Sebuah kepongpong merekah ruang hujungnya. Memberi laluan seekor rama-rama meronta-ronta.
Diperhati oleh Raihana. Berjam-jam kepayahan ingin keluar membebaskan diri.
Begitu lama meronta, tiba-tiba terhenti. Disangka sudah banyak berhasil keluarkan diri. Rupanya amat sedikit sekali.
Raihana bersimpati, apakah gerangan rama-rama tidak terdaya.
Raihana simpati ingin berjasa kepada si rama-rama malang. Digunting luas rekahan kepongpong. Agar rama-rama gembira bebaskan diri.
Raihana belas lagi. Rama-rama lembab tidak berdaya. Diam menyepi.
Raihana terus memerhati. Ingin saksi bila-bila sahaja simpatinya berhasil. Kepak rama-rama mengembang, menerbangkan si rama-rama mencantikkan pagi hari.
Kecewa Raihana. Berjam ditunggu, rama-rama tidak terbang. Rama-rama berlatih terus berlatih di atas dedaun lurus. Kepaknya berkedut masih mengecut. Ia tak upaya menerbangkan diri.
Raihanalah yang malang. Kebaikannya tidak mengena. Dia tidak tahu rekah yang sempit adalah aturan Maha Pencipta. Kesempitan dan kepayahan disengajakan oleh Tuhan. Buat memaksa tubuh rama-rama gagah, kepak segar kering. Akan terbit cecair dari tubuh mengalir ke kepak bagi mengeraskannya. Boleh menerbang dan membebaskannya daripada kepongpong.
Menjadi sunnah Allah manusia perlu kepayahan dan cabaran bagi mencapai kejayaan.
Jika Allah Yang Maha Mengetahui terus membiar manusia tanpa cabaran, Dia merendahkan martabatnya. Tiada jati, tiada daya. Sedang hidup penuh cabaran untuk di sini dan di tempat abadi.
Aku memohon kekuatan. Dan Allah mengatur cabaran sebelum menganugerahku kekuatan.
ku memohon hikmah, Allah membentang padaku masalah untukku hadapi dengan tabah.Aku memohon kesejahteraan, dan Allah beriku akal dan jasad untuk aku berusaha gigih
raihana memohon dianugerah kesabaran, dan Allah beriku halangan demi halangan untukku atasi.
Raihana memohon sifat pengasih terhadapNya, diberiNya aku masalah dari manusia agar aku tolong dan selamatkan
ku memohon pertolongan lalu Dia beriku bantuanNya.
“Kini ku sedar Allah tidak akan beri semua yang aku mahu, tetapi Dia beriku jalan untuk dapat apa yang sepatutnya aku miliki."
Hiduplah tanpa takut berjuang, atasi semua halangan, dan percayalah dengan kerendahan diri terhadapNya kamu pasti berjaya.
Begitulah saudaraku sekalian, ALLAH bukan sahaja ingin menjadikan kita sabar malah, untuk kita sentiasa berfikir apa hikmah di balik setiap kejadian tapi tanpa kita sedari , tidak banyak yang dapat kita menyelami sesuatu kejadian dengan melabelkan sesuatu kejadian yang berlaku ada hikmahnya. ALLAH itu maha pengasih dan penyayang tidak dibiar hambaNYA menanggung kesusahan yang amat berat. Pesanan ini untuk sama-sama kita bermuhasabah diri, terutama diri yang menulis ini, yang pasti mempunyai banyak kelemahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan