Malam ke malam,
Detik jantung terus menerus berdegup,
hari ke hari,
Usia makin meningkat
Layakkah YA ALLAH diri ini disyurgaMU.???
Monolog itu sentiasa ada dalam diri yang sangat lemah ini. Semua insan yang mengenal RABBnya pasti sama bicaranya. Bicaraku kerna diriku, bicaramu pasti kerna dirimu. Jalan yang dilalui pasti berbeza2 tapi yang pastinya destinasi tetap sama.
Ke negeri abadi..
Dan harapanku
MAHU ke syurga diiring redhaNYA..
Ya ALLAH layakkah diri ini disyurgaMU???
Hati terus berbicara tapi yang pasti itu semua SirrNYA, juga seiring amalan kita didunia.
Wahai hati-hati yang ingin ke syurga
Sama-sama tingkatkan diri dalam nilaiNYA,
Amal dan taqwa berpadulah dalam jiwa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan