I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 30 Mei 2009

Sama2 mendoakan..

Ingin ku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati-hati saudaraku fillah

~Mukmin itu jiwanya damai,tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian adalah satu TARBIYYAH dari ALLAH tanda kasih sayangNYA, jua penghapus dosa...dan kata seorang saudaraku:

"Bersabarlah bukan usahamu sia2, cuma kemenangan lewat tiba'. Ku doakan ALLAH sudi kekalkan kita di ats jalan ini untuk selamanya dan mengurniakan kejayaan di dunia dan akhirat dan satu sahaja hasratku..ingin ke syurga bersamamu saudara-saudaraku fillah...

Moga ALLAH menetapkan hati ini di jalanNYA..

ALLAHUMMA amin..

Jumaat, 29 Mei 2009

Permata warisan~Syabab

Sedih…

Sebak…

Pilu…

Perasaan di atas berbaur dalam diri ini tatkala mengenang nasib syabab hari ini. Syabab yang bakal membina Negara islam pada masa akan datang. Syabab ya’ni remaja yang amat besar nilainya pada kita semua. Makin hari makin berselerakan kisah remaja di muka akhbar, ada yang terlibat dengan kes rogol, ada pula yang ponteng sekolah, tidak kurang juga yang merempit dan macam-macam lagi.

Apakah sudah hilang nilai agama dalam diri kalian??? Bagaimana nasib di Negara Palestin yang menantikan acuan salahuddin Al-Ayubi?? Mungkinkah muncul lagi orang seperti itu??? Saban hari remaja di palestin di landa ketakutan, bom bergema di segenap pelusuk, bedil rakus menembusi badan manusia, darah pula seakan-akan mewarnai bumi itu. Mereka senantiasa ingin mencari kedamaian yang tak akan muncul untuk sekian lama. Tapi remaja di sini seolah-olah mengubah budaya atau nasib mereka sendiri. Mereka yang meghuru-harakan dunia mereka. Tidak cukup diri sendiri orang lain yang menjadi mangsa. Walau Negara bangga dengan adanya tokoh penyanyi harapan, tokoh pemain sukan terhebat, tokoh seniman…. Tapi tidak ku jumpa lagi tokoh remaja islam yang berani berjuang di medan perang..., yang berani berjuang di jalanNYA

Bilakah lagi kita semua satu hati…

Bilakah lagi nikmat islam kan di kecapi..

Bilakah lagi islam kan di julang tinggi..

Bangunlah wahai ummat kita satu hati..

Bangunlah kembali syabab yang di kasihi ALLAH, perbaiki dirimu dan serulah yang lainnya. Carilah peluang ntuk berjuang pada jalanNYA, moga ganjaran besar di kau peroleh, moga jikalau dikau mati biarlah mati mu mati syahid, bukan mati di gelanggang rempitan, bukan di medan pergaduhan, bukan juga di medan jenayah.
Allah dekatkan hati kami denganMU..

Moga kita semua thabat dalam perjuangan..amin

Bicara Hati Mujahidah Itu..

Rahsia cintanya
Hanya Tuhan yang tahu
Kepada-Nya berdoa selalu
Hingga dikatakan jual mahal
Melukainya meresahkan kesal
Sedangkan api cinta marak bahangnya
Pada Allah tersimpan rahsianya
Di luaran dia tenang
Di hati iman ditentang
Antara dua cinta yang saling berebut
Cinta Allah selalu mengunggul
Hari demi hari masa berlalu
Kepada nafsu dipesan selalu

Dikatakan orang diam saja
Sedangkan dia masih remaja
Kata orang mengapa tak punya rasa
Sedangkan dia tetap ceria
Kata orang mengapa dia bahagia
Sedangkan dia tak punya cinta
Kata orang mengapa mantap hatinya
Tapi tiada rijal penguatnya

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
‘Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya

Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hari
Itu bicaranya sehari-hari
Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal berbudi
Pilihan Allah akan terbukti
Ia janji yang sudah pasti!

Ya, Gadis itu!
Tidak takut kehilangan cinta
Biar pelbagai ujian melanda
Lelaki itu perlukan masa
Buat keputusan terbaik
Pilihan terbaik
Calon ibu buat zuriatnya!
Penyeri dunia itulah temannya!
Di Syurga itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya
Menyedar mereka memainkan peranan
Bahawa wanita bukan mainan
Tetapi mutiara itulah nilaian
Ya, mujahidah itu..
menghitung diri
memuhasabah langkahnya
katanya dia, masih banyak kurangnya!

Mujahidah itu..
Hanya menggeleng..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja
Sentiasa mantap bicara imannya
Tunduk saja itu pandangannya..
Rijal kekasih Allah itulah harapannya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!

Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah kelat
Tatkala ummat Muhammad disiat
Hatinya calar-balar
Tatkala jasad saudaranya dikelar
Hati itu ditumbuk lumat
Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat
Dirogol, dibunuh tanpa ihsan
Mana hati itu tak terkesan
Tak punya masa berkasih-kasihan
Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman
Menjulang Islam bukannya berangan

Mujahidah itu..
Membara semangatnya mantap ukhuwahnya
Bersinar wajahnya terang hatinya..
Pada insan mantap bicaranya
Kepada Allah mengadu hinanya
Di sisi malaikat didoakan bahagia
Tidak dia rasa kekurangan
Sedangkan cukup adanya Tuhan
Tidak dia sepi sendirian
Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar dibezakan
Dialah wanita harapan Tuhan
Kebanggaan umat zaman berzaman

Menjadi gadis sudah fitrahnya
Menjadi pilihan bukan pintanya
Sebagai penyeri itulah hakikatnya
Menjadi khalifah itulah tugasnya

Membuat silap bukan sekali
Namun mengalah tidak sekali
Menjadi seorang mukminat sejati
Itulah usahanya tiap hari

Mujahidahku..
Tetaplah dirimu teguh di medan
Menjadi bidadari sudah impian
Tetap menjejak penuh harapan
Cinta Allah dalam keredhaan
Moga beroleh Syurga idaman
Aamiin.

Rabu, 27 Mei 2009

Wudhuk Pembersih Zahir Batin

SEMUA orang hendak cantik. Demi kecantikan, orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap sahaja, mereka sanggup mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa tidak dipedulikan, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik.

kecantikan sebenarnya bukan sahaja terletak pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih
cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."

Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat sepertimana juga puasa .Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh yang tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang benar 2 ikhlas dalam pengamalan mereka.

Sebagaiamna yang kita ketahui Malaikat itu bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.??

Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan.

Jadi sama-sama ambil iktibar bahawa wudhuk yang sempurna akan melahirkan suatu dimensi yang luar biasa. Bukan sahaja lahiriah malah juga batiniah. Orang yang menjaga wudhu’ amt besar ganjarannya di sisi ALLAH.

Wallahuta’ala ‘alam

Isnin, 18 Mei 2009

Permusafiran

Permusafiran ke kelantan yang perlu di bekal iman dan doa
Tolong doakan semuanya
Moga di permudahkan.....

Jumaat, 15 Mei 2009

Secebis ujian..

Saat hati ini bergetar menyebut asma’NYA, dalam pada itu juga DIA menghadirkan sedikit barangkali secebis ujian yang amat meresahkan hati.

Betullah, untuk mengejar cintaNYA yang hakiki amat susah, penuh mehnah dan duri, amat beruntung orang yang telah memperolehi cinta ALLAH dalam hatinya.

Allah menghadirkan sedikit atau mgkin sezarah ujian ini tanda kasih sayangNYA, sekadar untuk perkongsian bukan kerana merintih beratnya ujian kerana ALLAH menguji hambaNYA sesuai dengan kesanggupan hambaNYA.

Beberapa hari lepas, ummi di bawa ke hospital kerana demam chikungunya,Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi. ALLAH, masa itu terasa dunia ini gelap,selepas menerima sms dari kekanda tercinta,diri ini hampir tidak dapat menjawab midterm soraf yang sedang berlangsung, tapi itu hanya perasaan, yang mengawalnya adalah iman.

Ummi tidak makan selama 2 hari, hanya terbaring, kaki membengkak, nak berjalan pun tidak mampu, ini kerana virus ini menyebabkan anggota badan terutama kaki, sakit teruk pada sendi tangan serta menjdi bengkak. Diri ini juga terasa sayu untuk menjamah makanan..,sedangkan ummi di rumah tidak menjamah apa2 makanan pun…ALLAH sahaja yang tahu perasaan ini..

Diri berbelah bagi, antara balik kampung dengan alwajibat kaltullab di sini yang kian bertimbun..

Tapi Alhamdulillah, ummi dah mula untuk makan walau sedikit, itu sudah menjadi kelegaan di hati ini. Dan kakak dan abang sudah mulai balik kampung untuk jaga ummi.Alhamdulillah…

Dinihari…
Seungkai doa ku panjatkan pada ILLAHI,
Moga ALLAH merahmati kedua ibu bapaku,
Menyembuhkan ibuku,
Memberinya kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaMU,
Memanjangkan umurmu,
Memurahkan rezekimu,
Melindungi dirimu,
Segalanya ku doa buatmu ummi…..

Setelah itu diri ini di kejutkan dengan pemergian datuk sahibah tercinta ke rahmatullah…
ALLAH lebih menyayangi datuk mu adikku,
Moga rohnya yang mulia , di tempatkan ALLAH di kalangan orang2 yg ALLAH naungi rahmatNYA..AMIN.semoga dirimu diberi ketabahan olehNYA..sma2 kita doakan.

Satu hari pasti tiba saat ini buat semua..bila dan bagaimana tidak ketahui..moga ALLAH memberikan kesudahan yang baik kepada kita semua..AMIN..

Selang beberapa jam itu, ibu kepada sahibah tercinta yang dikasihi ALLAH telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan keretanya rosak teruk dan pada waktu yang sama ibunya perlu menghantar adiknya ke hospital.. ALLAH…tak dapat digambarkan perasaan adikku itu, biar tiada perkongsian dari hati ke hati, tapi hati ini mendoakan ibumu dalam keadaan yg baik..ALLAH maha mengetahui, ALLAH maha penyayang..tiada kata dapat di ungkapkan untuk memujukmu..dikau hebat sembunyikan perkara itu dariku..katamu Kalau kita susah jangan bagitahu orang kita susah, tapi kalau kita senang, berkongsilah dengan orang lain..

.Kita soroti kembali perukhwahan di zaman Rasulullah bersama sahabat, terlalu hebat ukhwah itu. Tidak dapat diri ini mengungkapkan dgn kata2. Biar susah sanggup di hadapi bersama, walau senang, di kongsi tanda meraikan..susah mahupun senang, ada sahabat yang berdamping.

Moga ALLAH memberi rahmat ke ats semua. Ujian yg hadir tanda kasih sayangNYA, bukan sebagai kesusahan pada diri manusia itu.

Hajat doa dari semua pembaca untuk ummi Ibtisam, untuk arwah datuk adik Laili, dan Ibu adik Mastura, serta buat semua. Moga ALLAH mentaufikkan kita semua dalam lembayung rahmatNYA.

Allahumma amin..

ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DGN KESANGGUPANNYA

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, "Tatkala ayat: `Kepunyaan Allahlah apa yang ada di langit dan di bumi. Apabila kamu menampakkan atau menyembunyikan apa yang ada pada dirimu, maka Allah akan memperhitungkan kamu lantaran perbuatan itu. Lalu Dia mengampuni orang yang dikehendaki-Nya dan mengazab orang yang dikehendaki-Nya. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu' (al-Baqarah:284) diturunkan kepada Rasulullah saw. maka hal itu sangat menyulitkan para sahabat beliau.

Mereka menemui Rasulullah. Mereka berlutut seraya berkata, `Ya Rasulullah, kami telah dibebani berbagai amal yang dapat kami kerjakan seperti solat, puasa, jihad dan sedekah. Sekarang ayat itu diturunkan kepada engkau, dan kami tidak sanggup mengamalkannya.'

Maka Rasulullah saw bersabda, `Apakah kamu hendak mengatakan apa apa yang telah dikatakan oleh para Ahli Kitab terdahulu, yaitu `kami mendengar namun kami mendurhakainya?' Namun katakanlah olehmu, `Kami mendengar dan kami taat. Ampunilah kami, ya Tuhan kami. Dan kepada Engkaulah tempat kembali.'

Setelah orang-orang menginsafi ayat itu dan mengucapkan keinsafannya dengan lidah mereka, maka Allah menurunkan ayat yang sesudahnya, yaitu `Rasul telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. `Kami tidak membeda-bedakan sedikit pun antara seorang rasul dengan rasul lainnya.'

Dan mereka mengatakan, `Kami dengar dan kami taat. Ya Tuhan kami, ampunilah kami, dan kepada Engkaulah tempat kami kembali.' Setelah mereka mengamalkan ayat itu, maka Allah menasakh ayat tadi dengan ayat, `Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf.'"

Baca al-Baqarah, 284-286

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails