Hari-hari yang dilalui akan bisa kosong dan cair ibarat ais yang diletakkan di bawah cahaya matahari. Oleh itu pentingnya perkhabaran iman dalam diri. Bertambahkah??? atau berkurangkah.???
Pasti yang membaca ada sedikit kejemuan kenapa laman sesawang ini, terus menerus membincangkan soal hati, iman, taqwa dan sebagainya. Balik2 soal yang sama. Jawapannya ialah kita manusia akan tidak dapat lari dari hakikat ini. Kerana ia adalah kesedaran jiwa hamba itu. Ana juga manusia biasa kadang-kadang boleh terus jatuh dan down, tapi apabila ada peringatan, ia akan buat diri terus menerus bermuhasabah. Kadang-kadang apabila kita meluahkan apa yang terbuku ia akan menerbitkan muhasabah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Jadi mungkin ada sesetengah pembaca menyedari akan perkara ini sehingga beliau berkata..
"Daripada keseluruhan blog ini ,anda sebenarnya masih lagi mencari diri anda sendiri".
Betul!!!hakikatnya ana sentiasa mencari diri yang masih lagi perlu dicambah selalu peringatan, amaran jua muhasabah.
"Daripada keseluruhan blog ini ,anda sebenarnya masih lagi mencari diri anda sendiri".
Betul!!!hakikatnya ana sentiasa mencari diri yang masih lagi perlu dicambah selalu peringatan, amaran jua muhasabah.
Syukran kepada pembaca itu.Moga ALLAH memberkatimu, peringatan yang sangat terkesan dan membuat diri ini terus bermuhasabah. Aamin Ya Robb
Ketenangan diri itu akan hadir apabila hamba itu mengenal Rabbnya. Ujian satu ketenangan, yang mampu membuat diri itu selalu berfkir, muhasabah akan hidupnya. Kata orang ujian itu warna kehidupan, tanpa ujian tiada warnalah kehidupan.
Mungkin ramai yang sedang menderita hati dan jiwa tapi mereka tidak menyedari akan penderitaan itu kerana hati yang dahagakan iman tidak akan berbunyi seperti perut yang lapar melainkan empunya diri sedar bahawa perlunya keseimbangan antara makanan rohani dan jasmani.
Biasanya orang akan bertanya " Dah makan hari ini??"
Tapi jarang kita dengar " Iman dan cas hari ini??"
Walau apa pun bentuk muhasabah diri dalam mengingati hakikat sebagai hamba, ALLAH tak akan tanya, yang penting, usaha kita ke arah itu, walau sedikit tak mengapa, asalkan istiqamah.
Teman-teman, renung sedalamnya setiap kejadian dalam diri kita sendiri, pasti kalian akan merasakan Agungnya RABB itu.
Jika kamu kenal diri kamu maka kamu akan kenal penciptamu
Sama-sama kita cas iman,
IJLIS BINA NU'MIN SA'AH (duduk dan beriman sebentar )
Wallahua'lam
Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari banyak yang melalaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan