I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 4 Oktober 2010

Pengumuman!!

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan ini ana mengumumkan, blog ini akan beralih ke Ikatan Hati.Ahlan Wasahlan dan pohon kemaafan atas perpindahan ini. Jom sama-sama kongsi ilmu anda, moga bermanfaat untuk diri ini dan semua.
Walau bagaimanapun blog ini Islam is the way of life tetap wujud untuk siapa2 yg ingin refer entri yg lepas.

Barakallah 'alaikum(=

Rabu, 29 September 2010

Sharing Kerana Cinta Dan Sayang.

Ku berjalan,

ku lihat ramainya wanita-wanita yang cantik jelita,

Ramainya wanita yang berhias dimuka,

Ramainya yang bertudung,

Ramainya yang memakai pakaian yang indah.

TAPI!!!!

Alangkah indahnya jika yang cantik jelita itu...........

Tundukkan pandangan mereka,

Berhias yang teristimewa hnya untuk si suami,

Bertudung ikut syariat,

Memakai pakaian indah yang menutup aurat

Ku renung2 sedalam-dalamnya,

ALLAH....

Takut sungguh pada 'azab ALLAH,

Lupakan kita pada peringatan Rasulullah semasa peristiwa isra' mi'raj:

"Golongan yang paling ramai dalam neraka ialah wanita"

ALLAH....takutnya diriku..

Wahai muslimah,

dirimu terlalu indah,

ALLAH ciptakan bersamamu sesuatu nilaian yg sgt hebat,

Dikau bisa buat islam itu gemilang,

Juga kau bisa buat seorang lelaki itu runtuh jiwanya keranamu.

Jadi,

Mainkan perananmu yang indah itu dengan baik,

Kerana seperti kau tahu diri kita fitnah terbesar.

Jadilah yang terpelihara,

Jadilah yang solehah,

Semampumu..

Moga-moga ALLAH memberkati diriku dan dirimu.

*************************

"Wanita Solehah lebih baik dari dunia dan seluruhnya"

Teman-teman yang dikasihi, pesanan ini bukan kerana diriku telah sempurna, tapi kerana sayang dirimu. Kerana ingin bersamamu selalu. Andai syurga itu layak buat diriku , ingin ku tuju ke sana, bersama-sama mu. SALAM SAYANG because of ALLAH.

Selasa, 28 September 2010

Cinta di Rumah Hassan Al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim

Kata-katamu umpama hiasan sulaman tenunan tangan,
Cermat, teliti ,
Dikau memberi permata kata buat keluargamu, buat ummahmu.

.~Hassan AL-Banna memberi contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertma(tarbiyyah) seoarang dai'ie ialah org yg terdekatnya. Jikalau seorang ayah pasti isteri dan anaknyalah yg prtma, demikian pula jika dia seorang ibu pasti anak dan suami yg pertmanya.

~Jom sama2 bca, ambil 'ibrah

Ahad, 22 Ogos 2010

Hajat doa...

Bismillahirrahmanirrahim..

Moga hari ini lebih baik dari sebelumnya.Alhamdulillah diatas ni'mat yang tidak terhingga dari ALLAH, DIA hadirkan bulan ramadhan, satu barakah yang cukup besar. ALLAH, moga ni'mat Mu berterusan dalam kehidupan hamba yang lemah ini, serta iman selalu mantap atas apa jua mehnah.

Kekuatan jua pertolongan : Kedua-dua dari ALLAH, jadi jika rasa gundah gulana, gelisah tidak menentu cepat-cepat minta pada ALLAH agar ALLAH tenangkan hati.

Waktu ini, saat ini, ana selaku hamba yang sangat lemah disisiNYA, hajat doa dari antum semua moga ALLAH mudahkan urusan ana dan teman-teman dalam peperiksaan, walau ana tidak pasti ada atau tidak yang menziarah laman sesawang ini.

Exam :

23hb- Maharah Al-Qiraah
25hb- Intermediate English
Fiqh Al-Asasi
30hb - Al-Nizam Al-Nahwiyy
2hb - Fann Al-Kitabah
3hb -Al-Nizam As-sorfi

Moga ALLAH hadirkan bantuan, idea2 dari NYA dengan izinNYA dan juga atas doa kalian semua yang sangat soleh dan solehah.

Hajat sangat doanya.
DAn terima kasih semuanya,
Walau tidak pernah bersua,
Moga ALLAH ketemukan kita disyurga kelak.

Aamin Ya Rabbal 'alamin

Sabtu, 21 Ogos 2010

Si Rohani

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, malam ini sudah masuk fasa ke-2 ramadhan kareem.
Sekejap sahaja rasanya, tempoh hari rasanya baru menanti-nanti kehadirannya, kini ia laju berjalan mengikut apa yang diktaklif padanya. Mungkin esok kita bakal rasa sayu kerana sudah tiba masa untuk ia pergi, dan tahun depan belum pasti ditemui lagi.

Berbalik pada tajuk: kebajikan si " Rohani"

Pasti kenal bukan dengan nama ini? Tapi ana bukanlah ingin bicara tentangnya kerana atas dasar nama seseorang tapi atas dasar ia kepunyaan semua orang. Kita punyai rohani dan jasmani. Rohani ialah elemen yang sangat penting untuk kita asuh dan suburkan ia. Tapi if lihat bulan yang penuh barakah ini, ramai yang menjaga kebajikan si jasmaninya lebih dari kebajkan rohaninya.

Betul bukan??
Tak mengapa , tidak salah kita jaganya, ya'ni makan untuk kita lebih sihat, lebih bertenaga untuk beribadah, tapiii if lihat sahaja dibazar-bazar ramadhan,kita beli makanan mengatasi keperluan(: tepuk dada tanya iman.

Bagaimana nak menjaga kebajikan rohani

Menjaga kebajikan si rohani ialah dengan memberi ia makanan juga. Tapi bukan makanan biasa tapi "makanan" yang saaangat special.

Antaranya ialah:

1. Dengan membaca AL-Quranul kareem, kalamullah.

2. Zikrullah

3. Muhasabah diri

4.Tadabbur ciptaanNYa, lalu ingat padaNYa

5. Puasa
6.Qiammullai
7. Hadiri majlis-majlis ilmu

Dan banyak lagi teman-teman.

Masih segar lagi masa berkunjung rumah seorang sahibah di awal walimahnya dulu,

She said :" Jemputlah santapan rohani ini" Masa itu dia dengarkan ayat-ayat ALLAH, Al-quran.

Subhanallah, terasa sangat damai apabila ada sahaja santapan sebegitu dimana-mana kita berada. Tapi bila sahaja berada di shopping complex, hati jadi gelisah kerana dengar lagu-lagu yang tak soleh. Kadang-kadang persekitaran pun boleh buat iman jadi sakit. Kena banyak muhasabah ni.

Ana seru teman-teman, terutamanya diri ana sendiri, if nak keluar membeli-belah, keluar bila rasa bertul-betul perlu sahaja. Sebab apa?, untuk mengelakkan dari banyaknya pandangan yang tak terjaga. Kena banyak mujahadah kan??
JAdi macammana nak terus jaga rohani kita?

Jawapannya: sentiasa bagi makanan juga seperti mana kita makan seharian itu. Sebagai contohnya, if dah biasa sebelum pergi kelas baca mathurat atau tadabbur sedikit dari ayat Al-quran pastinya kita akan rasa rasa something wrong if tak buat.
Solat sunat terawih juga salah satunya. Walaupun ia bukanlah wajib, tapi ambil lah peluang ini untuk gandakan ibadah.

Ustaz said :
Sombonglah kita if ALLAH bagi peluang, tapi kita tidak rebutnya.

Rasanya seakan-akan terlalu pantas masa itu berlalu. Sepastinya ana dan teman-teman perlu hargai dengan sebaik-baiknya. 24 Jam kepunyaan kita , jadi kitalah yang menyusunnya sama ada kearah kebaikan atau kearah sebaliknya.

Oleh itu teman-teman yang ana kasihi sekalian ,marilah kita jadikan bulan ini pesta beribadah kepadaNYA, biarkan ia lebih meriah dari bazar-bazar ramadhan dengan serba kuehnya. Kita jadikan ramadhan ini serba ibadahnya, biar sedikit asal istiqamah.

Salam Ramadhan yang mulia

Jom sama-sama rebut pahala yang berganda.Moga-moga ia milik kita(:

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ibrah :Kisah Tudung Labuh

Bismillahirrahmanirrahim

Moga sama2 kita cari keredhaan ALLAH..

Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Perkongsian dari k.ha(k.Fatimah Syarha),Moga jadi Ibrah untuk muslimah sekalian, "KERANA DIRIMu BEGITU BERHARGA"

Selasa, 17 Ogos 2010

Seindah persismu"IMAN"

Bismillahirrahmairrahim..

Damai sungguh dengar kicauan burung sedang zikrullah. Terasa tenangnya menusuk kalbu.

All Praises to ALLAH 'ala kulli hal.

Hari-hari, senantiasa zikir fikir.Rasa takutnya nak kembali nanti. Hati tidak sabar-sabar lagi ingin pulang kepadaNYA, tapi jiwa resah, amal perlu ditingkatkan, ditambah lagi.Terlalu sedikit rasanya. Diri terlalu risau dengan dunia yang serba mencabar ini. Risau juga dengan taklifan yang ALLAH beri. Yang dinamakan amanah itu suatu yang berat. Amanah ada pada diri sendiri, pada keluarga, ibu bapa, anak-anak, teman-teman, masyarkat, negara, agama dan juga of course pada PENCIPTA.

Lihat sahaja ALLAH menciptakan makhluknya dengan pelbagai hikmah, juga wazifah tersendiri. Bukan saja-saja malah jauh dari sia-sia. ALLAH ciptakan pokok ada tujuannya, binatang, tumbuh-tumbuhan yang lain serta pelbagai lagi makhluk yang ALLAH ciptakan. Di alam ghaib pula terdapat, malaikat , jin dan syaitan.Mereka juga punyai tugas tertentu.

Dan wujudnya kita sebagai manusia sudah pasti tidak terlepas dari tugas tertentu juga. Apa tugas kita? Tidak lain tidak bukan untuk terus beribadah kepada ALLAH, Rabb yang menciptakan sekalian makhluk yang ada di 'alam ini. Manusia itu ciptaan istimewa, bersamanya ALLAH ciptakan aqal untuk membezakan dari makhluk lain. Bersamanya ALLAH ciptakan peluang keemasan, ada gandaan pahala dan juga sebaliknya.

Manusia juga punyai taklifan dan amanah yang sangat berat. Amanah yang mana sedang makhluk lain tidak mampu memikulnya, tapi manusia itu dengan yakinnya berkata, aku mampu memikul amanah itu. Siapa manusia itu? Ia adalah kita.

Firman Allah SWT maksudnya:

Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah dise
babkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (Surah Al-Hasyr, 59:21)

ALLAH, sungguh berani manusia itu.

Imaaaaanku,
Bangkitlah dikau,

Level mu ku tahu,
bertambah dan berkurang,
Kadang-kadang hati boleh jadi down,

jiwa resah gelisah,
Fikir tentang duniaku,

Apakah telah ku gunakan ia sebagai medan terbaik untuk pulang ke kampungku,
ya'ni kampung akhirat,
yang kekaaal abadie.

Tapi sepertimana pesan sahibah,
jua ia adalah bicara dari Rabb,
"Lihatlah dunia dari jendela akhirat"
ALLAH,

Rasa terlalu kerdil dah haqir,

Dunia itu hanya tempat singgah sahaja,
Kautlah banyak2 bekalnya,
Agar boleh diguna,

Di akhirat sana.

Sama-sama kita doa:

YA ALLAH , Tuhanku yang menciptakan ku ,jua seluruhnya, Ku pohon , ku hajat letakkan dunia itu ditanganku, bukan dihatiku, agar aku tidak teracun, sakit dek penangan dunia, tapi biar menderita kalbuku kerana fikirkan akhiratMU.Aamin ya Rabbal 'alamin.

Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). (20)

Tabarruj Di Facebook

Bismillahirrahmanirrahim

Facebook merupakan laman sosial kesukaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai
dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!

Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

Sumber

Ahad, 15 Ogos 2010

Jernihkan Segalanya

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi kalam kesyukuran buatNYA, limpah dan kurniaNYA tiada terkira banyaknya.Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda s.aw, kerana ketabahan, kekuatan dan juga kasih sayang, risalah islam sampai jua pada semua.SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Abang berkata:

Sebelum mencari hiburan duniawi, hiburkan dahulu hatimu dengan Al-quranulkarim. Ia adalah sebaik-baik hiburan, didalamnya terkandung bicara dari RABB, apa lagi yang hati perlukan untuk memperolehi ketenangan melainkan ingat padaNYA.

“Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah al-Ra‘d 13: 28)

Seingat dulu, sebelum adanya jaringan internet untuk berblog, ana hanya menulis didalam diari, rahsianya hanya ana dengan ALLAH yang tahu. Tapi sekarang, ana kongiskan tapi bukan lah semuanya agar ia terhindar dari apa yang tidak perlu. Apa yang ana kongikan kadang secara indirect dan kadang2 secara directly.

Semua tahu kan , dunia hanya persinggahan yang sangat sementara, ALLAH bagi dunia pada kita untuk kita kawal nikmat dunia itu, bukan untuk kita hanyut dengannya. Risau dan berdebar-debar hati ini bila fikir tentangnya(dunia). Risau sidia(dunia) buat diri lupa pada sidia( akhirat sana). Dan juga sepastinya ALLAH yang utama.

ALLAH terlalu banyak bagi ni'mat , terlalu banyak juga bagi peringatan. Untuk apa ye semua itu?? Ia adalah tak lain tak bukan untuk kita menjadi hamba yang bersyukur padaNYA, peringatan yang ALLAH bagi untuk kita tersedar dari lena bahawa dunia adalah pinjaman semata-mata.

Jelaskan niat.

Buat sesuatu perlu jelas niat dan tujuan. Sebagai contoh:

-Seorang pemuda melihat seorang lelaki buta melintas jalan. Lantas kakinya laju menghayun untuk membantu lelaki buta itu, tapi kemudian, kakinya berundur kembali sambil berfikir.
" Kalau aku bantu lelaki itu pasti orang cakap aku riya' nak menunjuk-nunjuk, tapi kalau aku tak bantu, tak boleh, islam menganjurkan umatnya tolong-menolong, suruhan ALLAH.Ermm..niat aku kerana ALLAH, bukan kerana siapa-siapa !!!"

Itulah lelaki budiman, berbuat sesuatu berpaksi sesuatu dasar pokok. Bukan sewenangnya walau sekecil perbuatan, Tapi kita? apa yang kita buat adakah semua kerana ALLAH??

Mari kita tepuk dada tanya iman.

Banyak pekara boleh buat kita lalai. Banyak juga ujian buat kita jadi akrab denganNYA. Kita dengan dunia siapa yang mengawalnya melankan ALLAH. Jadi jelaskan niat atas segalanya..

1. Nak jadi soleh/solehah kerana ALLAH
2.Nak pandai kerana nak bela islam dan of course because of ALLAH.
3.Nak berjaya kerana ALLAH
4.Nak buat semua perkara kerana ALLAH
Dan juga
5.Nak mati kerana ALLAH.(husnul khatimah).

Mari sama-sama kita doa dan usaha, agar ALLAH pandu jiwa, gerak langkah kita, menuju jalanNYA, dikiurnia taufik dan hidayahNYA agar kelak syurga akhir destinasi kita,disamping anugerah redhaNYA.

Salam Mujahadah,
Ibtisam Syarha
Kelantan

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Kareem

Ramadhan penghapus dosa yang lalu. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana dorongan imannya dan mengharap balasan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
( H.R. Ahmad dan Ashaab Al-Sunan )

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

* Salam ramadhan Al-Mubarak buat teman-teman yang sudi menziarahi laman sesawang ini..MOga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Angin Ramadhan ..

Bismillahirrahmanirrahim..

*Post ini post yang terlewat diposting

Terasa cepat benar masa berlalu, masa yang pantas berlalu meninggalkan kita. Perginya tiada kembali. Sebelum azan sudah dinihari tadi, angin bertiup kencang. Menerbangkan zarah-zarah yang ada. Sangat dingin. Disitu, disaat itu terasa angin ramadhan menyapa. Mengkhabarkan dirinya bakal menjelma.

ALLAH, nak masuk ramadhan .

Ramadhan yang sangat mulia, bulan ramadhan ialah bulan tuaian setelah dibulan-bulan lainnya kita menanam. Terasa sangat risau jika tetamu ini datang tanpa kita kita sedari, kemudian pergi meninggalkan kita.

Insya-ALLAH seperti mana k.al-bazrah, Ibtisam juga punyai target tertentu pada bulan ramadhan yang mulia ini.

Moga-moga ia adalah tanaman istiqamah yang bakal kita istiqamahkan dalam kehidupan kita. Moga ALLAH memudahkan usrusan semuanya.

Salam mujahadah,
Salam Ramadhan Karim buat semua.

Kembalilah kepada Tuhanmu..

Bismillahirrahmanirrahim.

Melihat Syafi dipangkuan buat ana rasa sayu. Si kecil itu zuriat teragung buat pasangan suami isteri, kerana hadirnya sebagai permata, pelengkap rumahtangga. Wajahnya mulus tanpa dosa, Ana tenung lama wajah Ikhwan Syafi..ALLAH, tiada sebab untuk bayi diluar sana diperlakukan sewenangnya, dibuang, dibunuh.ALLAH..mereka tidak berdosa. Malah mereka suci dari noda. Mereka lebih mulia dari kita.

Walau seberapa banyak kempen yang ada untuk membendung gejala pembuangan bayi itu diadakan, tapi jika manusia tidak mengambil manfaatnya, maka sia-sialah semua itu.Bayi ini tidak berdosa, tapi mengapa manusia itu sanggup mengeheret bayi ini ke kantung dosanya..ALLAH....

Back to fitrah

Fitrah manusia ialah sentiasa mencari kebaikan. Mahu menuju ke arah kebaikan. Itulah sebabnya ada keinsafan yang terbit dalam jiwa manusia yang normal, mahu bertaubat. Malah manusia itu adalah makhluk yang paling mulia kerana bersamanya ALLAH kurniakan aqal. Dengan aqal itulah manusia itu dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Tapi mereka yang melakukan perkara itu pasti aqalnya sudah tidak berfungsi. Hati sudah gelap dengan dosa dan ma'siat.ALLAH.. Bagaimana ingin nampak jalan kebaikan dan juga cinta ALLAH jika hati sudah hitam dengan ma'siat.

Jalan pulang

Di dalam surah Al-Nisa: 17-18, Allah SWT berfirman, maksudnya:“Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih”.

Jalan ALLAH terhampar luas, ALLAH maha menerima taubat hamba-hambaNYA selagi mana mereka bertaubat pada ALLAH. Bersegeralah wahai mereka yang terjeremus ke lembah suram ini. Jangan tunggu lagi, kerana ajalmaut ditangan ALLAH. Kita tidak pasti bila kita akan kembali. Dan sudah pasti harapan semua, kembali kepadaNYA dengan sebaik-baik kesudahan(husnul khatimah).Insya-ALLAH

Rabu, 4 Ogos 2010

Syukurlah ALLAH pilih dirimu

Usah menangis kerana diuji oleh Allah, tetapi menangislah kerana terpilih untuk diuji oleh Allah. Redhalah dengan pemberian Allah sebelum mengharapkan keredhaan Allah.

Terima kasih pada yg menitipkan kata-kata ini.

Selasa, 3 Ogos 2010

Munajat hamba

Bismillahirrahmanirrahim..

ALLAH, ALLAH,ALLAH

Tenggelamkan daku dalam rindu kepadaMU........
Tautkan daku pada indah hikmahMu........
Kasihkan daku pada ujian tanda sayangMu........
Matikan daku menuju syurgaMU.........

* Moga sujudku , sujud cinta padaNYA,Moga matiku dalam keimanan padaNYA yang satu.

Sabtu, 31 Julai 2010

Peluang yang ada, rebutlah.

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhir-akhir ini apabila kekalutan datang , hati mula rasa tergoncang. Tergoncang dengan kesibukan dunia. ALLAH itu tidak patut ada. Jika dilihat RAsulullah s.a.w jua para sahabat adalah orang yang sangat sibuk tapi mereka mampu bersaing dalam beribadah kepada ALLAH dalam melaksanakan ibadah malam jua ibadah lain.ALLAH, hebat kan??

Tarikh assignment untuk disubmit sudah menunggu. Madah Fiqh Assyafi'ie, Fannu Al-Kitabah, Dan juga Bahasa Arab 2 siap menunggu untuk dicompletekan. Habis sahaja madah itu, Nizam An-nahwi jua Maharah qiraah tunggu giliran. ALLAH...

Bertapa banyak untuk dikaji. Itu baru sedikit dari ilmu ALLAH. Belum ditambah lagi ilmu-ilmu yang lain. Tapi ana tidak mahu jadikan ia satu penghalang. Nak belajar ilmu ALLAH ni perlu kuat dan tabah hati. If boleh tidak ingin jadikan ia bebanan kerana ilmu itu satu keperluan dalam diri manusia tambah-tambah lagi seorang mu'min. Bukankah kita dituntut untuk menuntut dari buaian hingga ke liang lahad. Dan juga boleh jadi fitnah pada kita jika tak berilmu. Tapi ada juga orang berilmu dan dengan ilmunya boleh jadi fitnah.

Mengapa jadi fitnah? sebab ilmu yang dia ada tidak amalkan, tidak sandarkan pada intipati ilmu yang dia perolehi, lantas terzahirlah kelakuan yang tidak pantas bagi seorang mu',min itu.

Apa yang dicari keredhaan ALLAH kan??
Jadi buat apa yang ALLAH redha, tinggal apa yang ALLAH larang.
Barulah jiwa jadi tenang.

Kata Ustaz: Al'ilmu filkutub laisa fissudur..

Na'am ya ustaz, haza sohih..Ilmu itu dalam dada bukan dalam buku. Rebutlah peluang yang ada untuk menimba ilmu ALLAH ini, rebut, hadam dan 'amal .Walaupun kita akan rasa sedikit penat, sedikit rasa pahit, sakit tapi jangan jadikan ia sebagai satu halangan, malah ia pembakar semangat. Bak kata pepatah Berakit-rakit dahulu berenang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.( Bonda juga suka sebut pepatah ini(: )

Sebagai pelajar terutamanya , banyak peluang untuk menimba ilmu, selain menuntut ilmu dikelas-kelas formal, kita dapat memperolehi ilmu itu secara tidak langsung melalui kuliah magrib, majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan dan sebagainya. Itu semua untuk kita. Wasilah ilmu sudah ada didepan mata, jadi jangan lepaskannya!!!

Teman-teman ku

Mulai sekarang rasakan ilmu itu adalah suatu perkara yang seronok untuk diterokai, Cabaran yang datang itu sebagai pelengkap kematangan dalam mencarinya. Ilmu ALLAH ni semakin banyak kita belajar semakin banyak kita tak ketahuinya kan? MAri kita merebut peluang yang ada ini dengan sebaiknya.

Salam mujahadah buat semua.

Jumaat, 30 Julai 2010

Alhamdulillah

Salam jumaat yang mulia..

Alhamdulillah,
Atas segala ni'matMU ya Rabb,
Jadikan daku hamba yang senantiasa bersyukur ya Rahman,

Alhamdulillah,
Masihlagi ku dapat kecapi udara yang segar,
Masih lagi mendengar burung berkicauan dalam zikrullah,
Jadikan daku hamba yang senantiasa bersyukur ya Rabbi,

Alhamdulillah,
Masih lagi ku dapat merenung kearah langit ,
langit yang kukuh /utuh tanpa tiang,SUBHANALLAH,
Maka jadikan imanku jua sebegitu, utuh, kukuh tanpa prasyarat padaMU

Alhamdulillah,
Masih lagi mata dapat melihat susuk wajah teman tercinta,
Teman yang mulia membawa ke syurga,
Bicaranya penuh hikmah,
Santun tuturnya,
Maka jadikanlah daku hamba yang bersyukur ya ALLAH.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,
dan Dia menciptakan jin dari nyala api.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.
Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.

Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

Dan kepunyaan-Nyalah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.

Semua yang ada di bumi itu akan binasa.
Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.

Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.

Wahai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.
(Ar-Rahman)

ALLAH,... terlalu banyak ni'mat yang ALLAH kurniakan teman-teman, maka nikmat ALLAH yang mana yang kita dustakakan(na'uzubillahimin zalik)

MAri sama-sama kita jadi hamba yang bersyukur agar ALLAH tambahkan lagi ni'matNYA..Aamin ya rabbal 'alamin

Rabu, 28 Julai 2010

Salam Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesempatan oleh ALLAH untuk terus terusan mengecapi ni'mat NYA yang tidak putus-putus. Ni'mat yang ada terlalu banyak jika disedari, maka sentiasa bersyukurlah atas ni'matNYA.

Malam ini sudah masuk 18 sya'aban. Mungkin sudah terlewat, tapi Insya-ALLAH posting malam ni tentang nisfu sya'aban. Moga ia bermanfaat.

  • Berkenaan bulan Syaaban

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan bulan sya'aban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

full-time-muslim

Ana tertarik dengan penjelasan salah seorang Ustaz yang ana muliakan di kampus ana. Mari sama-sama kita rungkaikan bersama persoalan dibawah

  • Apa hukum sambut nisfu sya'aban

Hukumnya harus kerana amalan ini tiada dalil menunjukkan Nabi dan para sahabat melakukannya. Ada yang mengatakan ianya bid'ah tapi cuba singkap kembali, banyak perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tidak melakukannya . Antaranya baca quran dalam kereta, pakai baju kurung, berzikir guna tasbih digital dan sebagainya.

  • Mengapa baca yasin??Tak boleh baca surah lain??
Surah yaasin dibaca kerana ia boleh diikuti oleh segenap lapisan umur, tidak kira kanak-kanak , remaja, dewasa atau orang tua. Jika nak baca surah lain, bacalah, tidak mengapa, kerana disitu pahala bagi mereka yang membaca Al-Quran tidak kira walau surah apa pun.

  • Mengapa 3 kali

3 kali itu ialah kadar yang baik antara magrib dan isya'. Tidak boleh ke baca lebih dari 3 kali??. Lebih dari itu pun tidak mengapa, tafaddhol, tapi bacalah secara tartil dan penuh penghayatan.Adalah lebih baik kita membaca Yasin 1x secara bertenang-tenang beserta dengan kuliah ” APA ITU NISFU SYA’BAN “…Rasanya itu lebih baik daripada membaca Yaasin 3 kali dalam keadaan kelam kabut dan tunggang langgang,melanggar segala hukum tajwid . Moga-moga sinaran ayat Al-Quran itu menusuk ke sanubari. Lalu bercahayalah hati(:

Teman-teman..!!!!Moga setiap 'amalan kita berterusan biarpun sedikit, juga ikhlas sebagai prasyarat. Moga-moga ALLAH menjadikan kita orang-orang yang sentiasa bertaqwa kepadaNYA, ditetapkan hati dijalanNYA.

'Ala kulli hal wallahuta'ala 'alam.

Sabtu, 24 Julai 2010

Solehahnya temanku.

Cantik dirimu kerana akhlakmu, mulia hatimu kerana mahmudah sifatmu, Pesona dirimu kerana kilauan imanmu..

*************

Geramnya!!!!

Kedengaran seorang muslimah berbicara. Entah apa yang digeramkannya, ana tidak pasti. Apabila diteliti, rupanya perkara yang membuat jiwanya stress adalah sezarah perkara sahaja, perkara yang biasa-biasa.
Hal begitu sudah jadi kebiasaanya dalam persahabatan, adakala mereka marah, adakala mereka sayang jua kasihan. Tapi adakah ia perlu sentiasa bermusim begitu tanpa arah tuju dan panduan.??

Sedih

Ana sedih bila lihat teman-teman yang berantakan persahabatan angkara sekecil-kecil perkara. Walhal perkara itu jika dilapangkan dada, ia bisa buat jiwa tenang, hati damai. Tapi kerana egonya diri, mereka dapat tekanan sebabkan perkara itu. Ada yang sampai mahu pindah rumah dan sebagainya if bergaduh dengan kawan.Sampai bila harus begitu teman-temanku?? Sampai bila kalian harus lari dari masalah.
Ia tak akan selesai melainkan cari jalan penyelesaiannya. Seronokkah apabila teman satu kelas bermasam muka? pasti tidak bukan? Oleh itu, cari jalan penyelesaiannya dengan baik, if boleh bincang ,secara jujurnya. Jua jangan gunakan emosi tapi gunakan akal dan rasional untuk hadapinya, Insya-ALLAH bakal perolehi penyelesaiannya.Mudah-mudahan.

Teman-teman yang sangat tenang jiwamu

Itu hanya sekecil-kecil masalah. Mahukah dirimu disibukkan dengan hanya memikirkan hal yang remeh temeh, sedangkan masalah ummat yang semakin tenat pinta untuk difikirkan. Fikirkanlah tentang saudaramu yang lain. Kita rasa kitalah yang paling banyak masalah , paling banyak ALLAH uji, walhal ada orang yang lebih hebat ALLAH uji, tapi kita tidak sedari kerana hati dan jiwa sibuk stress tentang diri sendiri.
Pohon kemaafan, bukan niat ingin membuat dirimu rasa susah hati dengan posting ini, tapi sama-sama berlapang dada jika ditimpa masalah. Husnuzzhon paling penting. Jangan pinta ALLAH kecilkan masalah, tapi pintalah hati yang besar untuk menghadapinya.

Teman-teman yang solehah ,

Ku tahu, dirimu ialah seorang yang sangat solehah, jadi hiasi dirimu dengan sebaik-baiknya. Jaga rona iman diwajahmu agar ianya berseri dek kilauan kesabaranmu. Tampilkanlah pesonanya islam yang dikau ada, Islam yang sangat mulia, yang menjaga segala-galanya dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Berhiaslah dengan pesona islam yang luar biasa ini. Dikau tidak akan sesekali kecewa.TRUST me.Sabar itu cantik, secantik dirimu yang solehah.

Jangan biar syaitan itu buat hati kita rapuh. Ia tidak jemu dan moga-moga kita juga tidak jemu usaha untuk lawannya dengan mengawal nafsu dan ego kita,Insya-ALLAH

Jika bertemu itu kerana ingin menggapai redhaNYA, maka berpisah itu hati tidak gundah gulana. Jiwa rasa, dia rindukanku, jiwa rasa dia doakanku. Kerana dikau tahu bertemu dia dan dikau kerana ALLAH yang satu.Bertemu tidak jemu, berpisah tiada resah.

Salam sayang buatmu(:

Selasa, 20 Julai 2010

Hanya padaMU

Bismillahirrahmanirrahim..

Moga pagi yang indah itu bersamanya zikrullah agar hidup lebih terasa indah jika cinta kepada ILLAH sentiasa menyubur, tersulam kemas didasar hati.

Setiap rasa yang ALLAH kurniakan , pasti tersirat hikmah dibaliknya. Ummat islam itu perlu sentiasa memikirkan akan masalah ummat yang lain. Yang pasti mukmin itu tak ada masa nak buang masa.

Beberapa hari ini, hati ini melayang jauh ke kampung halaman, rindu itu datang dan sentiasa menebal kepada mereka ya'ni ayahbonda tercinta. Maaf, ana nukilkan disini agar kalian bisa titipkan doa bersama-sama.

Apakah tahap kesihatan mereka sekarang, ana tak pasti.Perkhabaran iman mereka? dan segala-galanya tentang mereka? Itu semua ana tak pasti dan gelisah disini. Rindu yang menyubur ini membuat ana gelisah . Ana tak dapat menghubungi mereka kerana talian telefon yang sentiasa bermasalah disana. Ini juga ujian dari ALLAH.Kerinduan yang tak tertanggung.

Sama-sama kita titipkan doa :

YA ALLAH sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbuku didasar hati ini,

Rindu pada ayahbonda,

Tapi YA ALLAH jangan kau jadikan ini sebagai pematah semangatku,

kerana erti hidupku hanya mengharap redhaMU,

walau hati gelisah,

rindu menebal tapi KAU ku sandarkan harapan

Ya ALLAH peliharalah kedua ibubapaku sebagaiman mereka memeliharaku sedari kecil

lagi.rahmati mereka, berkati mereka, jua lindungi mereka, tambahkan keimanan mereka
padaMU,

kuatkan hati dan jasadiah mereka.

Ku tahu KAU sebaik-baik pemelihara.

Maka peliharalah mereka ya ALLAH,

Hanya kepadaMU ku serahkan segala-galanya.

Hanya pada ALLAH lah tempat hamba itu bergantung, jadi dalam apa jua keadaan, jangan sesekali lupakan DIA. DIA mengetahui apa yang ada dalam diri manusia itu walau sekecil mana pun. Jadi segala ujian, masalah yang mendatang, jangan berputus asa, jangan terus rasa Down, kerana pada hidupmu adanya DIA. Jangan gundah gulana kerana ujian tanda kasih sayangNYA, Dia ingin mengujimu .DIA berbicara denganmu atas apa yang DIA timpakan, supaya dirimu lebih dekat, lebih erat denganNYA.

P/s : Jika kerinduan itu kerana ALLAH semata-mata, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

Isnin, 19 Julai 2010

Mujahadah untuk hati..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam rasa kepenatan ..
dalam diri kelelahan...

Mari teman-teman..mari kita duduk sebentar ...dan beriman

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

Teman-teman yang dikasihi, begitu besar kan peranan hati itu. Ibarat ia tunjang utama dalam kehidupan, jika hati tidak terang dan kotor dengan maksiat dan dosa maka gelaplah jalan kehidupan itu lalu menutupi jalan yang ada padanya cahaya.

Jangan kita mengeluh, susahnya untuk memahami sesuatu perkara itu jika hati penuh dengan noda-noda/ titik hitam .Sebagai pelajar terutamanya , hati itu perlu terang dan jauh dari menjadi hati yang penuh ma'siat agar ilmu mudah untuk diserap, dicerna lalu diamalkan.

Keutamaan orang yang berilmu itu lalu diamalkan walau sedikit tapi istiqamah lebih baik dari orang yang penuh dengan segala ilmu, tapi tiada sedikit pun dia amalkan, malah dia menjadi orang yang sangat rugi. Na'uzubillahi min zalik.

Disamping hati , pandangan juga perlu ditundukkan,

Pesanan ALLAH buat muslimin

Allah berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24:30]

Pada muslimat juga ALLAH pesankan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur 24:31]

Tidak kira muslimin atau muslimat, sama-sama ALLAH pesankan. Jadi hayati ayat-ayat cinta ALLAH itu dengan sebaiknya, sama-sama amalkan secara konsisten. Apa ALLAH pesankan, hikmahnya sangat banyak, semuanya demi kebaikan diri kita. Jika kita ambil manfaat darinya, kitalah yang beruntung, tapi jika kita abaikan ALLAH tidak rugi walau sedikit pun.

Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari yang banyak tapi melalaikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails