Semua bangun...Assalamualaikum ustazah…pelajar-pelajar memberi salam. Sejurus kemudian sesi pembelajaran bermula dan seterusnya di sertai dengan latihan dan akhirnya masa untuk madah bahasa Arab telah pun tamat.
Sekali lagi mereka bangun dan mengucapkan terima kasih. Belum sempat ana melangkah keluar, beberapa orang murid menyerbu ana, dan mereka berkata.” Ustazah, nak tolong,”ana terpinga-pinga. “Nak tolong apa?” Ana membalas . kemudian, tiba giliran mereka untuk kehairanan. “ Saya nak tolong bawa”. Subhanallah, ana tergelak sendiri jadinya. Lalu ana bertanya lagi.” Kamu nak tolong apa? Ustazah tak bawa apa2 pun kan?”. Ana menyatakan terima kasih dan terus berlalu.
Subhanallah , sungguh hebat nilaian kanak-kanak dengan akhlak mulia mereka. Masakan tidak, mereka kehairanan apabila di tanya sebegitu kerana mereka telah terbiasa dengan menolong orang. Inilah hasil bimbingan yang perlu di terapkan. Anak-anak kecil umpama kain putih yang bersih, terpulang lah bagaimana ibu bapa untuk mencorakkannya. Sikap ringan tulang sebegitu amat wajar di puji, kerana tidak semua kanak-kanak yang sebegitu.
Masih ingat lagi cerita bapa Imam Abu Hanifah ketika di tanya bagaiamana dia mendidik anaknya(Abu Hanifah) sehingga menjadi seorang yang sangat hebat, beliau menjawab:
" Aku mendidik dia 40 tahun sebelum dia di lahirkan".
Lihatlah saudara-saudari sekalian, mendidik satu proses yang amat penting bagi Ibu bapa bagi melahirkan generasi yang cemerlang, ummah gemilang. Bukan sehari dua sahaja malah perlu berterusan. Perlu di sertai dengan ta’adib dan ta’lim. Dalam proses tarbiyyah kepada anak-anak juga, perlu di wujudkan rasa sabar yang tinggi, bukan sekadar mengajar dan merotan tapi nilai murni serta menyuburkan perasaan cintakan ALLAH dalam diri anak-anak adalah perlu. Ini kerana jiwa anak-anak kecil masih lembut dan mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah yang bersih, mereka mudah menerima apa yang telah di ajar dan di terap dalam diri mereka.
Bagi kanak- kanak yang terlalu nakal, mereka sebenarnya bukan mahu jadi begitu, tapi kadang-kadang mereka di corakkan dengan persekitaran yang begitu. Ibu bapa yang sering sibuk, ibu bapa yang sering bergaduh, buat mereka mengasingkan diri dan kemudiannya mula bertemu dengan orang-orang yang tidak di kenali dengan sikap yang tidak membina, membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral. Ini benar!! Bukan sekadr percakapan semata-mata. Malah ada yang lebih teruk dari itu.
Kasih sayang yang di sertai dengan tunjang ketaqwaan ibu bapa sebenarnya adalah pendinding yang penting bagi melahirkan anak-anak yang bisa di gelar sibgatullah(celupan ALLAH). Kata-kata yang baik adalah penting bagi anak-anak kecil, jangan selalu berkata-kata dengan percakpan yang tidak elok kerana ia ialah suatu doa. Apatah lagi bila ia di tuturkan oleh seorang ibu, sedangkan doa ibu itu amatlah makbul.
Hargailah mereka dengan sebaiknya, jangan pula menyesal di kemudian hari apabila mereka tidak seperti yang di mahukan. Bukan mudah untuk membentuk peribadi muslim berakhlak mulia, tapi segalanya boleh di uruskan dengan ketaqwaan , keimanan pada ALLAH, serta kesabaran yang jitu dalam menjalanka proses tarbiyyah itu sendiri.
Haza kullu ma ladayya.
Wallahua’lam
Wassalam.