah runtuh serta banjir di beberapa kawasan.Pemberita sibuk dalam mencari bahan dan olahan untuk di sampaikan. Pihak yang berkenaan pula mengambil kesempatan ini dengan memanggil arkitek, jurutera dan sebagainya lagi. Malah banyak ketidakpuasan di lontarkan oleh beberapa pihak. Tapi di mana silapnya semua ini??? Adakah dalam berapa dari golongan tersebut tidak mmikirkan bahawasanya ini adalah "Amaran ALLAH" kepada kita, bukan bencana alam semata2 tapi ia juga adalah bala ALLAH kepada manusia. Kejadian tanah runtuh seumpamanya, ia bukanlah dari faktor luaran sahaja malah terdapat juga faktor dalaman yang perlu kita fikir.ALLAH Menjadikan setiap sesuatu dengan hikmahnya,bukan untuk sia2 sahaja.

Bertapa banyak sudah kaum2 yang ALLAH hancurkan, tapi kita sebagai orang islam serta penduduk Malaysia adalah sangat bertuah dan beruntung. ALLAH s.w.t masih lagi menyayangi kita dengan mendatangkan amaran2NYA yg lembut terdahulu bukan terus2 memberi kita kesakitan berbanding dengan negara lain. Sebagai contoh,ngara Acheh yang ALLAH datangkan TSUNAMI dgan dasyat sekali, tapi sayangnya sedikit sahja yang menginsafi peristiwa ini.

Jauhkan diri dari menjadi orang yang di murkai ALLAH.

AYUHLAH BANGUN DARI LAMUNAN AGAR JIWA TAK TERSENTAK KEMUDIAN

.

Khamis, 4 Disember 2008

Perbaiki Diri dan ajaklah orang lain

Sistem pelaksanaan tarbiyyah amatlah mudah tapi intipati kesan dari pembawakannya amatlah susah untuk dijumpai. Perbaiki diri dan serulah yang lainya.Perkataan ini terbahagi kepada dua skop yang berbeza. :

Perbaiki Dirimu

Mempunyai beberapa konsep yang perlu ada,lebih kepada ciri2 bagi org mkmin.

1.Akidah yang bersih
2.Ibadah yang betul
3.Kekuatan tubuh badan
4.Akhlak yang teguh
5.Fikiran yang berilmu
6.Mendapat sesuatu
7.Berjihad pada diri
8.Menjaga waktu
9.Tersusun dalam urusan
10.Manfaat pada yang lain

Manakala serulah pada yang lainnya padanya terdapat tiga marhalah

1.Mengetahui/Mengenali
2.Pembentukan
3.Pelaksanaan

Kedua-dua skop ini mestilah di bawa secara seimbang dan jangan menjadikannya berat sebelah.Sebagai orang yang di taklifkan Allah dalam membawa agama islam ini sifat serta ciri di atas perlulah ada.Dari sudut dakwah, dakwah sendiri ialah satu kehidupan yang mana perlunya komitmen seumur hidup.Jadilah s0leh dan musleh. Memperbaiki diri dan menyeru yang lainya.

Selasa, 2 Disember 2008

Kelazatan Duniawi

Assalamualaikum……..
Fenomena akhir zaman ini makin kuat bermain di fikiran Ibtisam.Tiap kali merenungi setiap kajadian yang Allah ciptakan ana jadi takut serta risau apakah setiap amalan yang di usahakan selama ini diterimaNYA. Ada sesetengah manusia sekarang telah melupakan asal usul kejadian mereka. Apa yang Ibtisam dapat lihat sepanjang pemerhatian, ada muda mudi tidak lagi segan silu untuk mempamerkan ketandusan mereka terhadap amalan di atas ilmu yang telah di pelajari. Bahkan ada dari mereka yang berkelulusan dari universiti agama yang di iktiraf ilmunya masih lagi tidak menjadikan apa yang di pelajari sebagai pokok kehidupan mereka.

Kadang-kadang menitis air mata jikalau memikirkan hal ini. Sebagai contohnya apa yang kita tahu couple itu haram di sisi islam, bahkan telah banyak artikel serta seruan meninggalkannya, tapi masih ramai terkial-kial dalam kancah “indah” yang mereka ciptakan. Sesungguhnya matlamat tidak pernah menghalalkan cara, begitulah praktikalnya dalam dunia percintaan. Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Memang benar Allah menciptakan fitrah berkasih sayang dalam diri hamba-hambaNYA, dan ia merupakan anugerah yang tak ternilai,akan tetapi islam menegaskan bahawa perlu kita menyalurkan ke jalan yang betul dan yang dibenarkan syariat, iaitu perkahwinan lah jalannya dan cinta itu termeterai setelah ikatan perkahwinan di antara dua insane yang bergelar suami isteri. Alangkah beruntung pasangan yang ALLAH kurniakan perasaan sebegitu selepas saat bergelar suami isteri. Allah s.w.t telah menetapkan bagi manusia itu pasangan dan jodoh masing-masing. Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik begitu juga wanita yang baik untuk leleki yang baik. Sama-sama kita renungkan kita berada di dalam golongan yang mana. Dalam islam juga kita mengharuskan ke atas seseorang itu berpuasa jika tidak mampu menahan nafsu serta keinginan yang timbul.islam itu agama yang mudah dan ia tidak pula menyusahkan pemegangnya.
Masih lagi terngiang-ngiang di telinga Ibtisam seorang hamba ALLAH berkata, “kami tak bercinta, tapi kami teman je,bak kata orang teman tapi mesra. Adakah kenyataan sebegitu elok di tuturkan.????
Sama-sama kita cuba renungkan apa yang patut kita lakukan demi mencapai keunggulan saksiah peribadi mulia.

Telah lama cinta terbiar dari cinta yang suci……
Telah lama cinta tersasar dari cinta hakiki………..
Cintakan ALLAH tiada yang kecewa di waktu suka dan susah………..

Cinta juga telah di wajibkan dalam 5 perkara di bawah
1. Cinta kepada ALLAH
2. Cinta RASUL
3. Cinta IBU BAPA
4. Cinta kpd UMMAH
5. Cinta kepda KECERMELANGAN

Jadi sama2 kita fikir apakah jalan cinta yang SYAR’IE dalam ad-deen ini.

Jumaat, 21 November 2008

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si Ibu segera mengesatkan tangan di apron , menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai RM1.00

Tolong jaga adik RM2.00

Tolomg buang sampah RM1.00

Tolong kemas bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM2.00

Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca si ibu tersenyum memndandang si anak sambil sesatu berligar-ligar di mindanya. Si Ibu mencapai sebatang pen, lalu menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu 9 bulan-
PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu-
PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu-
PERCUMA

Kos kerungsingan karana bimbangkanmu-
PERCUMA

Kos menyediakan makan, minum, pakaian serta keperluanmu-
PERCUMA

JUMLAH KESELURUHAN KASIHKU-
PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si Ibu.
Si anak menatap wajah Ibu, memeluknya dan berkata,“Saya sayangkan Ibu”
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “TELAH DIBAYAR” pada muka surat yang di tulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah saw dan bertanya ,Wahai Rasulullah,“ siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?”Rasulullah menjawab , ibumu(dan di ulamg sebanayk 3 kali), kemudian ayahmu, kemudian sanak-saudaramu terdekatmu.

Isnin, 3 November 2008

Di antara dua tangisan

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.” Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang. Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu".
Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”
Di petik dari iluvislam

WASIAT LUQMANUL HAKIM

1. Jangan terlalu mudah ketawa, jangan berjalan tanpa tujuan, jangan bertanya tanpa guna dan jangan mensia-siakan harta dunia anda.

2. Jangan cenderung kepada dunia kerana anda akan menjadi hina.

3. Jangan bersahabat dengan seseorang kerana sesuatu hajat.

4. Untuk mencari teman sejati, ujilah kemarahannya.

5. Makanlah bersama orang yang bertaqwa dan bermesyuaratlah bersama orang yang alim.

6. Ketahuilah bahawa memeindahkan batu berat yang lebih besar mudah daripada memeberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

7. Jiran yang jahat adalah kebih berat daripada mengangkat besi yang berat.

8. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kerana itu dapat menghindar dari putus asa.

9. Jauhilah diri anda daripada berhutang kerana hutang menjadikan diri anda hina pada waktu siang dan malang.

10. Marah ibu bapa anda ibarat siraman air kapada tanaman yang kering kontang.

11. Orang yang bertawadu’ kepada Allah adalah orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri semasa beribadat.

12. Orang yang bersedia untuk diberi nasihat dan selepas itu dia insaf,akan mendapat kemuliaan dari Allah.

13. Dunia ibarat lautan dalam. Ramai manusia yang karam. Jika ingin selamat, naiklah bahtera yang bernama Taqwa, isinya ialah Iman, dan layarilah dengan Tawakkal.

Sabtu, 1 November 2008

Halaqah CintaNYA.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini Ibtisam masih di berikan oleh ALLAH kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata.

*********

Di pagi sabtu yang indah ini, Ibtisam dan kawan2 serumah bersiap2 untuk menghadiri rumah sahibah yang mengadakan jamuan makan di rumahnya.

Kami x sabar2 lagiuntuk sampai ke sana. Adik2 nampak exited. Sesudah seketika menunggu, kami di jemput oleh sahibah tersebut.

Alhamdulillah, kat sana dah ramai sahibah2 yang dah sampai mendahului kami.

Majlis dimulakan dengan ummulFurqan...........Al-Fatihah.

Sebelum makan sesi ta'aruf bermula. Suka sangat dapat jumpa ramai sahibah.(:

Selepas itu kami di jamu sedikit sarapan "Rohani" yang cukup 'mengenyangkan'..seorang makcik dari Bangi menyampaikan tazkirah pada kami. Alhamdulillah banyak manfaat yang kami dapat.

Antaranya berkaitan dengan islam, iman ,taqwa, maut dan sebagainya lagi.

*********

Islam ialah sebagai cara hidup, apa yang kita fahami dengan islam, seterusya mengamalkannya dalam kehidupan.

Apa itu taqwa????

Taqwa di ibaratkan seperti kita sedang melalui sebuah jalan yang mana jalan tersebut penuh dengan duri, kita mestilah berhati2 takut terpijak akan duri2 tersebut. Begitulah di ibaratkan dalam kehidupan kita, penuh dengan mehnah dan ujian, perlu untuk kita dalam memilih jalan yang terbaik.

Maut pula sering menyuluh kita, di ceritakan bahawa dalam sehari malaikat pencabut nyawa akan menjenguk kita sebanyak 70 kali.....Masya'ALLAH alangkah takutnya diri ini.

Rahmat Allah sentiasa menyelubungi kita, cuba anda bayangkan mampukah jari jemari kita bergerak tanpa keizinan dan rahmat dariNYA...Alhamdulillah kita masih lagi di kurnia rahmat tersebut untuk meneruskan kehidupan kita sebagai hambaNYA.

Banyak lagi yang di beritahu oleh makcik tu.. syukur alhamdulillah kerana dapat lagi Ibtisam duduk dalam halaqah cintaNYA.

Seusai sahaja tazkirah tersebut, kami pula menikmati makanan yang disediakan. Jamuan itu dimulakan dengan doa oleh sahibah kami.n

segala puja dan puji pada ALLAH kerana Ibtisam masih lagidi beri kesempata menikmati rezeki dari NYA.

Selepas habis menikmati jamuan itu, kami meminta diri untuk pulang.

Sekali lagi sahibah menghantar kami pulang.

************

Terima kasih ya ukhti, sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala curahan ilmu, tenaga dan masamu....

.

Bersurai..........

Wallahua'lam

Khamis, 30 Oktober 2008

Detik Kematian

Sebak,takut,sakit,semua perkara tu menghantui diri ini, badan pula menggeletar, nafas berasa sempit…Ya Allah, masih panjang ke masa untukku????ketika menulis bingkisan ini tangan masih menggeletar, seram sejuk terasa….Sempit dada bernafas, takut…..sesungguhnya hambaMU ini terbayang detik kematian, bagaimanakah matiku Ya Allah..adakah dalam husnul khatimah atau sebaliknya…Air mata menitik laju..habis membasahi buku yang Ibtisam ingin baca.Terbantut seketika niat untuk membaca.

************************

Saat seusai di talkinkan, doa dan juga siraman air mawar, jenazah akan ditinggalkan bersendirian di alam kubur yang gelap gelita. Tanpa ada lampu pendaflour, tanpa ada torchlight yang menyuluh, jasad kaku membatu, roh meraung bersendirian dalam “rumah” gelap pekat.

Sakitnya di azab oleh penjaga kubur, tulang temulang rapuh patah berkeriuk di himpit tanah…………….Arrrrgggg…Sakitnya tidak terkata...Ulat, cacing, kala jengking, lipan, ULAR, semuanya menjadi peneman setia. Membaham rakus jasad yang kaku…..Ya Allah begitu pedih, sakit, nyilu pada diri.

************************

Saat terasa begitu, banyak persoalan menerawang, menerjah fikiran Ibtisam.

Apakah yang dah kubuat untuk islam ni,???
Panjang lagi ke masa aku untuk hidup???
Apa sumbanganku pada orang sekelilingku??
Sudah main peranan atau tidak dalam ilmu yangku dapati???
Banyak ke amalanku selama hidup hari ini???

Persoalan demi persoalan menerjah diri ini. Andai umur ku setakat ini ya Allah , redhakan segala perbuatanku, aku ingin mati dalam keredhaanMU ya Allah ya Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau dan Nabi Muhammad pesuruh Engkau. Berikan aku kesempatan untuk mencintaiMU, walau tidak sehebat cinta Rabiatul Adawiyah yang teguh dalam cinta dan iman pada MU ya Allah..Tidak tahu bagaimana diri ku ini tanpa pengawasan dariMu ya Allah…sungguh aku sungguh takut pada azabmu Ya Allah…..tersiksa jiwaku tanpa mengingatiMU ya Allah.
Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku kerana Mu ya Allah. Bimbing daku menuju syurgaMu ya Allah..

*************************

Begitulah bertapa dhoifnya Ibtisam. Bagi sahabat sekalian, ana manusia biasa, jika ada kesalahan pohon di perbetulkan. Sama2 kita membina jati diri serta cinta yang kukuh dan mendalam terhadap islam yang kita bawa ini. Suatu kemanisan pasti sebelumnya di sertai kepahitan. Ujian yang hadir adalah tanda kasih sayangNYA kepada kita. Cuba jauhi dari sesekali mengeluh.. kuatkan aqidah agar iman tidak menjadi rapuh. Sama –sama kita bermuhasabah diri
Sesungguhnya hati ini milik-MU ya ALLAH.

*************************

Segala luahan ini untuk pedoman diri Ibtisam sendiri, bukan berniat menyakitkan hati sesiapa. Saya menyeru sahabat sekalian dan diri ini, berwaspada dengan masa yang ada, kautlah sebanyak mungkin bekal dan amalan yang bakal dibawa.. moga kasih ALLAH bersama kita….Allahumaamin
Wallahua’lambissowab

Antara perjuangan dengan kesakitan

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.
Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka.
Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Cinta Sejati

Seorang hamba bernama Tsauban amat menyanyangi dan merindui Nabi Muhammad S.A.W. Sehari tidak berjumpa Nabi bagaikan setahun baginya. Jikalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa.Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian pada Tsauban. Baginda mengetahui hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjupa Rasulullah s.a.w.Katanya “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat bersedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu , barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, saya begitu takut dan cemas sekali, takut –takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu tentulah di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membingbangkan saya tidak dimasukkan ke syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.”

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNYA, maka mereka itu nanti akan bersama mereka iaitu orang-orang yang di beri nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang yang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman”. Mendengarkan jaminan Allah, Tsauban menjadi gembira semula

******

.
Begitulah Tsauban dengan cinta sejatinya kepada Allah dan RasulNya. Jika di fikir2 semula ana menangis tidak keruan. Bagaimana cinta ana kepadaNYA?? Adakah diterima atau tidak.....

Ya Allah berikan kekuatan pada diri hamba dan diri hambMU yang lain dalam mengejar cintaMU..

Rabu, 29 Oktober 2008

Pedoman Nurani

ASSALAMUALAIKUM……………………………salam sejahtera ke atasmu calon penghuni syurga ALLAH………..
Apa yang termampu ingin ana kongsikan….

Moga jadi renungan kita sebagai manusia kerana manusia itu lupa sifatnya……….
Ketaqwaan hati dan nurani rahsia manusia capai kejayaan…..
Begitu agung nilai ketaqwaan manusia di sisi Allah shingga mengangkat mereka dgan kejayaan.
Namun adakala kita manusia sering alpa dan leka dgan nikmat yg Allah kurniakan……bkan tidak bersyukur tapi kadangkala di tutupi dgan kebongkahan dunia………………..

Apakah yang kita kejari sedangkan dunia kan di tinggal pergi………….
Bahkan pula akhirat menanti dgan gambaran yang kadangkala meresahkan hati.,membolak blikkan perasaan manusia,krana di sana nasib lebih terang bahkan lbih gemilang ………..
Jadi jangan jadikan dunia yang sementara ini tempat untuk bersenanglenang, membiarkan masa berlalu tanpa sempat kita menoleh ke belakang..Masya’ALLAH.. alangkah ruginya hidup ini..
Beruntung bagi hati2 yang Allah pelihara……adakah ku termasuk golongan itu….

Pada kelemahan Allah kuatkan ,pada Kekuatn Allah pesankan dengan keimanan dan kecintaan kpdNYA.
Tapi alangkah tidak sedarnya manusia mengguna pancaindera yang ALLAH berikan untuk menyekutukanNYA bahkan melawannya…NA’uzubillahiminzalik.
INNI JA’ILUNFILARDHIKHALIFAH………….
Telah Allah menjadikan ke atas muka bumi ini khalifah..yang mana tak lain tak bukan Khalifah itu kITA
Manusia yang lemah dan hina yang berlagak sombong dengan megahnya menerima setiap amanah dgan tidak praktikalnya lalu melantun keluar dari landasan keimanan.
Kita lah yang bakal memimpin manusia itu..kita juga juga yang akan terpimpin oleh sesiapa oleh sesiapa sahaja..
Jadilah kita orang yang menerima ilmu,malah menyebarkannya walau satu ayat kerana Allah memandangnya tinggi walau ia remeh………
Dan ingatlah matlamat tidak pernah menghalalkan cara…..
Tapi adakah ada manusia moden ini yang mengikut syariat itu…. Ingatlah di mana sahaja kita berada kita tetap berpijak pada bumi Tuhan……

FITRAH BERKASIH SAYANG……………….
(………….. “Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh"……………..)

((……….) ayat ini copypage iluvislam)
Allah telah menciptakan manusia dengan fitrahnya untuk mencintai dan di cintai..malah Allah telah nukilkan aytNYA dalm surah2 yang kita tidak cari gali mengenai dalil dgan knikmatan yang ALLAH beri kpada hambaNYA..
Tapi bukan pada jalan yang tidak di syariatkan…
Allah mengangkat tinggi darjat manusia yang melakukan sesuatu mengikut kerdhaanNYA..
PERKAHWINAN itu lah jalannya……

IDAMANKU……………..IMPIANKU
seorang wanita muslimah
bukan tidak di kurniakan fitrah sedemikian….
TAPI,
mereka mndambakan seorang imam dalam hidup……….
Kuat dalam agamanya dan ketaatan kpada Allah
Melindungi mereka dengan senjata doanya kpada PENCIPTA
Menghiburkan mereka dengan janji2 Allah yang pasti………
Yang mengasihi mereka setelah ALLAH dan RASUL
Hidup dengan mereka bukan kerana kecantikkan, harta tetapi kerana agama…
…………….Itulah yang kekal menuju ke syurga,krana jikalau mgasihi mereka kerana hal2 dunia maka goncanglah Baitul Dakwah itu………..

wahai ALLAH,limpahkan kepadaku kekuatan untuk mencintaimu,
Mencintai orang yang mencintaimu,dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri
Untik mencintaimu..
Jadikan rasa mencintaimu lebih aku sukai berbanding air dan embun..
(Doa Nabi Muhammad S.A.W)..

SEKIAN SAHAJA MOGA IA JADI PEDOMAN NURANI …………………………..

Ya ALLAH bantulah hmbaMU yang lemah ini dalam mencapai cinta dan redhaMU..
seruan ini untuk diri yang serba kekurangan ini juga..
Wallahua'lambissowab.
KEKAYAAN BUKAN BANYAKNYA HARTA.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
“Wahai muslimin, kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah
kekayaan jiwa. Sesungguhnya Allah Azzawajalla memeberikan kepada hambaNYA apa yang
sudah di tetapkan bahagian rezeki untuk dirinya. Kerana itu berlaku baiklah kamu dalam
mencari rezeki. Ambillah apa yang halal dan tinggalkan apa yang haram”

(Riwayat Abu Ya’la pada asalnya Bukhari Dan Muslim)

MASHAF DAN LAUT

Suatu pagi jumaat di Iskandariah,saya telah berjalan menyisiri pantainya, bertujuan
menikmati keindahan alam di situ dengan memandang jauh kearah lautan yang biru.Juga
berharap agar kenikmatan itu berlarutan sebelum menjelang tengah hari. Ada beberapa
pasangan muda-mudi duduk di situ, duduk mengadap ke laut sambil berpegang-pegangan
tangan dan berbicara kata-kata indah dan romantis.

Saya terpandang seorang anak muda yang mungkin bermur sekitar dua puluhan sedang
berjalan rancak menuju ke arah bertentangan dari saya. Sebelah tangannya dihayun mengikut
rentak langkah dan sebelah lagi membelai janggut. Saya segera menoleh ke belakang untuk
melihat kalau-kalau ada tempat tertentu yang pemuda itu tuju. Apa yang tampak oleh saya
hanyalah sekumpulan manusia yang bersuka-ria membelakangi laut. Pemuda itu tiba-tiba
berdiri di hadapan mereka tanpa sepatah kata. Kemudian dia pun duduk bersila dengan
mengadap ke pantai. Perlakuan pemuda itu bukan sahaja menghairanaknkan saya, bahkan juga
mereka yang sedang bersuka-ria itu.

Saya terus memerhati tindakan pemuda itu selanjutnya. Tiba-tiba dia mengeluarkan sebuah mashaf kecil dari dalam saku bajunya lalu ia mula membaca dengan tekun dan hati-hati. Dia langsung tidak menghiraukan keadan sekeliling atau sesiapa sahaja yang memandangnya.
Ternyata kebisingan suara-suara manusia langsung tidak menganggu bacaannya. Boleh dikatakan apa yang wujud baginya ketika itu hanyalah mashaf dan laut.

Saya terus menunggu perkembangan selanjutnya. Suatu perkara yang memeranjatkan
akhirnya berlaku. Tangan-tangan couple yang asyik tadi berpegangan erat dan memadu kasih
akhirnya terlerai perlahan-lahan. jasad-jasad teruna dan dara yang berdampingan manja pula
mula renggang. Mereka s eolah-olah merasa janggal atau mungkin juga segan untuk meneruskan
perbutan mereka kerana kewujudan pemuda yang membaca Al-Quran tadi. Mereka segera
bingkas lalu beredar meninggalkan psiran pantai yang putih bersih, mungkin mencari lokasi lain
yang sesuai tanpa gangguan.

Namun apa yang begitu menjadi perhatian saya di sini ialah tentang tindakan dan perlakuan
pemuda itu yang berjaya menyelamatkan pantai yang indah itu dari dicemari oleh kesumbangan gelagat mnusia. Sedikit sebanyak tindakannya meninggalkan kesan yang mendalam ke hati setiap pasangan tadi lantas mendorong mereka untuk tidak lagi mengulangi kesilapan dan kesalahan samada di pantai itu atau di mana-mana sahaja.

Betapa teknik dakwah yang pemuda itu lakukan lebih kuat dari besi dan lebih berbisa dari lidah.

Diambil dari Buku Jalan Ke Hati Teknik Dakwah Yang Berkesan

Isnin, 22 September 2008

Di Atas Sajadah Cinta

KOTA KUFAH terang oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari utara membawa hawa sejuk. Sebagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun geliat hidup kota Kufah masih terasa.

Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat. Kedua matanya memandang teguh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang memanggilnya “Zahid” atau “Si Ahli Zuhud”, karena kezuhudannya meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan paling mencintai masjid di kota Kufah pada masanya. Sebagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat perhatian.

Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyala dihadapannya. Namun jika ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan surga, embun sejuk dari langit terasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.

Tatkala sampai pada surat Asy Syams, ia menangis,

fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha.

qad aflaha man zakkaaha.

wa qad khaaba man dassaaha

…”

(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan,

sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,

dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya

…)

Hatinya bertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya. Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi?

Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya berguncang. Akhirnya ia pingsan.

***

Sementara itu, di pinggir kota tampak sebuah rumah mewah bagai istana. Lampu-lampu yang menyala dari kejauhan tampak berkerlap-kerlip bagai bintang gemintang. Rumah itu milik seorang saudagar kaya yang memiliki kebun kurma yang luas dan hewan ternak yang tak terhitung jumlahnya.

Dalam salah satu kamarnya, tampak seorang gadis jelita sedang menari-nari riang gembira. Wajahnya yang putih susu tampak kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lentera yang menerangi ruangan itu. Kecantikannya sungguh memesona. Gadis itu terus menari sambil mendendangkan syair-syair cinta,

in kuntu ‘asyiqatul lail fa ka’si

musyriqun bi dhau’

wal hubb al wariq

…”

(jika aku pencinta malam maka

gelasku memancarkan cahaya

dan cinta yang mekar

…)

***

Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga. Di ruangan tengah, kedua orangtuanya menyungging senyum mendengar syair yang didendangkan putrinya. Sang ibu berkata, “Abu Afirah, putri kita sudah menginjak dewasa. Kau dengarkanlah baik-baik syair-syair yang ia dendangkan.”

“Ya, itu syair-syair cinta. Memang sudah saatnya dia menikah. Kebetulan tadi siang di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia melamar Afirah untuk putranya, Yasir.”

“Bagaimana, kau terima atau…?”

“Ya jelas langsung aku terima. Dia ‘kan masih kerabat sendiri dan kita banyak berhutang budi padanya. Dialah yang dulu menolong kita waktu kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan.”

“Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?”

“Tak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling cocok untuk Afirah adalah Yasir.”

“Tapi, engkau tentu tahu bahwa Yasir itu pemuda yang tidak baik.”

“Ah, itu gampang. Nanti jika sudah beristri Afirah, dia pasti juga akan tobat! Yang penting dia kaya raya.”

***

Pada saat yang sama, di sebuah tenda mewah, tak jauh dari pasar Kufah. Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tak jauh darinya seorang penari melenggak lenggokan tubuhnya diiringi suara gendang dan seruling.

“Ayo bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!” bisik temannya.

“Be…benarkah?”

“Benar. Ayo cepatlah. Dia penari tercantik kota ini. Jangan kau sia-siakan kesempatan ini, Yasir!”

“Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang impianku.”

Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari. Sang penari mengulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya. Keduanya lalu menari-nari diiringi irama seruling dan gendang. Keduanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakan mesra penari itu membisikkan sesuatu ketelinga Yasir,

“Apakah Anda punya waktu malam ini bersamaku?”

Yasir tersenyum dan menganggukan kepalanya. Keduanya terus menari dan menari. Suara gendang memecah hati. Irama seruling melengking-lengking. Aroma arak menyengat nurani. Hati dan pikiran jadi mati.

***

Keesokan harinya.

Usai shalat dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota. Ia hendak menjenguk saudaranya yang sakit. Ia berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ia sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli anggur dan apel buat saudaranya yang sakit.

Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahwa kebun itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebun kurma itu. Tiba-tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan bayangan itu menjadi seorang sedang menunggang kuda. Lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara,

“Toloong! Toloong!!”

Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya. Ia menghentikan langkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas.

“Toloong! Toloong!!”

Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan matanya dengan jelas bisa menangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.

“Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak bisa dikendalikan!”

Mendengar itu Zahid tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya. Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca shalawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkat tangan kanannya dan berkata keras,

“Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!”

Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkik dan berhenti seketika. Perempuan yang ada dipunggungnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid mendekati perempuan itu dan menyapanya,

Assalamu’alaiki. Kau tidak apa-apa?”

Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadar hitam. Dua matanya yang bening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab pelan,

Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali. Mungkin terkilir saat jatuh.”

“Syukurlah kalau begitu.”

Dua mata bening di balik cadar itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Menyadari hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia membuka cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik nan memesona,

“Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama Tuan, dari mana dan mau ke mana Tuan?”

Zahid mengangkat mukanya. Tak ayal matanya menatap wajah putih bersih memesona. Hatinya bergetar hebat. Syaraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gadis jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid tak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona, Zahid tersadar, ia cepat-cepat menundukkan kepalanya. “Innalillah. Astagfirullah,” gemuruh hatinya.

“Namaku Zahid, aku dari masjid mau mengunjungi saudaraku yang sakit.”

“Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya cuma di dalam masjid?”

“Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain.” kata Zahid sambil membalikkan badan. Ia lalu melangkah.

“Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mau kemana? Perbincangan kita belum selesai!”

“Aku mau melanjutkan perjalananku!”

Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Terang saja Zahid gelagapan. Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya. Seumur hidup ia belum pernah menghadapi situasi seperti ini.

“Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan rumahku ada di sebelah selatan kebun ini. Jika kau mau silakan datang ke rumahku. Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu. Dan sebagai ucapan terima kasih aku mau menghadiahkan ini.”

Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda.

“Tidak usah.”

“Terimalah, tidak apa-apa! Kalau tidak Tuan terima, aku tidak akan memberi jalan!”

Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu minggir sambil menutup kembali mukanya dengan cadar. Zahid melangkahkan kedua kakinya melanjutkan perjalanan.

***

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, kota Kufah kembali diterangi sinar rembulan. Angin sejuk dari utara semilir mengalir.

Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca-kaca. Hatinya basah. Pikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian tadi pagi di kebun kurma hatinya terasa gundah. Wajah bersih Zahid bagai tak hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduh menunduk membuat hatinya sedemikian terpikat. Pembicaraan orang-orang tentang kesalehan seorang pemuda di tengah kota bernama Zahid semakin membuat hatinya tertawan. Tadi pagi ia menatap wajahnya dan mendengarkan tutur suaranya. Ia juga menyaksikan wibawanya. Tiba-tiba air matanya mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan kegembiraan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata,

“Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri syaraf. Juga terasa sejuk di dalam hati. Ya Rabbi, tak aku pungkiri aku jatuh hati pada hamba-Mu yang bernama Zahid. Dan inilah untuk pertama kalinya aku terpesona pada seorang pemuda. Untuk pertama kalinya aku jatuh cinta. Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya.”

Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan yang ia berikan pada Zahid. Tiba-tiba ia tersenyum,

“Ah sapu tanganku ada padanya. Ia pasti juga mencintaiku. Suatu hari ia akan datang kemari.”

Hatinya berbunga-bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh itu hadir di pelupuk matanya.

***

Sementara itu di dalam masjid Kufah tampak Zahid yang sedang menangis di sebelah kanan mimbar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan hatinya dalam shalat. Ia tidak tahu harus berbuat apa. Sejak ia bertemu dengan Afirah di kebun kurma tadi pagi ia tidak bisa mengendalikan gelora hatinya. Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat dalam relung-relung hatinya. Aura itu selalu melintas dalam shalat, baca Al-Quran dan dalam apa saja yang ia kerjakan. Ia telah mencoba berulang kali menepis jauh-jauh aura pesona Afirah dengan melakukan shalat sekhusyu’-khusyu’-nya namun usaha itu sia-sia.

“Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Engkau Mahatahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cinta-Mu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarik wajah dan suaranya Ilahi, berilah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menetes-netes dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau ridhai. Aku serahkan hidup matiku untuk-Mu.” Isak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segala keindahan semesta.

Zahid terus meratap dan mengiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azab-Nya. Rasa cinta dan rindu-Nya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak munajatnya ia pingsan.

Menjelang subuh, ia terbangun. Ia tersentak kaget. Ia belom shalat tahajjud. Beberapa orang tampak tengah asyik beribadah bercengkerama dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal. Biasanya ia sudah membaca dua juz dalam shalatnya.

“Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di surga dengan bidadari dunia. Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!”

Ia lalu bangkit, wudhu, dan shalat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa,

“Ilahi, hamba mohon ridha-Mu dan surga. Amin. Ilahi lindungi hamba dari murkamu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba pada Afirah pada-Mu, hamba terlalu lemah untuk menanggung-Nya. Amin. Ilahi, hamba memohon ampunan-Mu, rahmat-Mu, cinta-Mu, dan ridha-Mu. Amin.”

**

Pagi hari, usai shalat dhuha Zahid berjalan ke arah pinggir kota. Tujuannya jelas yaitu melamar Afirah. Hatinya mantap untuk melamarnya. Di sana ia disambut dengan baik oleh kedua orangtua Afirah. Mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenal ketakwaannya di seantero penjuru kota. Afiah keluar sekejab untuk membawa minuman lalu kembali ke dalam. Dari balik tirai ia mendengarkan dengan seksama pembicaraan Zahid dengan ayahnya. Zahid mengutarakan maksud kedatangannya, yaitu melamar Afirah.

Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah menanti dengan seksama jawaban ayahnya. Keheningan mencekam sesaat lamanya. Zahid menundukkan kepala ia pasrah dengan jawaban yang akan diterimanya. Lalu terdengarlah jawaban ayah Afirah,

“Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah dilamar Abu Yasir untuk putranya Yasir beberapa hari yang lalu, dan aku telah menerimanya.”

Zahid hanya mampu menganggukan kepala. Ia sudah mengerti dengan baik apa yang didengarnya. Ia tidak bisa menyembunyikan irisan kepedihan hatinya. Ia mohon diri dengan mata berkaca-kaca. Sementara Afirah, lebih tragis keadaannya. Jantungnya nyaris pecah mendengarnya. Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pingsan saat itu juga.

***

Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tak terkira. Keimanan dan ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat nestapa jiwanya. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali-kali ia pingsan. Ketika keadaannya kritis seorang jamaah membawa dan merawatnya di rumahnya. Ia sering mengigau. Dari bibirnya terucap kalimat tasbih, tahlil, istigfhar dan … Afirah.

Kabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seantero kota Kufah. Angin pun meniupkan kabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta Afirah yang tak kalah besarnya membuatnya menulis sebuah surat pendek,

Kepada Zahid,

Assalamu’alaikum

Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sadarmu. Tak bisa kuingkari, aku pun mengalami hal yang sama. Kaulah cintaku yang pertama. Dan kuingin kaulah pendamping hidupku selama-lamanya.

Zahid,

Kalau kau mau. Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengobati rasa haus kita berdua. Pertama, aku akan datang ke tempatmu dan kita bisa memadu cinta. Atau kau datanglah ke kamarku, akan aku tunjukkan jalan dan waktunya.

Wassalam

Afirah

===============================================================

Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang bisa dipercaya. Ia berpesan agar surat itu langsung sampai ke tangan Zahid. Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya. Dan meminta jawaban Zahid saat itu juga.

Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah tahu isinya seluruh tubuhnya bergetar hebat. Ia menarik nafas panjang dan beristighfar sebanyak-banyaknya. Dengan berlinang air mata ia menulis untuk Afirah :

Kepada Afirah,

Salamullahi’alaiki,

Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah semata-mata karena rasa cintaku padamu. Sakitku ini karena aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diridhai Allah ‘Azza Wa Jalla’. Inilah yang kudamba. Dan aku ingin mendamba yang sama. Bukan sebuah cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya.

Afirah,

Kedua tawaranmu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengobati kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari surga. Bukan air timah dari neraka. Afirah, “Inni akhaafu in ‘ashaitu Rabbi adzaaba yaumin ‘adhim!” ( Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar jika aku durhaka pada Rabb-ku. Az Zumar : 13 )

Afirah,

Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada yang bisa aku lakukan saat ini kecuali menangis pada-Nya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmannya :

“Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (yaitu surga).”

Karena aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik maka aku akan berusaha kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah yang menentukan.

Afirah,

Bersama surat ini aku sertakan sorbanku, semoga bisa jadi pelipur lara dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam,

Zahid

Begitu membaca jawaban Zahid itu Afirah menangis. Ia menangis bukan karena kecewa tapi menangis karena menemukan sesuatu yang sangat berharga, yaitu hidayah. Pertemuan dan percintaannya dengan seorang pemuda saleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya.

Sejak itu ia menanggalkan semua gaya hidupnya yang glamor. Ia berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk akhirat. Sorban putih pemberian Zahid ia jadikan sajadah, tempat dimana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon ampunan dan rahmat Allah SWT. Siang ia puasa malam ia habiskan dengan bermunajat pada Tuhannya. Di atas sajadah putih ia menemukan cinta yang lebih agung dan lebih indah, yaitu cinta kepada Allah SWT. Hal yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar-benar larut dalam samudera cinta kepada Allah SWT.

Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid menerima sepucuk surat dari Afirah :

Kepada Zahid,

Assalamu’alaikum,

Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar hamba-Nya yang bertakwa. Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku dengan Yasir. Beliau telah terbuka hatinya. Cepatlah kau datang melamarku. Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah Rasululullah SAW. Secepatnya.

Seketika itu Zahid sujud syukur di mihrab masjid Kufah. Bunga-bunga cinta bermekaran dalam hatinya. Tiada henti bibirnya mengucapkan hamdalah.

Diambil daripada karya Habiburrahman El Shirazy

Rabu, 10 September 2008

Ayat-Ayat Cinta padamu...

AYAT-AYAT CINTAKU padamu..Ukhti muslimah…

Alangkah indahnya kita di cipta sebagai wanita wahai saudari2ku sekalian..

Semoga kita saling cinta mencintai demi mendapat keredhaanNYa.

Tautan hati membawa kemanisan iman menerusi taqarrub NYA..

Madah kasih sentiasa terukir dalam sanubari yang hidup kerana Allah,

Sanjungan ramai manusia,

Dalam kepahitan atau kemanisan,

Di telan jua bagi segunung harapan pada yang memerlukannya.

Wanita solehah tiket diri ke syurga,

Menggamit rindu dalam magfirahNYA.

Sentiasa merindukan didikan2,

Merindukan peniup semangat,

Serta rindu padaMU YA AllAh….

PANDANGAN ISLAM TERHADAP WANITA

Islam telah memberi penghormatan yang tinggi terhadap wanita, malah Allah s.w.t sendiri mengangkat martabat wanita sehingga dalam Al-quran terdapat satu surah yang di namakan dgn dengan surah An-Nisa’ iaitu yang bermaksud wanita.

Di dalam surah Al-ahzab dinyatakan tentang wanita yang bermaksud:

Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin,lelaki dan permpuan yang benar,lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan permpuan yang khusyuk, lelaki dan permpuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan permpuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama ALLAH, ALLAH telah menyediakan mereka pengampunan dan pahala yang besar”(AL-AHZAB:35)

Hatta nabi Muhammad s.a.w sendiri telah memberi contoh dan penghargaannya kepada wanita.Ini dapat di lihat melalui lemah-lembut dan kasih sayangnya terhadap isteri2 baginda,sehinggakan dapat menembusi hati2 orang kafir ketika itu.

Sebenarnya lelaki dan wanita di berikan hak yang sama tapi mereka di berikan sesuatu tanggungjawab yang sesuai dengan kemampuan masing2.Contohnya bagi wanita tugas2 melahirkan anak adalah bagi mereka,manakala lelaki pula di tugaskan untuk mencari rezeki serta memberi nafkah kepada isteri dan anak2 mereka.Alangkah telitinya Allah dalam menciptakan sesuatu bersesuaian dengan Asma’Agungnya AL-LATIF,Maha Halus.

Renungilah sedalam-dalam lubuk hati kita alangkah indahnya penciptaan wanita itu sendiri.Kita jugalah yang berhak menentukan perjalanan kita..adakah menuju yang diredhainya atau memilih jalan kemungkaran.Bak kata pepatah tepuk dada tanyalah IMAN.

Ahad, 7 September 2008

khas buat sohabati......

Ukhti muslimah yang dikasihi……………
salam ramdhan Al-mubarak buat semua..moga amalan dilipatgandakan.......Terbukanya hati ini untuk menitipkan sekalam nasihat moga jadi panduan bersama.
Dunia hari ini bagaikan tidak selamat bagi insan lemah seperti kita.Tapi berbekalkan semangat khas seorang wanita kita tempuhinya dengan begitu kesungguhan.Alangkah bahagianya hati wanita yang Allah lindungi .Kerana hati yang terjaga,membawa peribadi mulia.Bahkan jadi sanjungan sang pria soleh.Tapi mungkin ramai yang tak menyedari bahawa wanita hari ini jadi mangsa keadaan dengan keselesaan diri sendiri.Bagaikan tak kita ketahui punca sebenar kelIngkupan akhlak moral.Ana begiu risau memikirkan keadaan ini, kerana apa yang kita ketahui dalam peristiwa isra’mikraj, Rasullah SAW menyatakan wanita merupakan penghuni neraka yang paling ramai.Bagaimana mungkin kita menafikan kebenaran itu yang sememangnya telah jelas di dalam AL-QURANULkarim.
Ukhti muslimah yang disayangi……………….
Marilah sama-sama kita jaga benteng pertahanan diri kita sebagaimana yang di gariskan syariah islam.Buktikan wanita yang terpelihara adalah yang terbaik dari yang terdedah.WALLAHUA’LAM.

wanita solehah

WANITA SOLEHAH…. SENANTIASA TENANG JIWANYA LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH INILAH WANITA SOLEHAH TIDAK MEMBIARKAN DIRI MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM MEMANDANGNYA....MENYEJUKKAN MATA..... DIRINYA TENTERAM MEMBIARKAN HIBURAN KIRANYA IA SEORANG ISTERI KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA MEMADAI DENGAN APA YANG ADA TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA MENJADI KEKUATAN JIWA UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA NATIJAHNYA, LAHIRLAH JIWA SAKINAHBERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

Diambil dari:- www.iluvislam.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails