I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 4 September 2009

Magfirah- MU

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua..sedar atau tidak hari ini, sudah masuk hari ke-13 umat islam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah di dalamnya.

Rasulullah S.A.W ada bersabda:
“Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya kebebasan dari api neraka”

Dan juga hari ini adalah hari yang mencapai penggal kedua ya’ni di mana terdapat di dalamnya keampunan.Marilah sama-sama bermaafan sesame saudara, jika yang tersilap harap di maaf, buangkan segala prasangka buruk dan dendam dalam hati.

Selama 11 bulan yang lepas adalah bulan kita ‘menanam’ dan pada bulan Ramadhan ini, adalah bulan untuk di lihat ‘hasilnya’.

Bulan ini juga pintu2 neraka di tutup, pintu2 syurga di buka seluas2nya dan syaitan pula di belenggu.

Apakah tiada rasa untuk kita berlumba-lumba mencapai barakah dan rahmat dalam bulan ini??Ana menyeru diri ini dan kalian semua, peluklah ramadhan ini dengan sebaiknya, dengan seerat yang mungkin, kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya… dan andaikata Ramadhan ini yang terakhir buat kita, moga ia jadi yang terbaik di sisiNYA.amin

Moga kita menjadikan bulan ini untuk kita berpesta ibadah, dengan alunan ayat suci setiap waktu, solat berjemaah, berterawih, bersedekah dan sebagainya. Jangan pula kita jadikan ia pesta untuk memilih makanan yang paling sedap dan timing untuk makan sepuas2nya. Kerana yakinlah bahawa saudara-saudariku sekalian, nikmat iman itu terletak pada kemanisannya, bukan pada banyaknya harta dan dunia jadi syurga.

Rasanya tidak salah untuk ana memohon maaf, memetik redha semua, di hari2 Yang Maha Esa menzahirkan keampunan pada hamba di penggal kedua Ramadhan, Moga pada detik2 akhir ini, segala dosa silap terhapus, yang tinggal hanya keredhaanNYA….

Salam Mubarak..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails