I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 6 Februari 2009

Gaza Bangkit

GAZA: Biarpun bahang perang masih dapat dirasai di Gaza, rata-rata rakyat Palestin di sini bingkas bangkit daripada dinding gelap bagi memulihkan semula sektor ekonomi bandar itu yang lumpuh hampir sebulan.

BERKHASIAT...pelbagai buah-buahan segar seperti oren dan
epal yang mudah ditemui dijual di sekitar kota Gaza.

Rata-rata peniaga dan pekedai runcit sekitar bandar ini dilihat mula aktif membuka premis perniagaan semula biarpun kebanyakan mereka masih bergantung kepada alat generator untuk bekalan elektrik pada waktu malam.

Hampir di setiap ceruk jalan, kedai-kedai menjual barangan runcit dapat dilihat dibuka termasuk kedai menjual makanan serta pakaian yang rata-ratanya diseludup masuk dari Mesir.

Malah, beberapa premis farmasi, pengurup wang, kedai menjual barang kemas termasuk stesen minyak semakin dipenuhi pelanggan tempatan yang ingin berurusan siang dan malam.

Perkara sama turut dilihat di beberapa kawasan pasar basah di kota ini apabila golongan petani dan nelayan kembali aktif menjual pelbagai jenis sayuran-sayuran segar, buah-buahan dan hasil tangkapan laut.

Wartawan yang menjejaki pasar basah berhampiran masjid Pantai, mendapati buah-buahan segar seperti strawberi, epal dan oren tempatan dijual dengan harga cukup murah.

Cuma agak mengejutkan apabila kebanyakan urusan jual beli didapati menggunakan matang wang Dolar AS dan juga not kertas dari Bank of Israel.

Dengan membelanjakan hanya 10 dolar Israel, wartawan mampu memperolehi satu plastik strawberi ranum seberat lebih tiga kilogram.

Mungkin bagi sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki ke Bandar Gaza, mereka akan kehairanan apabila beberapa perkara yang dianggap mustahil wujud di kota perang ini sepertti penggunaan dolar Israel.

Wartawan Harian Metro yang menyusuri kota Gaza menemui beberapa lokasi menarik yang selama ini mungkin tidak diketahui masyarakat luar berhubung keunikan bandar ini.

Antaranya adalah premis menjual kebab ala restoran makanan segera McDonalds yang menyajikan pelbagai juadah lazat kepada pengunjung.

Restoran yang penuh sesak hampir setiap masa itu, menjual pelbagai jenis kebab daging lembu, ayam dan kambing dikenali syarwarma yang mempunyai cita rasa memukau.

Tidak jauh dari premis berkenaan, terdapat restoran mewah lima bintang, Restoran Alafia yang menyajikan pelbagai hidangan terbaik Timur Tengah seperti sup cendawan Palestinian dan Alexanderia Liver (hati).

Peluang mengunjung restoran dua tingkat berhawa dingin itu sedikit sebanyak mengejutkan wartawan yang merasakan diri seolah-olah berada jauh dari kota berdarah.

Perasaan sama turut dirasai sewaktu memasuki kedai kopi Delice yang tampak tidak tumpah seperti Coffee Bean di Kuala Lumpur.

Dengan secawan kopi Arabica pekat, pelanggan yang melabuh punggung di dalam kafe itu akan dilamun perasaan nyaman tanpa menghiraukan hiruk pikuk beratus pelanggan yang turut berada di dalamnya.

Berbeza dengan kedai kopitiam di tanah air, pelanggan diberi keistimewaan memilih deretan botol besar berisi pelbagai jenis biji kopi istimewa sebelum ia dikisar menjadi minuman kegemaran.

Tidak ketinggalan kedai menjual cenderamata dipanggil Souvenirs Shop From Gaza yang menjual pelbagai koleksi istimewa seperti cawan, selendang Hamas dan pengikut Fatah, kemeja T dengan wajah Yasser Arafat dan gambar masjid Al-Aqsa yang pastinya tidak mungkin ditemui di mana-mana benua.

Melihat suasana persekitaran, wartawan percaya kota Gaza mampu bangkit pantas untuk memulihkan kerosakan teruk dialami berdasarkan keazaman kuat 1.5 juta penghuninya yang lali dengan serangan demi serangan Zionis sejak lebih 60 tahun lalu.

Di ambil daripada Harian Metro

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails