I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 27 Jun 2009

SILA BACA....

Assalamualaikum buat pengunjung yang di kasihi ALLAH sekalian...

Insya'ALLAh segala posting terbaru akan di pindahkan ke alamat..

http://ibtisamsyarha2.blogspot.com

Ini kerana terdapat beberapa kesulitan buat masa sekarang
Akan Tetapi blog ini juga akan di update dari semasa ke semasa.

Pohon kemaafan atas kesulitan ini...

blog ini masih lagi berjalan seperti biasa..

harap maklum...

Jumaat, 26 Jun 2009

Demi Masa

Salam ,salam penuh kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana jari ini masih berkesmpatan untuk terus bernafas mencari rahmatNYA, menitip kata, ada masa yang berbaki untuk diri ini terus mencari amalan sebagai bekal menuju ke negeri abadi..moga 2 ALLAH taufikkan, selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Hari ke hari, masa di rasakan begitu pantas berlalu. Berlalu pergi dan tak akan kembali lagi. Hari ini sudah masuk 3 Rejab.

“ Masa itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya, ia kan memotong kita”

Dengan masa-masa yang telah lepas, diri ini terasa risau akan natijah pada hari pengadilan kelak. Kesamaran dalam jiwa sering berlaku. Dunia ini menuntut kita bersabar, bersyukur atas segala-galanya. Ibtisam sering kalut dengan jiwa yang makin menuntut perhatian. Menuntut kawalan yang kukuh bersambungkan tali ALLAH. Mengapa dunia ini jadi perhatian bagi sekelian orang. Bukankah kita menuju ke negeri abadi, ya’ni dnia ini sebagai persinggahan sahaja.

Sedih hati ini bila memikirkan nasib diri dan juga orang2 sekeliling. Bagaimanakah di saat menghadap AL-Khaliq nanti. ALLAH…kuatkan hati ini untuk fikirkannya..

Kami berpagi2 dan berpetang dengan menyebut namaMU ya ALLAh, rahmatilah kami ya ALLAH…

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Ada 2 titisan yang ALLAH cintai iaitu titisan darah para syuhada ‘ dan air mata para yang jatuh kerana takutkan ALLAH.

Bagaimana ingin ku khabarkan kepada semua, bahawa dunia ini tidak kekal…kautlah bekalan sebanyak2nya…
Mengalir air mata ini melihat kepada orang2 yang tahu tentang agama, tapi seolah-olah mereka melindungi ilmu itu dari di amalkan.

Seperti mana seseorang itu apabila ,mendengar nasyid, sebagai contoh lagu “sumaiyyah”.hanya seronok mendengar rentaknya sahaja, tetapi tidak menghayati apa yang cuba di sampaikan, tidak menghayati perjuangan serikandi itu yang syahid memprthankan agama islam. Walau pun di hunus dengan tombak tetapi keimanan beliau tetap teguh . Memang jauh untuk kita begitu, tapi pada zaman sekarang terdapat inisiatif lain yang boleh kita lakukan sebgai tanda cinta dan kasih pada ALLAH dan pada agama yang kita pegang..

Sahabat –sahabat Rasulullah s.a.w juga senantiasa mencari, mengaut serta beramal untuk mendapat pahala yang banyak walaupun mereka telah di janjikan syurga oleh ALLAH s.w.t. Betapa hebatnya mereka.

Bukanlah ana yang bercakap ini adalah yang terbaik, tapi, hal ini sebagai peringatan kepada semua tanda kasih ana sebagai saudara seislam..sekurang-kurangnya ia menjadi pedoman pada diri ana sendiri.

“Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”.

Sungguh diri ini mangajak kerana bukan kerana kepentingan diri tapi kerana kasihnya saudara sesama islam.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudrie r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsipa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan nya. Sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia ubahkan dengan hatinya. Yang sedemikian ialah selemah-lemah iman.

Waktu ini adalah peluang keemsan bagi yang tahu menghargainya. Tapi bagi yang tertipu dengan nikmat dunia, alangkah ruginya…

"Dan pada hari itu (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." 24:24..

Moga sama2 menjaga lisan.

***Moga ALLAH memelihara diri yang lemah ini..

Ishtiyaaqun

Tatkala di kejauhan , hati melayang jauh menuju ke kampung halaman. Nun di sana jauhnya. Pelbagai persoalan bermain di benak ini. Bagaimana umi dan abah di sana. Apa khabar segalanya. Biarpun baru sahaja pulang dari kampung meraikan majlis walimah, tapi hati dilanda kegersangan yang amat.
Masa terus berlalu, anakmu ini telah meningkat dewasa. Makin banyak masa yang tidak dapat kita luangkan bersama. Perjuangan ankmu ini terlalu membuat masa itu mencemburui kita. Anakmu ini di medan ilmu yang perlu di bekal dengan doamu, restu dan redha kalian. Andai perjuangan itu mudah, tentu ramai yang pantas mengikutinya. Perjuangn ku terlalu memerlukan kamu berdua disisi, tanpa kalian, siapalah anakmu ini..

Pesanan

Dahulu sebelum ku menjejaki di bumi asing ini, kalian terlalu bimbangkan diriku, risau akn kehidupanku di sini,tapi akhirnya kalian akur bahawa ada yang menjagaku di sini, ku tidak keseorangan, sesungguhnya ALLAH bersamaku, setiap detik, setiap saat. Kalian juga selalu berpesan jagalah solat, jagalh peribadi, selalulah pohon perlindungan ALLAH. Anakmu ini tidak pernah melupakan pesanan kata azimat itu. Ku di sini menanggung rindu yang teramat pada kalian. Moga ALLAH sampaikan rindu ini. Moga ALLAH rantaikan, hubungkan kita dengan Ar-rahmanNYA.

Doa

Seringkali hati bermonolog, alangkah indah kalian ada di sisiku setiap masa. Ada dekatku untuk ku jaga. Tapi itulah hakikat perjuangan menuntut ilmu..setiap kali seusai solat, tidak pernah lupa untu ku layangkan secebis doa buat kalian.

“ YA ALLAH rahmati kedua ibu bapaku, ampunkan dosa mereka, peliharalah mereka seperti mana mereka memeliharaku sejak kecil lagi. Murahku rezeki mereka, serta permudahkan urusan mereka……………………………
Pelbagai doa ku layangkan, hanya untuk kalian. Tatkala hati membuak rindu, hanya telefon yang ku mampu lakukan walau ia tidak memadai. Tapi itulah…doa dan dengar suara kalian jalannya..
Di bumi asing ini, ku berperang dengan dengan segalanya yang menuntut kesabaran, keimanan dan ketaqwaan padaNYA. Tapi berkat doa kalian, ku tabah hadapi nya sendiri. Ku sentiasa hajat doa yang tak putus dari kalian.
Doakan anakmu ini menjadi insan yang cemerlang dari segala aspek, akhlak, syaksiah, pelajaran dan sebagainya, doakan kejayaan ankmu ini untuk menjadi anak yang kalian redhai, ,wnita yang ALLAH redhai, pelajar yang guru redhai,serta jadi hamba yang ALLAH redhai.

Ummi…

Ku pinta halalkan, stiap titis air ssumu hinggalah segalanya yg kau curahkan, walau setiap kali ku pinta begitu, kau tenang dgn jawabanmu…kenapa kata begitu..tentulah umi redha dan halalkan…
Tapi bagiku, itu tidak memadai dgan kata2, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.

Abah…

Ku pinta dikau halalkan setiap peluh keringatmu untuk membesarkan dan anak-anak yang lain. Walau ku tahu tidak kau pinta balasan ats semua kepenatan itu.

Ummi, abah..

Ku pinta halalkan segalanya selama hayatku..
Moga kalian redha daku sebagai puterimu…

Sabtu, 20 Jun 2009

Derita atau Bahagia: Pilihan kita

Tafsir ayat ke 123-126 Surah Taha

Firman ALLAH s.w.t dalam ayat 123-126, maksudnya :
“ Turunlah kamu dari syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setenganh kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-KU itu, nescaya ia tidak akan sesat dan ia tidak pula menderita azab sengsara."

“Dan sesiapa berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-KU maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata” Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dapat melihat?”. ALLAH berfirman:” Demikianlah keadaanya! Telah datang ayat-ayat dan keterangan kami kepadamu, lalu engkau melupakan dan meninggalkannya, dan demikian engkau pada hari ini di lupakan dan di tinggalkan…”

Al-Qalbun itu bersifat(yataqallib) iaitu berbolak balik…jadi sama-sama pelihara hati..

Jangan di minta di kecilkan ujian , mintalah di besarkan iman untuk menghadapinya…

Moga kasih ALLAH bersama hamba yang selalu ingat padaNYA

Sabtu, 13 Jun 2009

Dua dalam satu..

Assalamualaikum..........

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke ats junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Satu perdua
PEMERGIAN

Malam lepas, pada jam 1.45 pagi, ana menerima satu panggilan dari sahibah tercinta yg di kasihi ALLAH, di sertai berbelas-belas sms dari sahibah yang lain..

".Achik...ustaz dah takde...angah tak percaya..." sahibah ana memberitahu dengan iringan air mata..
" Banyakkan sabar ye ngah, ALLAh lebih sayang ustaz"..ana menjawab.

Ana juga di selubungi perasaan sebegitu, bukan tidak dapat mnerima hakika, kerana kematian adalah sesuatu yang pasti bagi setiap manusia..tapi terasa bagai baru semalam kami menuntut ilmu dari allahyarham..rasa bagai semalam , baru sahaja belajar bertarannum darinya.
Pemergiannya satu kehilangan besar buat bekas sekolah ana..

Moga pemergian itu di rahmati ALLAH.

Moga segala jasa, bdi yang di taburkan dalam mendidik , mencurahkan ilmu di redhai ALLAH, di balasi ALLAH dengan ganjaran yang baik. Moga ilmu yang di ajar terus di amalkan. Moga2 pahalannya berkesinambungan..amin.

Moga rohnya yang mulia di tempatkan bersama-sama orang yang di naungi ALLAH kasihNYA..
allahumma amin..

* p/s : Hajat dari semua pembaca untuk menyedekahkan AL-Fatihah buat ustaz (ayahda)ana, Allahyarham Che Muzdi Bin Awang. Syukran di ucapkan atas doa dan atas sedekah kalian.

Dua perdua
PEPERIKSAAN

Selang beberapa hari lagi , peperiksaan final akan menjelang. Imtihan yang akan menguji ilmu yang telah di pelajari, penentu juga sampai mana usaha yang ada. Suka untuk ana kongsikan pesan Sheikh Haidar Al-Munem.

"..Markah yang di dapati hasil imtihan bukanlah tujuan utama kita, yang penting kefahaman dalam pembelajaran dan hasil tatbiq dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai markah di akhirat, itulah matlamatnya. Jadi usahlah antum semua runsing mengenai hal peperiksaan, Cuma belajarlah dengan ikhlas kerana ALLAH dan ambillah manfaat dari ilmunya. "

Itulah matlamat sebenarnya, ilmu sampai pada hati, serta berterusan dalam mengamalnya dan keredhaan ALLAH mengiringi.."

P/s : Hajat juga doa dari semua pengunjung untuk ana dan teman-teman, agar di permudahkan ALLAH dalam menjwab peperiksaan, moga ALLAH mengurniakan kami jiwa yang tenang, hati yang damai..

Syukran buat semua..
Moga ALLAH merahmati kita semua.

Khamis, 11 Jun 2009

Pelayaran Mukmin

Kekuatan jiwa seorang mukmin itu bergantung pada pengamalannya seharian. Kesedaran yang menggunung tentang hakikat kejadian diri akan membuat diri seseorang jelas tentang keberadaanya di muka dunia fana ini.

Firman ALLAH s.w.t

“Tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”
(Al-zariyaat ayat: 56)

Fikrah yang jelas membuat hidup lebih terarah. Seperti mana sebuah pelayaran, sudah pasti ada hala tujunya. Begitulah di ibaratkan kehidupan kita sebagai hamba ALLAH di dunia yang fana ini. Pelayaran kita telah bermula sejak di lahirkan lagi. Pelayaran yang perlu di kaut sebanyak-banyaknya bekal untuk disimpan dan di guna pada penghujung pelayaran. Sudah pasti dengan persinggahan yang sementara membuat hati kita terpaut pada yang di namakan keindahan. Tidak lah salah mencintai keindahan dan kecantikan kerana ALLAH itu cantik dan DIA suka akan kecantikan.

Jadi perlulah berwaspada dengan keindahan yang di jumpai itu, kerana ia bukan milik kekal kita. Yang menjadi pemiliknya ialah ALLAH s. w.t.

“Kehidupan dunia itu tidak lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui.”
(Al-Ankabut:64)

Carilah sebanyak yang mungkin peluang yang ada, kaut lah sebanyak mana yang boleh bekal kita untuk menuju ke negeri abadi. Tanpa bekalan itu, ternyata sia-sialah hidup manusia itu. Kesempatan yang ada perlulah di gunakan sebaik-baiknya. Jadikan peluang keemasan itu satu reward buat kita semua.

Kata-kata saidina Umar r.a

Hisablah dirimu sebelum dirimu dihisab”

Melalui kata-kata itu, capailah maksud bahawa hidup ini perlu di muhasabah setiap masa, usah menunggu hari esok. Bersegeralah dalam kebaikan. Hisablah diri tentang apa yang telah di buat sepanjang umurnya, sepanjang hari dan malamnya. Ini kerana di akhirat nanti kita semua akan di Tanya tentang waktu kita yang telah di habiskan.
Menjalankan sesuatu pekerjaan perlulah diingatkan dengan ketaqwaan , keikhlasan dan keimanan. Hiasi ia dengan sifat mahmudah, tawaddu’. Renungkan dahulu sebelum melakukan sesuatu itu, bahawa adakah ALLAH redha buat perkara ini??? Betulkah ianya syar’ie??adakah ia dituntut dalam islam??

“ Tidak ada daun yang gugur yang tidak di ketahui ALLAH…”(6.59)

Curahkan ilmu dalam segenap hal pada yang tidak mengetahui, jangan menghina pada yang tidak mengetahui, kerana hati sebegitu adalah lebih sakit dari yang tidak mngetahui. Hiasi sikap dengan kata berhikmah. Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah, apabila di baling batu, di berikan buah sebagai balasan.

Letakkan ALLAH sebagai tempat mengadu yang paling tinggi. DIA merupakan sebaik-baik tempat mengadu. Usah di bimbang ALLAH tidak memakbulkan doa kita, kerana sesungguhnya ALLAH maha memakbulkan segala doa. Cuma nya sama ada cepat atau lambat.
Firman ALLAH s.w.t

“Berdoalah nescaya akan AKU kabulkan.”

Sesungguhnya orang-orang beriman itu apabila di sebut nama ALLAH..maka bergetarlah hatinya, apabila di bacakan ayat-ayat ALLAH, maka makin kuat(iman) dan kepada ALLAHlah mereka bertawakkal..

Dan ingatlah kesudahan bagi mukmin itu amat indah, tiada apa yang dpat di bandingkan dengan nikmat itu. Dunia sebagai penjara bagi mukmin, syurga bagi orang kafir. Oleh itu rantaikan diri kita dengan keimanan, ketaatan dan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t. Moga-moga kesudahan yang baik adalah milik kita semua…Amin..

“sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga(taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air(yang mengalir)…..
15:45

Ya ALLAH letakkan dunia ini di tanganku, bukan di hatiku…

Yang berkata bukanlah yang terbaik, bukanlah yang sempurna tapi sama-sama ambil ikhtibar,

yang baik jadikanlah teladan, yang kurang elok tegurlah dengan bicara iman..

Moga ALLAH merahmati kita semua.

Titian tinta
Ibtisam Syarha…
23:12 P.M
16 JAMADIL-AKHIR 1430 H

Selasa, 9 Jun 2009

Keamanan DAN Kedamaian Jiwa

Mukmin itu tidak menyesali masa lalu, tidak benci dengan keadaan yang ada dan tidak takut pada masa depan yang belum pasti. Orang2 mukmin akan berada dalam kedamaian jiwa seolah-olah dia berada dalam hamparan syurga. Ini kerana ALLAH s.w,t menjadikan syurga tempat yang paling damai, paling indah, paling tenang. Tidak ada rasa takut, benci dan bimbang di sana. Itulah punca ke damaian mukmin di dunia.

Iman sumber rasa damai

Manusia itu takut kepada banyak perkara tetapi mukmin itu menutup semua pintu ketakutan selain pada ALLAH. Ini kerana dia yakin bahawa makhluk tidak berupaya untuk melakukan mudharat dan manfaat ke atasnya melainkan dengan izin ALLAH.

Mukmin itu merasa rezekinya terjamin.
Mukmin itu yakin pada rezekinya yang di tetapkan ALLAH, kerana ALLAH s.w.t telah berjanji dan ALLAH sesekali tiadk memungkiri janjiNYA.keyakinan itulah yang membuat mukmin itu berani terjun dalam perjuangan. Teringat kisah seorang ustaz yang di pandang serong kerana hanya bekerja sebagai pendakwah, dan balas ustaz itu, “ Ana tidak makan pasir lagi setakat ini”.. jawapannya amat tepat.ini kerana, rezekinya telah di jamin ALLAH s. w.t.

****isteri yang di tinggalkan pla sedar suaminya hnya pemberi makan, yang member rezeki adalah ALLAH.****

Mukmin itu rasa aman menemui ajal

Mukmin itu menghadapi ajalnya dengan damai kerana di atahu ALLAH menentukan masa matinya dengan tepat. Dia tidak takut terhadap kematian. Dia juga tidak gusar untuk meninggalkan harta , anak isteri dan dunia kerana dia tahu yang di akhirat jauh lebih baik dari yang di dunia.

......Semoga Berbahagia Selalu

Buat kekanda tercinta,
Selamat Pengantin baru ku ucapkan,
ku doakan semoga dirahmati majlismu itu,
sebahagian agama dikau sempurnakan,
semoga lahirnya zuriat yang membawa kesinambungan islam,
Semoga berbahagia ke anak cucu,dan di naungi ALLAH dalam rahmatNYA
Allahumma amin....

p/s: Selamat pengatin baru buat k.tie dan zaujnya..ALLAH YUBARIK FIKUM.

Isnin, 8 Jun 2009

Muhasabah..

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam, yang maha Pengasih, maha penyayang ,maha Agung, .

Syukur kerana diri ini masih lagi di beri ruang untuk bernafas di muka buminya. Satu nafas yang seiring dengan sebutan asma’ pencipta..ALLAH…MAha Suci Engkau
Beberapa hari bermusafir balik Kelantan, banyak perkara yang ALLAH kurniakan untuk Ibtisam rasa lebih dekat denganNYA

Dalam perjalanan pulang ke Kelantan : Panorama yang ALLAH kurniakan sungguh menyejuk jiwa, pokok2, gunung-ganang seakan2 mengajak ku bersama untuk berzikir , bertawajjuh kepada ALLAH..alangkah indahnya. Awan di langit pula tenang di hembus awan, bergerak seiring tiupan angin…

Renungan di sebalik itu : bagaimana halnya di hari kebangkitan, pokok2, gunung-ganang, semuanya berantakan, hancur, bintang2 di langit juga gugur…ALLAH… alangkah dasyatnya peristiwa itu.

[56.1] Apabila terjadi hari kiamat,

[56.2] terjadinya kiamat itu tidak dapat didustakan (disangkal).

[56.3] (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain),

[56.4] apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,

[56.5] dan gunung-gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya,

[56.6] maka jadilah dia debu yang beterbangan,

18 mei 2009

Syukur~syukurlah

Mulakanlah harimu dengan memuji ALLAH ,
Seiring siulan burung ceria berterbangan,
Berzikirlah dengan alunan Asma’ul husna,
Bersyukurlah kita masih di bangkitkan
.

Alhamdulillah bersyukur kerana masih di beri kesempatan olehNYA untuk meneruskan lagi kehidupan sebagai hambaNYA di muka bumi ini.

Sedikit coretan perjalanan menuju ke negeri kelahiran yang penuh tarbiyyah dari ALLAH.

Tepat jam 7.45 pagi jumaat yang lepas, ana bersama abang , kakak ipar dan 2 orang anak buah bertolak menuju ke Kelantan untuk meraikan majlis walimah kakak Ibtisam. Perjalanan ke Kelantan biasanya hanya memakan masa selama 5 jam sahaja.

Terhibur dengan kepetahan anak buah, di samping permusafiran dalam melihat indahnya ciptaan ALLAH membuatkan perjalanan itu terasa begitu cepat.
Pada tepat jam 12 tengahari, kami sudah sampai ke sempadan Pahang, niat di hati ingin mensuprisekan keluarga di kampung dengan sampai awal, tapi ALLAH maha hebat lagi penentuannYA.

Perjalanan kami begitu lancar, sehingalah di sempadan Pahang, perjalanan kami tersekat2 kerana kesesakan yang begitu teruk. Apabila di siasat tahulah kami bahawa kesesakan itu di sebabkan oleh sebuah trailer terbalik dan melintang di tengah jalan. Kejadian itu berlaku pada jam 5 pagi lagi, tapi smpai saat itu, tiada sebarang tindakan lagi dari pihak yang berkenaan. Kami dan semua pengguna jalan raya yang lain terasa amat begitu kesal kerana sikap tidak prihatin pihak yang berkenaan.

Semua kenderaan berjalan secara perlahan dan sampai suatu masa tidak dapat bergerak langsung .Muslimin semuanya tidak dapat menunaikan solat jumaat, walau ada rukhsahnya, anak-anak kecil menangis kepanasan,mungkin ada juga yang menangis kelaparan. Tidak kurang juga kami orang dewasa juga merasa kelaparan, tapi itu hanya sedikit ujian dari ALLAH, di uji dengan kelaparan.

Tapi di situ wujudnya persaudaraan yang ana rasa begitu indah, tanpa kenal antara satu sama lain, semuanya saling bertegur dan di ibaratkan sepanjang jalan itu ibarat tapak perkhemahan. Ada yang duduk di tepi jalan dan membentangkan tikar lalu,makan beramai-ramai. Ada juga yang bersantai tidur kepenatan , ada yang mengambil peluang menjelajah hutan berhampiran serta bermacam-macam ragam.

Allah izin kereta abang Ibtisam juga hampir kehabisan minyak,abang terpaksa mnjmatkan myk dengan mematikan air-cond dan paad itu hanya kepada ALLAH kami berserah,seperti frman ALLAH s.w.t yang bermaksud:
“Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah pada ALLAH”

Dan alhamdulillah ALLAH itu maha berkuasa, kereta itu dapat berjalan sehingga sampai ke stesen minyak yang jaraknya begitu jauh juga.

Pada jam 3 petang kelihatan, pihak yang berkenaan sudah mula beransur datang, dan Alhamdulillah tepat jam 6.30 petang semua kenderaan sudah dapat bergerak seprti biasa.
Alhamdulillah ,saat itu kami menarik nafas lega.kereta berjalan seperti biasa walau masih lagi sesak. Dan alhumdulillah tepat jam 10.00 malam, kami tiba di kampung tercinta. Alhamdulliah, syukur, syukurlah….

Tidak mengaku sesoarang itu beriman sehinngalah ia di uji..terima kasih YA ALLAH, ats segala nikmatMU, jangan kau tutupi hati ku dengan ujian sekecil ini..

5 Jun 2009

Rabu, 3 Jun 2009

Renovate Hati

Suatu hari yang suram, terdapat seorang pemuda yang mundar –mandir seperti mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apakah ia, akibat terlalu lama berkeadaan begitu, seorang pakcik yang sudah lama memerhatikan pemuda itu mendekati dan bertanyakan hal itu kepada pemuda itu.

“ Maafkan pak cik nak,dari tadi kamu ke sana ke sini,kamu cari sesuatukah? boleh pak cik bantu kamu?”

Tergamam pemuda itu kerana perbuatan nya di sedari orang.

“ Err...sebenarnya pak cik.....

“ Apa dia nak?? Bagitahu pak cik, pak cik tolong setakat mampu.

“Saya....saya....saya tak cari apa2 pun, cumanya saya sedang menderita pak cik!, hidup saya tidak tenang , terlalu banyak dosa yang saya lakukan...”. Kata pemuda itu sambil menangis teresak-esak.

ALLAHUAKHBAR! Nak.... sebenarnya tak terlambat untuk kamu bertaubat, ALLAH itu maha pengampun.

“ Tapi pak cik, dosa saya terlalu banyak....

“Nak....walau sebanyak mana pun dosa hambaNYA, tapi jika mereka bertaubat, nescaya ALLAH akan menerima taubat mereka. Kamu sungguh beruntung kerana ALLAH masih lagi memberi kesempatan untuk kamu bertaubat.”

Cerita di ats hanyalah rekaan semata2 walau hakikatnya ia terlalu reality dalam hidup manusia itu sendiri yang tak pernah lari dari kesilapan.

Hati yang di pandu oleh syaitan akan mudah terpengaruh dengan anasir2 yang tidak soleh. Di ibaratkan hati umpama gelas yang sudah terisi dengan air , jadi untuk mengisi air yang lain , kita terlebih dahulu perlu membuangkan air yang sudah sedia ada. Ini kerana jika terus sahaja menambah air yang lain, gelas itu akan menjadi penuh dan akhirnya air itu melimpah keluar.

Begitulah perumpamaan hati manusia, air yang sedia ada umpama karat-karat jahiliyyah yang perlu di buang terlebih dahulu sebelum di masukkan air yang baru ya'ni nilai-nilai islamiyyah. Mengapa keadaan sedemikian berlaku?? Ini kerana jika hati yang selalu bergelumang dengan dosa akan menjadi gelap jika tidak di sucikan dengan taubat sebenar-benar taubat kepada ALLAH s.w.t.

Suka untuk ana pinjamkan kata2 Saidina Umar r.a:

'Hisablah dirimu ,sebelum kamu dihisab'

Jadi alangkah baiknya jika kita bermuhasabah diri ats amalan2 yang telah di lakukan dalam kehidupan yang telah lepas. Ini kerana di akhirat nanti kita akan di tanya tentang waktu kita, ke mana ia di habiskan, adakah di jalan kebaikan atau sebaliknya.

Hati yang di pandu oleh ALLAH akan senantiasa tenang di atas segala yang ALLAH tetapkan. Tidak berputus asa ats kasih sayangNYA. Hati sebegitu juga akan mencuba untuk menjauhi perkara2 yang melaghokan seperti mana di dalam surah al-furqan ayat 72:

Dan apabila bertemu dengan perkara yang tidak memberikan faedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya..”

Teringat ana pada kata2 ini :

“ Carilah hati mu sewaktu membaca Al-Quran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika, mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak menjumpai juga, berdoalh kepada ALLAH , pinta hati yang baru..”

Salam permujahadahan, moga ALLAH memelihara hati yang ana yang lemah ini..
Wallahua’alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails