I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 24 April 2009

"Menuntut Ilmu..."

Dua semester sudah pun berlalu pengajian di peringkat tamhidi , masih berbaki satu sem untuk melangkah ke era peringkat kedua di IPT. Biarpun ia pantas berlalu bagaikan semalam baru mendaftar masuk, namun ia meninggalkan satu memori yang begitu “indah” buat diri ini. Saat bergelar pelajar IPT, kemudian mengharungi pula medan ilmu di negeri asing ini, meninggalkan keluarga nun jauh di sana, walau hakikatnya masih ramai lagi yg lebih jauh dariku,menjadikan diri ini lebih alert dengan keadaan sekelilling yang mana banyak perkara yang baru, asing dari diriku terpaksa ku lalui. Jika dahulu, diri ini hanyalah seorang pelajar, juga seorang anak, seorang kakak dan sebgainya, tapi sekarang tanggungjawab itu bertambah seiring dengan masa yang ada.

Kata orang untuk mengejar cita-cita perlu ada pengorbanan, tidak kira dari segi mental, fizikal, wang , masa dan sebagainya. Di situlah yang pahit perlu di harungi supaya nanti kemanisan di kecapi. Bukan mudah untuk berjaya, tapi untuk gagal hanya sekelip mata.Teringat satu madah ini:

Berhentilah sebentar untuk melepas hela,
Dalamilah denai kala orang lama,
nasihat Ibn Al-Wardi kepada tullab ilm :
wahjur al-naum wahassilhu, faman ya’rif almatlub yahqir ma bazal.
“Tinggalkan tidur dan bangunlah mencari ilmu. Sesiapa yang tahu ketinggian dan kebesaran ilmu, ng akan berasa ringan mengorbankan apa yg dimiliki untuknya.

Perlu ada mujahadah dalam segenap hal, begitulah adab orang menuntut ilmu. Kuatnya diri bergantung pada tahap kesabaran.

Diri ini amat rasa bertuah walau asing terpaksa di lalui, ALLAH menganugerahkan sahibah2 yang hebat untuk saling melengkapi. Adik-adik yang kadangkala “nakal” tapi penuh kasih sayang dan mereka berkilauan seperti permata. Bi’ah yang islamik masih lagi jadi “surrounding” menambahkan lagi kecintaan dan mahabbah islamiyyah, cinta pada perjuangan dinniah juga cinta pada ilmu yang menjadi wadah utama selagi masih ada nyawa.

“Tolabul ilm minal mahdi ilallahad.”
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

Kagum rasa diri ini pada mereka yang tabah, thabat dengan ketabahan, keimanan meninggalkan tanah air tercinta untuk menjejak ilmu nun jauh di sana. Bakal melalui pengalaman yang menjadikan hidup perlu lebih berdikari, lebih sabar dan lebih pengorbanan, juga meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta. Walau apa pun ALLAH sentiasa membantu hambaNYA jika mereka selalu mengingatiNYA dalam apa jua keadaan.
Melalui imtihan adalah suatu yang menggerunkan, tidak kurang juga yang merasa seronok. Imtihan fil ilm ialah medan ujian penilaian terhadap apa yang telah di pelajari selama ini. Pada yang Berjaya mendapat markah atau habuan yang baik “Mabruk” , tapi pada mendapat markah rendah usahlah bersedih diri, bermuram durja yang bersangatan.. Bukan tidak berjaya tapi kejayaan itu lewat tiba seiring dengan usaha yang ada. Teringat pesan Syeikh Haidar Al-Munem :

“markah yang di dapati hasil imtihan bukanlah tujuan utama kita, yang penting kefahaman dalam pembelajaran dan hasil tatbiq dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai markah di akhirat, itulah matlamatnya. Jadi usahlah antum semua runsing mengenai hal peperiksaan, Cuma belajarlah dengan ikhlas kerana ALLAH dan ambillah manfaat dari ilmunya.
Itulah matlamat sebenarnya, ilmu sampai pada hati, serta berterusan dalam mengamalnya dan keredhaan ALLAH mengiringi.Wallahua’alam.

2 ulasan:

Mastura MY berkata...

Assalamualaikum...

sesungguhnya diri ini jua merasa sungguh bertuah kerana dikurniakan Allah sahibah-sahibah yang sangat membantu...

terkadang termangu sendirian, "oh Allah.. apakah kebaikan yang telah aku lakukan sehingga dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat baik..."

Terima kasih kakakku syg....
uhibbuki fillah!

ibtisamsyarha berkata...

wassalam..adikku yg di kasihi ALLAH

Hebat kan ALLAH, mengatur pertemuan ini tanpa kita sedari. Berperanan pula kita seiring dengan takmil wal istikmal(lengkap-melengkapi) antara satu sama lain.

Kami sentiasa bersama mu adikku..
Mengejar dalam kecintaan ilmu, mencari redha ALLAH, redha Ibu bapa.

Jazakillahukhairan kathira atas kasih sayangmu.

Inni uhubbuki fillah aidhon
ALLAH YASRAH SADRAK

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails