I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 9 Julai 2010

Telah Kupilih JalanMu

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

3 ulasan:

Musafir Dunia berkata...

Amin3 ya Rabb... saudaraku, biarpun ombak ganas menerjang, namun mengalah tidak sekali... mg Allah menguatkan langkah kaki pd jalanNya yg lurus..

doakan ana ukhti...

Musafir Dunia berkata...

Amin3 Ya Rabb....

"Telah kupilih Jalan MU" biarpun onak duri perlu di harungi... bagai ombak menrjang pndai berpasir lembut.. namun langkah kaki tak akan berundur! mg Allah tetapkan langkah kaki kita demi meraih redhaNya... Di sisiNya saja terlebih utama yg harus kita tagih bukan d sisi manusia...

semoga apa yg dicitakan akan didapatkan, insya'Allah... kti, doakan ana jg ye...

ibtisamsyarha berkata...

Salam 'alaik ukhti mahbubah..

Dunia ini ibarat pelayaran, yg perlu kita kutip bekalan untuk ke kampung akhirat..

ukhti sama2 kita mendoakan..

Jika ku layak bertapak disyurga ALLAH, ingin ku masuk bersama-sama2 mu.

uhubbuki fillah ukhti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails