Islam telah memberi penghormatan yang tinggi terhadap wanita, malah Allah s.w.t sendiri mengangkat martabat wanita sehingga dalam Al-quran terdapat satu surah yang di namakan dgn dengan surah An-Nisa’ iaitu yang bermaksud wanita.
Di dalam surah Al-ahzab dinyatakan tentang wanita yang bermaksud:
“Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin,lelaki dan permpuan yang benar,lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan permpuan yang khusyuk, lelaki dan permpuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan permpuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama ALLAH, ALLAH telah menyediakan mereka pengampunan dan pahala yang besar”(AL-AHZAB:35)
Hatta nabi Muhammad s.a.w sendiri telah memberi contoh dan penghargaannya kepada wanita.Ini dapat di lihat melalui lemah-lembut dan kasih sayangnya terhadap isteri2 baginda,sehinggakan dapat menembusi hati2 orang kafir ketika itu.
Sebenarnya lelaki dan wanita di berikan hak yang sama tapi mereka di berikan sesuatu tanggungjawab yang sesuai dengan kemampuan masing2.Contohnya bagi wanita tugas2 melahirkan anak adalah bagi mereka,manakala lelaki pula di tugaskan untuk mencari rezeki serta memberi nafkah kepada isteri dan anak2 mereka.Alangkah telitinya Allah dalam menciptakan sesuatu bersesuaian dengan Asma’Agungnya AL-LATIF,Maha Halus.
Renungilah sedalam-dalam lubuk hati kita alangkah indahnya penciptaan wanita itu sendiri.Kita jugalah yang berhak menentukan perjalanan kita..adakah menuju yang diredhainya atau memilih jalan kemungkaran.Bak kata pepatah tepuk dada tanyalah IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan