I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 31 Julai 2010

Peluang yang ada, rebutlah.

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhir-akhir ini apabila kekalutan datang , hati mula rasa tergoncang. Tergoncang dengan kesibukan dunia. ALLAH itu tidak patut ada. Jika dilihat RAsulullah s.a.w jua para sahabat adalah orang yang sangat sibuk tapi mereka mampu bersaing dalam beribadah kepada ALLAH dalam melaksanakan ibadah malam jua ibadah lain.ALLAH, hebat kan??

Tarikh assignment untuk disubmit sudah menunggu. Madah Fiqh Assyafi'ie, Fannu Al-Kitabah, Dan juga Bahasa Arab 2 siap menunggu untuk dicompletekan. Habis sahaja madah itu, Nizam An-nahwi jua Maharah qiraah tunggu giliran. ALLAH...

Bertapa banyak untuk dikaji. Itu baru sedikit dari ilmu ALLAH. Belum ditambah lagi ilmu-ilmu yang lain. Tapi ana tidak mahu jadikan ia satu penghalang. Nak belajar ilmu ALLAH ni perlu kuat dan tabah hati. If boleh tidak ingin jadikan ia bebanan kerana ilmu itu satu keperluan dalam diri manusia tambah-tambah lagi seorang mu'min. Bukankah kita dituntut untuk menuntut dari buaian hingga ke liang lahad. Dan juga boleh jadi fitnah pada kita jika tak berilmu. Tapi ada juga orang berilmu dan dengan ilmunya boleh jadi fitnah.

Mengapa jadi fitnah? sebab ilmu yang dia ada tidak amalkan, tidak sandarkan pada intipati ilmu yang dia perolehi, lantas terzahirlah kelakuan yang tidak pantas bagi seorang mu',min itu.

Apa yang dicari keredhaan ALLAH kan??
Jadi buat apa yang ALLAH redha, tinggal apa yang ALLAH larang.
Barulah jiwa jadi tenang.

Kata Ustaz: Al'ilmu filkutub laisa fissudur..

Na'am ya ustaz, haza sohih..Ilmu itu dalam dada bukan dalam buku. Rebutlah peluang yang ada untuk menimba ilmu ALLAH ini, rebut, hadam dan 'amal .Walaupun kita akan rasa sedikit penat, sedikit rasa pahit, sakit tapi jangan jadikan ia sebagai satu halangan, malah ia pembakar semangat. Bak kata pepatah Berakit-rakit dahulu berenang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.( Bonda juga suka sebut pepatah ini(: )

Sebagai pelajar terutamanya , banyak peluang untuk menimba ilmu, selain menuntut ilmu dikelas-kelas formal, kita dapat memperolehi ilmu itu secara tidak langsung melalui kuliah magrib, majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan dan sebagainya. Itu semua untuk kita. Wasilah ilmu sudah ada didepan mata, jadi jangan lepaskannya!!!

Teman-teman ku

Mulai sekarang rasakan ilmu itu adalah suatu perkara yang seronok untuk diterokai, Cabaran yang datang itu sebagai pelengkap kematangan dalam mencarinya. Ilmu ALLAH ni semakin banyak kita belajar semakin banyak kita tak ketahuinya kan? MAri kita merebut peluang yang ada ini dengan sebaiknya.

Salam mujahadah buat semua.

Jumaat, 30 Julai 2010

Alhamdulillah

Salam jumaat yang mulia..

Alhamdulillah,
Atas segala ni'matMU ya Rabb,
Jadikan daku hamba yang senantiasa bersyukur ya Rahman,

Alhamdulillah,
Masihlagi ku dapat kecapi udara yang segar,
Masih lagi mendengar burung berkicauan dalam zikrullah,
Jadikan daku hamba yang senantiasa bersyukur ya Rabbi,

Alhamdulillah,
Masih lagi ku dapat merenung kearah langit ,
langit yang kukuh /utuh tanpa tiang,SUBHANALLAH,
Maka jadikan imanku jua sebegitu, utuh, kukuh tanpa prasyarat padaMU

Alhamdulillah,
Masih lagi mata dapat melihat susuk wajah teman tercinta,
Teman yang mulia membawa ke syurga,
Bicaranya penuh hikmah,
Santun tuturnya,
Maka jadikanlah daku hamba yang bersyukur ya ALLAH.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,
dan Dia menciptakan jin dari nyala api.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.
Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.

Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

Dan kepunyaan-Nyalah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.

Semua yang ada di bumi itu akan binasa.
Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.

Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.

Wahai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.
(Ar-Rahman)

ALLAH,... terlalu banyak ni'mat yang ALLAH kurniakan teman-teman, maka nikmat ALLAH yang mana yang kita dustakakan(na'uzubillahimin zalik)

MAri sama-sama kita jadi hamba yang bersyukur agar ALLAH tambahkan lagi ni'matNYA..Aamin ya rabbal 'alamin

Rabu, 28 Julai 2010

Salam Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesempatan oleh ALLAH untuk terus terusan mengecapi ni'mat NYA yang tidak putus-putus. Ni'mat yang ada terlalu banyak jika disedari, maka sentiasa bersyukurlah atas ni'matNYA.

Malam ini sudah masuk 18 sya'aban. Mungkin sudah terlewat, tapi Insya-ALLAH posting malam ni tentang nisfu sya'aban. Moga ia bermanfaat.

  • Berkenaan bulan Syaaban

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan bulan sya'aban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

full-time-muslim

Ana tertarik dengan penjelasan salah seorang Ustaz yang ana muliakan di kampus ana. Mari sama-sama kita rungkaikan bersama persoalan dibawah

  • Apa hukum sambut nisfu sya'aban

Hukumnya harus kerana amalan ini tiada dalil menunjukkan Nabi dan para sahabat melakukannya. Ada yang mengatakan ianya bid'ah tapi cuba singkap kembali, banyak perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tidak melakukannya . Antaranya baca quran dalam kereta, pakai baju kurung, berzikir guna tasbih digital dan sebagainya.

  • Mengapa baca yasin??Tak boleh baca surah lain??
Surah yaasin dibaca kerana ia boleh diikuti oleh segenap lapisan umur, tidak kira kanak-kanak , remaja, dewasa atau orang tua. Jika nak baca surah lain, bacalah, tidak mengapa, kerana disitu pahala bagi mereka yang membaca Al-Quran tidak kira walau surah apa pun.

  • Mengapa 3 kali

3 kali itu ialah kadar yang baik antara magrib dan isya'. Tidak boleh ke baca lebih dari 3 kali??. Lebih dari itu pun tidak mengapa, tafaddhol, tapi bacalah secara tartil dan penuh penghayatan.Adalah lebih baik kita membaca Yasin 1x secara bertenang-tenang beserta dengan kuliah ” APA ITU NISFU SYA’BAN “…Rasanya itu lebih baik daripada membaca Yaasin 3 kali dalam keadaan kelam kabut dan tunggang langgang,melanggar segala hukum tajwid . Moga-moga sinaran ayat Al-Quran itu menusuk ke sanubari. Lalu bercahayalah hati(:

Teman-teman..!!!!Moga setiap 'amalan kita berterusan biarpun sedikit, juga ikhlas sebagai prasyarat. Moga-moga ALLAH menjadikan kita orang-orang yang sentiasa bertaqwa kepadaNYA, ditetapkan hati dijalanNYA.

'Ala kulli hal wallahuta'ala 'alam.

Sabtu, 24 Julai 2010

Solehahnya temanku.

Cantik dirimu kerana akhlakmu, mulia hatimu kerana mahmudah sifatmu, Pesona dirimu kerana kilauan imanmu..

*************

Geramnya!!!!

Kedengaran seorang muslimah berbicara. Entah apa yang digeramkannya, ana tidak pasti. Apabila diteliti, rupanya perkara yang membuat jiwanya stress adalah sezarah perkara sahaja, perkara yang biasa-biasa.
Hal begitu sudah jadi kebiasaanya dalam persahabatan, adakala mereka marah, adakala mereka sayang jua kasihan. Tapi adakah ia perlu sentiasa bermusim begitu tanpa arah tuju dan panduan.??

Sedih

Ana sedih bila lihat teman-teman yang berantakan persahabatan angkara sekecil-kecil perkara. Walhal perkara itu jika dilapangkan dada, ia bisa buat jiwa tenang, hati damai. Tapi kerana egonya diri, mereka dapat tekanan sebabkan perkara itu. Ada yang sampai mahu pindah rumah dan sebagainya if bergaduh dengan kawan.Sampai bila harus begitu teman-temanku?? Sampai bila kalian harus lari dari masalah.
Ia tak akan selesai melainkan cari jalan penyelesaiannya. Seronokkah apabila teman satu kelas bermasam muka? pasti tidak bukan? Oleh itu, cari jalan penyelesaiannya dengan baik, if boleh bincang ,secara jujurnya. Jua jangan gunakan emosi tapi gunakan akal dan rasional untuk hadapinya, Insya-ALLAH bakal perolehi penyelesaiannya.Mudah-mudahan.

Teman-teman yang sangat tenang jiwamu

Itu hanya sekecil-kecil masalah. Mahukah dirimu disibukkan dengan hanya memikirkan hal yang remeh temeh, sedangkan masalah ummat yang semakin tenat pinta untuk difikirkan. Fikirkanlah tentang saudaramu yang lain. Kita rasa kitalah yang paling banyak masalah , paling banyak ALLAH uji, walhal ada orang yang lebih hebat ALLAH uji, tapi kita tidak sedari kerana hati dan jiwa sibuk stress tentang diri sendiri.
Pohon kemaafan, bukan niat ingin membuat dirimu rasa susah hati dengan posting ini, tapi sama-sama berlapang dada jika ditimpa masalah. Husnuzzhon paling penting. Jangan pinta ALLAH kecilkan masalah, tapi pintalah hati yang besar untuk menghadapinya.

Teman-teman yang solehah ,

Ku tahu, dirimu ialah seorang yang sangat solehah, jadi hiasi dirimu dengan sebaik-baiknya. Jaga rona iman diwajahmu agar ianya berseri dek kilauan kesabaranmu. Tampilkanlah pesonanya islam yang dikau ada, Islam yang sangat mulia, yang menjaga segala-galanya dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Berhiaslah dengan pesona islam yang luar biasa ini. Dikau tidak akan sesekali kecewa.TRUST me.Sabar itu cantik, secantik dirimu yang solehah.

Jangan biar syaitan itu buat hati kita rapuh. Ia tidak jemu dan moga-moga kita juga tidak jemu usaha untuk lawannya dengan mengawal nafsu dan ego kita,Insya-ALLAH

Jika bertemu itu kerana ingin menggapai redhaNYA, maka berpisah itu hati tidak gundah gulana. Jiwa rasa, dia rindukanku, jiwa rasa dia doakanku. Kerana dikau tahu bertemu dia dan dikau kerana ALLAH yang satu.Bertemu tidak jemu, berpisah tiada resah.

Salam sayang buatmu(:

Selasa, 20 Julai 2010

Hanya padaMU

Bismillahirrahmanirrahim..

Moga pagi yang indah itu bersamanya zikrullah agar hidup lebih terasa indah jika cinta kepada ILLAH sentiasa menyubur, tersulam kemas didasar hati.

Setiap rasa yang ALLAH kurniakan , pasti tersirat hikmah dibaliknya. Ummat islam itu perlu sentiasa memikirkan akan masalah ummat yang lain. Yang pasti mukmin itu tak ada masa nak buang masa.

Beberapa hari ini, hati ini melayang jauh ke kampung halaman, rindu itu datang dan sentiasa menebal kepada mereka ya'ni ayahbonda tercinta. Maaf, ana nukilkan disini agar kalian bisa titipkan doa bersama-sama.

Apakah tahap kesihatan mereka sekarang, ana tak pasti.Perkhabaran iman mereka? dan segala-galanya tentang mereka? Itu semua ana tak pasti dan gelisah disini. Rindu yang menyubur ini membuat ana gelisah . Ana tak dapat menghubungi mereka kerana talian telefon yang sentiasa bermasalah disana. Ini juga ujian dari ALLAH.Kerinduan yang tak tertanggung.

Sama-sama kita titipkan doa :

YA ALLAH sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbuku didasar hati ini,

Rindu pada ayahbonda,

Tapi YA ALLAH jangan kau jadikan ini sebagai pematah semangatku,

kerana erti hidupku hanya mengharap redhaMU,

walau hati gelisah,

rindu menebal tapi KAU ku sandarkan harapan

Ya ALLAH peliharalah kedua ibubapaku sebagaiman mereka memeliharaku sedari kecil

lagi.rahmati mereka, berkati mereka, jua lindungi mereka, tambahkan keimanan mereka
padaMU,

kuatkan hati dan jasadiah mereka.

Ku tahu KAU sebaik-baik pemelihara.

Maka peliharalah mereka ya ALLAH,

Hanya kepadaMU ku serahkan segala-galanya.

Hanya pada ALLAH lah tempat hamba itu bergantung, jadi dalam apa jua keadaan, jangan sesekali lupakan DIA. DIA mengetahui apa yang ada dalam diri manusia itu walau sekecil mana pun. Jadi segala ujian, masalah yang mendatang, jangan berputus asa, jangan terus rasa Down, kerana pada hidupmu adanya DIA. Jangan gundah gulana kerana ujian tanda kasih sayangNYA, Dia ingin mengujimu .DIA berbicara denganmu atas apa yang DIA timpakan, supaya dirimu lebih dekat, lebih erat denganNYA.

P/s : Jika kerinduan itu kerana ALLAH semata-mata, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

Isnin, 19 Julai 2010

Mujahadah untuk hati..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam rasa kepenatan ..
dalam diri kelelahan...

Mari teman-teman..mari kita duduk sebentar ...dan beriman

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

Teman-teman yang dikasihi, begitu besar kan peranan hati itu. Ibarat ia tunjang utama dalam kehidupan, jika hati tidak terang dan kotor dengan maksiat dan dosa maka gelaplah jalan kehidupan itu lalu menutupi jalan yang ada padanya cahaya.

Jangan kita mengeluh, susahnya untuk memahami sesuatu perkara itu jika hati penuh dengan noda-noda/ titik hitam .Sebagai pelajar terutamanya , hati itu perlu terang dan jauh dari menjadi hati yang penuh ma'siat agar ilmu mudah untuk diserap, dicerna lalu diamalkan.

Keutamaan orang yang berilmu itu lalu diamalkan walau sedikit tapi istiqamah lebih baik dari orang yang penuh dengan segala ilmu, tapi tiada sedikit pun dia amalkan, malah dia menjadi orang yang sangat rugi. Na'uzubillahi min zalik.

Disamping hati , pandangan juga perlu ditundukkan,

Pesanan ALLAH buat muslimin

Allah berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24:30]

Pada muslimat juga ALLAH pesankan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur 24:31]

Tidak kira muslimin atau muslimat, sama-sama ALLAH pesankan. Jadi hayati ayat-ayat cinta ALLAH itu dengan sebaiknya, sama-sama amalkan secara konsisten. Apa ALLAH pesankan, hikmahnya sangat banyak, semuanya demi kebaikan diri kita. Jika kita ambil manfaat darinya, kitalah yang beruntung, tapi jika kita abaikan ALLAH tidak rugi walau sedikit pun.

Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari yang banyak tapi melalaikan.

Jumaat, 16 Julai 2010

Salam perjuangan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ukhtiku:
Setenang hati, seluhur kasih ku hulurkan padamu,
Selembut sapaan,
Sehikmah nasihat,
Jua sejuadah cinta.

Berat rasa hati ini, tapi ketahuilah ukhti tak ingin ku tinggalkan suasana yang membina itu, tapi Insya-ALLAH ALLAH punyai hikmah yang tersembunyi. Aturan ALLAH semuanya hebat. Cuma hajat doa dari ukhti semua agar diri ini thabat dijalanNYA, walau ada rintangan dan jua cabaran. Hajat sangat doa dari kalian.

Moga suasana yang kita telah sama-sama bangkitkan itu berterusan , dan ia menjadi lebih baik dari yang ada sekarang. Tiada apa yang dapat dipesankan melainkan teruskan mengupdate iman, amal dan taqwa.

Sedikit taujihat khas dari kalian ku nukilkan disini. Terima kasih buat kalian.

Uhkt Aida

" Kita selalu bercakap tentang kematian samada dalam percakapan, dalam usrah dan sebagainya tapi selepas itu kita tidak berusaha untuk membuat persiapan ke arah kematian. Jika exam kita akan tahu bila tarikhnya dan sempat study walau dua hari, sehari sebelumnya pun tapi kematian itu tiada dinyatakan tarikhnya , bila-bila masa ALLAH akan tarik nyawa kita. Jadi sama-sama muhasabah akan kematian agar kita lebih bersedia".

Ukht Aisyah

" Sebenarnya kita ingin terus mencari kebaikan, tapi kadang-kadang hati itu berbolak balik . dan kadang-kadang suasana menjadikan kita sebegitu.

Kongsinya lagi...

" Kalau kita berusaha jaga muka dengan sebaiknya pun , jika ALLAH mengkehendaki sebaliknya, ia adalah milik ALLAH, diri manusia itu sangat kerdil, segalanya milik yang ESA."

Terima kasih juga atas ukht Ahadiah, Arbain, Khairiyah, Aina Mardyah dan juga Ukht Suhadah,
(air matamu gambaran segalanya)tak dilupakan Ukht Fatimah(walaupun tak sempat bersama tadi) jua Ukht Hafizah(Bertemu kita dalam konsep yang sama).

Ingatkan bahawa kita saling lengkap-melengkapi. Perjalanan kita ingin mencari sesuatu yang diredhai, maka jika rasakan ia adalah baik buatmu, peganglah ia seteguhnya, hajatlah doa selalu dari ALLAH agar ALLAH memelihara hati kita semua dari berbolak balik.

Moga kita dipertemukan tiap-tiap masa dengan ikatan kata-kata yang membina iman dan taqwa padaNYA.

Redhai Ya ALLAH ukhwah kami,
Tautkan hati kami ya ALLAH dengan ayat-ayat cintaMU,
Moga tautan hati yang dibina berterusan dalam barakahMU..aamin

Doa ini ditujukan kepada semua teman-teman muslimat, samada dirimu dekat dipandangan mahupun jauh tak terjangkau, tapi ketahuilah kalian dekat dihati jua akrab dalam doa.

Ukhti semua: Uhibbukunna fillah(:

~Pelihara hatimu~

Bismillahirrahmanirrahim

Salam jumaat yang penuh bahagia buat teman-teman yg ku cintai dan kasihi kerana ALLAH.

Posting hari ini tentang hati:

Ramai yang mengadu pada diri ini tentang permasalahan hati walau diri ini bukanlah sesempurna dan sunyi dari permasalahan tapi perkongsian yang mereka kongsi itu matlamat utamanya solution dan kadang-kadang juga perkongsian jadi satu tarbiyyah secara tak langsung pada diri kita.

Antara permasalahannya :

" Saya ada masalah hati"
" Saya sering membuat masalah , tapi tidak tahu kenapa"
" Saya sudah tak boleh hidup tanpa dia"

Insya-ALLAH kita sama2 cari solution melalui pendapat Imam Ghazali.Moga ia bermanfaat.

Imam Ghazali telah berpendapat tentang masalah hati yang berhubung dengan amal lahiriah ada 3 macam:

1) Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)

2) Hati yang penuh dengan gelora hawa nafsu dan penyakit-penyakit hati di mana dengannya terbuka pintu hati untuk iblis dan syaitan tetepi tetutup untuk malaikat-malaikat Tuhan. Hati yang begini, kontak dengan akal. Maka akal pada waktu itu membantu hati utk bagaimana terlaksana hawanya dan nafsunya. Maka lapanglah dada dlm memanjang hawa nafsu. Maka kuatlah kekuasaan syaitan kerana jalannya telah terbuka dgn luas. Dhaiflah kekuatan iman, disbbkan asap yang gelap terhadap hati. Untuk ini maka Allah menggambarkan dalam firmanNya dlm Al-Quran:

"Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqan: 43-44)

3) Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau dgn kata lain antara malaikat dan syaitan. Hati yang begini adalah hati yang sering ragu disbbkan kadang-kadang timbul daya tarik kpd kejahatan, tetapi pada waktu itu datang pula daya tarik kpd kebaikan. Pada ketika itulah yang adalah kehendak Allah s.w.t sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf." (al-An'aam: 125-126)

Jadi sama-sama kita check balik apakah sebenarnya permasalahan hati teman-teman?? Insya-ALLAH.~Fokus disni ialah jika IMANmu adalah benar padaNYA jiwamu tak kan seseakali rasa gundah, walau kadang-kadang kegelisahan datang menemani tapi katakanlah pada dirimu " Kegelisahanku ini kerana fikir akan keimananku"

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalim diri sendiri."

Rabu, 14 Julai 2010

Belajar Dan Kehidupan

Sebagai seorang pelajar muslim, bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu adalah sangat dituntut. ini kerana ALLAH s.w.t amat menyukai sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tanamkan niat dalam hati bahawa saya belajar adalah kerana ALLAH semata-mata, berusaha nak bersungguh kerana ALLAH semata-mata, semuanya kerana ALLAH. Taqdirnya Insya-ALLAH kejayaan. Tidak susah untuk berjaya jika jelas matlamat dan tersusun dalam belajar, disamping munaqashah(Perbincangan) dan tadribat(latihan).

Yang paling penting teman-teman niat itu kerana ALLAH semata-mata. Jika natijahnya gagal, itu mungkin jalan ALLAH mentarbiyyah diri kita supaya usaha lebih lagi. Dan kejayaan akan dapat dicapai jika kita berusaha .

Sedikit tips, Moga ia bermanfaat:

1) Belajar itu niat kerana ALLAH semata-mata
2) Kuatkan hati/ hubungan dengan ALLAH
3) Sentiasa bertanya jika ada yang tidak jelas
4) Sentiasa kongsi ilmu
5) Sentiasa positif untuk cemerlang

Credit for Ukht Hidayah

Insya-ALLAH kejayaan bakal mendatang(:

sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak tapi melalaikan.

P/S : Salam imtihan nisfi untuk teman-teman moga kita semua perolehi kejayaan(: Aamin

Sabtu, 10 Julai 2010

Cabaran & Solusi

Jalan ALLAH itu tidak lah dihamparkan permaidani merah..

Keluhan

"Puak-puak agama ni , hidup di kalangan mereka je. Kita yang biasa-biasa ni tak 'ngam' dengan 'diorang'," komen seorang mat motor.

"Kitorang ni kaki bola. Diorang tu kaki surau. Kami pakai jersi dengan jeans saja, diorang kopiah ngan jubah tak pernah lekang. Nampak sangat diorang tu memang baik-baik. Memang tak leh duduk sekali lah," keluh seorang penyokong Manchester United.

Bermacam-macam keluhan lagi yang selalu pendakwah-pendakwah hadapi tatkala berdepan dengan 'mad'u'.

Pendakwah menganggap ini sebagai cabaran. Mereka yang menyertai 'jalan dakwah' pasti ada ujian. Mesti ada musibah. Mesti ada tentangan. Itu biasa.

Tapi, adakah keluhan-keluhan itu cabaran semata-mata? Nampak ada benarnya keluhan-keluhan kaki bola dan mat motor tadi. Kalau mereka benar, siapa yang salah? Pendakwah?

Ilmu jua amal

Rasulallah diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam. Segenap golongan manusia yang membuka hati mereka akan mendapat rahmat daripada Islam. Akan tetapi, manfaat dan rahmat itu tidak sampai kepada segenap manusia kerana yang membawa Islam itu tidak kena caranya.

Jangan melenting dahulu. Perlu diingat, pendakwah itu makhluk. Pendakwah itu manusia. Pasti ada silapnya. Cacatnya mesti ada.

Masalah-masalah di atas timbul kerana wujudnya golongan pendakwah yang kurang berilmu. Oleh sebab kurangnya ilmu mereka, mereka memilih mad'u mereka.

"Alah, mat-mat motor ni malas 'ana' nak pegi kat diorang lah. Lebih baik 'ana' dekati pelajar-pelajar pengajian Islam."

"Diorang tu tengok bola, main bola. Tengok bola, main bola. 'Ana' xda masa untuk semua tu. 'Ana' nak pegi surau ni."

Lantas, golongan-golongan yang hati nurani mereka dahagakan Islam, ditinggalkan begitu sahaja, lantaran ada segelintir golongan pendakwah yang memilih mad'u mereka. Selain itu, ada juga pendakwah yang kurang dinamik. Bagi mereka, dakwah itu adalah ceramah. Kalau bukan pun, dakwah itu adalah ajak pegi surau semata-mata.

Dahulu, Abu Zar terdengar berita ada seorang lelaki bani Hasyim yang mengaku dirinya nabi. Kerana, ingin tahu, Abu Zar keluar daripada Ghiffar dan pergi ke Mekah. Di pintu masuk Kota Mekah, konco-konco Abu Jahal memberitahu kepada setiap orang baru yang datang supaya berhati-hati dengan lelaki yang mengaku dirinya nabi. Abu Zar tidak tahu perkara yang harus dilakukannya. Lantas, dia pergi berehat di tepi Kaabah.

Ali yang ketika itu masih remaja, menyedari kehadiran 'orang baru' itu. Lantas, Ali menawarkan penginapan kepada Abu Zar. Ali tidak bertanya kepada Abu Zar tentang tujuan kedatangannya, dan Abu Zar pula tidak memberitahu tujuan kehadirannya, kerana teringat pesan konco Abu Jahal.

Tidak sekalipun Ali menyebut tentang Rasulallah dan ajarannya kepada pendatang baru itu. Ali hanya menjalankan rutin kehidupan sehariannya. Ali tidak berceramah setiap hari kepada pendatang baru itu. Daripada cara Ali menjalani kehidupan seharian, dia menunjukkan ada cara lain untuk mengurus hidup. Melalui peribadinya, Ali berjaya menunjukkan ada 'pilihan' lain selain hidup dengan cara Jahiliah.

Selepas tiga hari, Abu Zar tertarik dengan perangai Ali dan timbul rasa percaya padanya. Lantas, Abu Zar bertanya kepada Ali tentang orang yang mengaku nabi. Ali dengan gembira membawa Abu Zar kepada Rasulallah. Akhirnya, Abu Zar serta Kabilahnya masuk Islam. Semuanya bermula dengan peribadi Ali. "Action speaks louder than words".

Perlu bijak

Pendakwah harus menunjukkan peribadi yang baik kepada orang lain. Dalam kes Ali, dia menunjukkan peribadi yang baik kepada orang bukan Islam. Peribadinya mencerminkan ilmu yang dipelajari daripada Rasulallah. Dia tidak berfikir untuk meningkatkan amalan dirinya sahaja lantaran tidak bercampur dengan orang bukan Islam. Islam adalah agama yang sejahtera. Islam untuk semua.

Resolusi

Pendakwah harus terus mendalami segala jenis ilmu dalam Islam contohnya, Fekah, Tajwid, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Kemahiran Berkomunikasi, bola sepak dan sebagainya.

Amalkan ilmu yang dipelajari.

Dekati dan berkawanlah dengan semua orang.

Pendakwah adalah orang yang menunjuk jalan dan memberi pilihan. Bukan orang yang memaksa dan mendesak.

Ni'mat yang dilupakan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini sepertinya hari semalam, hari yang penuh terkandung didalamnya hikmah dan ni’mat. Tidak dapat dibayangkan bertapa mendalamnya kasih sayang ALLAH pada hambaNYA,DIA kurniakan rezeki-rezeki, (orang-orang yang dikasihi), kesihatan, kesenangan tetapi bagaimana hamba-hamba ALLAH (termasuk diri ana)pada DIA, adakah mendalam sedalamnya, setulus kasihNYA???

Alhamdulillah. Allah masih mengurniakan usia buat kita untuk berfikir dan merenung kejadian Nya, apakah mahu disyukuri atau dikufuri? Terpulang pada penilaian iman dan ketaqwaan yang ada pada sekeping hati. Wallahua'lam.

Ramai orang merungut” Panasnya hari ni!”

Tetapi apabila ALLAH turunkan hujan, “ Kenapa asyik hujan je, nak jalan pun susah!”

Dimana rasa bersyukur dari kalbumu ???Bukankah jikalau hamba ALLAH itu bersyukur ALLAH akan tambah nikmatNYA , tetapi jikalau hamba itu ingkar ALLAH azabNYA amat pedih.

ALLAH….ALLAH….ALLAH

ENGKAU jua matlamat kami didunia ini.

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (56)

Ayat ini merupakan peringatan kepada orang ingkar kepada perintah ALLAH..ALLAH sungguh pedih azabMU

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. (57)

Ayat ini pula balasan bagi orang membuat kebajikan didalamnya, patuh pada perintahNYA..Ya ALLAH sungguh luas rahmat dan kasih sayangMU, malu rasanya hamba padaMU, sangat malu, layakkah hamba bertapak disyurgaMU ya ALLAH…

Jadi teman-teman yang dirahmati ALLAH, sentiasa lah bersyukur atas setiap apa yang ALLAH kurnikan, tidak kira sedikit atau banyak, kerana apa yang kita perolehi itu adalah pinjaman semata-mata didunia, diakhirat kelak kita hanya kembali dengan iman, amal dan taqwa kepadaNYA, moga itu ialah tiket “ Premium” untuk kita kesyurga..INSYA-ALLAH

Air mataku ya ALLAH moga ia jadi saksi atas ketakutan hamba pada azabMU, oleh itu ya ALLAH jauhkan hatiku jua hati-hati manusia yang lain dari berpaling pada jalanMU, tidak taat pada perintahMU…Na’uzubillahi min zalik. Hati kami sesungguhnya milikMU, sentuh dan tautlah kami ya ALLAH…ALLAH…ALLAH…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails