I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 15 Mei 2010

Apakah matlamat gerak langkahmu???

Bismillahirrahmanirrahim..
Akhir-akhir ini , situasi di Malaysia amat membimbangkan, malah umat islam sendiri sangat menyedihkan. Mengapa berkait situasi dan umat islam?? Persoalan yang sangat berat untuk dibincangkan.  Apabila  agama tidak lagi menjadi pegangan, maka huru-haralah manusia itu, malah ia mengancam orang lainnya.
Hal ini berkaitan dengan aktiviti pecah rumah yang giat dilakukan oleh “Tukang Rumah” yang tak bertauliah.  Saban hari, ada sahaja laporan berita tentang jenayah rompak, mencuri dan sebagainya. Jenayah itu ada masanya  telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa.  Jiwa mereka sebenarnya sudah pudar dalam cahaya kebenaran. Apakah mereka tidak memikirkan natijah nya nanti.  Sudah pelbagai usaha yang dibuat oleh penghuni rumah untuk mengawal rumahnya tapi kadang2 tetap tidak berhasil.
Kebenarannya penjenayah itu sudah juga dicuri darinya cahaya, cahaya yang boleh dia melihat jelas jalan kebaikan dan jalan keburukan.
Terkenang peristiwa beberapa bulan yang lepas, pecah rumah yang berlaku pada jiran Abang dan juga di sini .Petang tu, kakak  ipar menceritakan tentang pecah rumah yang menimpa jiran belakang rumahnya. Pada malam keesokan harinya, kami keluar untuk mengambil anak buah yang ditinggal bersama neneknya, seusai kembali , jiran  abang datang termengah-mengah memberitahu ada orang telah pecah rumah. Dalam situasi yang panik begitu, kami tercengang dan  abang tergesa2  keluar untuk memeriksa belakang rumahnya. Nak masuk rumah, diri ini jadi gementar. Rupa2nya rumah jirannya yang dimasuki pencuri, bukan rumah abang. Lega dalam gementar. Hebatnya penangan manusia, tapi lebih hebat pembalasan PENCIPTA.
Mungkin pecah rumah   itu dilakukan  oleh mereka yang tak soleh jiwanya, mungkin juga doktor tidak bertauliah.
Apakah kan muncul sinar dalam hati mereka?? Sudah pasti ada, sinar hidayah itu akan ada jika AL-KHALIQ mengizinkannya, dan jika semua dari kita berdoa buat mereka. Doa sangat penting. Moga –moga hati mereka terbuka, sinar hidayah menerpa, menyinari lubuk hati mereka.
Berdamai-damailah semua manusia agar tidak berlaku persengketaan yang boleh memudharatkan.
Berbuatlah sesuatu atas garisan islam dan fikir beribu-ribu  kali persoalan ini.
 Islam anjurkan kah ini??? . Soleh ke jiwa buat perkara ini??? . ALLAH redha ke tidak? ??
 Apabila kita sentiasa mengingati ALLAH, ALLAH akan memandu hati dan jiwa ke jalan yang DIA redha.
.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails