I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 2 Disember 2008

Kelazatan Duniawi

Assalamualaikum……..
Fenomena akhir zaman ini makin kuat bermain di fikiran Ibtisam.Tiap kali merenungi setiap kajadian yang Allah ciptakan ana jadi takut serta risau apakah setiap amalan yang di usahakan selama ini diterimaNYA. Ada sesetengah manusia sekarang telah melupakan asal usul kejadian mereka. Apa yang Ibtisam dapat lihat sepanjang pemerhatian, ada muda mudi tidak lagi segan silu untuk mempamerkan ketandusan mereka terhadap amalan di atas ilmu yang telah di pelajari. Bahkan ada dari mereka yang berkelulusan dari universiti agama yang di iktiraf ilmunya masih lagi tidak menjadikan apa yang di pelajari sebagai pokok kehidupan mereka.

Kadang-kadang menitis air mata jikalau memikirkan hal ini. Sebagai contohnya apa yang kita tahu couple itu haram di sisi islam, bahkan telah banyak artikel serta seruan meninggalkannya, tapi masih ramai terkial-kial dalam kancah “indah” yang mereka ciptakan. Sesungguhnya matlamat tidak pernah menghalalkan cara, begitulah praktikalnya dalam dunia percintaan. Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Memang benar Allah menciptakan fitrah berkasih sayang dalam diri hamba-hambaNYA, dan ia merupakan anugerah yang tak ternilai,akan tetapi islam menegaskan bahawa perlu kita menyalurkan ke jalan yang betul dan yang dibenarkan syariat, iaitu perkahwinan lah jalannya dan cinta itu termeterai setelah ikatan perkahwinan di antara dua insane yang bergelar suami isteri. Alangkah beruntung pasangan yang ALLAH kurniakan perasaan sebegitu selepas saat bergelar suami isteri. Allah s.w.t telah menetapkan bagi manusia itu pasangan dan jodoh masing-masing. Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik begitu juga wanita yang baik untuk leleki yang baik. Sama-sama kita renungkan kita berada di dalam golongan yang mana. Dalam islam juga kita mengharuskan ke atas seseorang itu berpuasa jika tidak mampu menahan nafsu serta keinginan yang timbul.islam itu agama yang mudah dan ia tidak pula menyusahkan pemegangnya.
Masih lagi terngiang-ngiang di telinga Ibtisam seorang hamba ALLAH berkata, “kami tak bercinta, tapi kami teman je,bak kata orang teman tapi mesra. Adakah kenyataan sebegitu elok di tuturkan.????
Sama-sama kita cuba renungkan apa yang patut kita lakukan demi mencapai keunggulan saksiah peribadi mulia.

Telah lama cinta terbiar dari cinta yang suci……
Telah lama cinta tersasar dari cinta hakiki………..
Cintakan ALLAH tiada yang kecewa di waktu suka dan susah………..

Cinta juga telah di wajibkan dalam 5 perkara di bawah
1. Cinta kepada ALLAH
2. Cinta RASUL
3. Cinta IBU BAPA
4. Cinta kpd UMMAH
5. Cinta kepda KECERMELANGAN

Jadi sama2 kita fikir apakah jalan cinta yang SYAR’IE dalam ad-deen ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails