I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 8 Jun 2009

Syukur~syukurlah

Mulakanlah harimu dengan memuji ALLAH ,
Seiring siulan burung ceria berterbangan,
Berzikirlah dengan alunan Asma’ul husna,
Bersyukurlah kita masih di bangkitkan
.

Alhamdulillah bersyukur kerana masih di beri kesempatan olehNYA untuk meneruskan lagi kehidupan sebagai hambaNYA di muka bumi ini.

Sedikit coretan perjalanan menuju ke negeri kelahiran yang penuh tarbiyyah dari ALLAH.

Tepat jam 7.45 pagi jumaat yang lepas, ana bersama abang , kakak ipar dan 2 orang anak buah bertolak menuju ke Kelantan untuk meraikan majlis walimah kakak Ibtisam. Perjalanan ke Kelantan biasanya hanya memakan masa selama 5 jam sahaja.

Terhibur dengan kepetahan anak buah, di samping permusafiran dalam melihat indahnya ciptaan ALLAH membuatkan perjalanan itu terasa begitu cepat.
Pada tepat jam 12 tengahari, kami sudah sampai ke sempadan Pahang, niat di hati ingin mensuprisekan keluarga di kampung dengan sampai awal, tapi ALLAH maha hebat lagi penentuannYA.

Perjalanan kami begitu lancar, sehingalah di sempadan Pahang, perjalanan kami tersekat2 kerana kesesakan yang begitu teruk. Apabila di siasat tahulah kami bahawa kesesakan itu di sebabkan oleh sebuah trailer terbalik dan melintang di tengah jalan. Kejadian itu berlaku pada jam 5 pagi lagi, tapi smpai saat itu, tiada sebarang tindakan lagi dari pihak yang berkenaan. Kami dan semua pengguna jalan raya yang lain terasa amat begitu kesal kerana sikap tidak prihatin pihak yang berkenaan.

Semua kenderaan berjalan secara perlahan dan sampai suatu masa tidak dapat bergerak langsung .Muslimin semuanya tidak dapat menunaikan solat jumaat, walau ada rukhsahnya, anak-anak kecil menangis kepanasan,mungkin ada juga yang menangis kelaparan. Tidak kurang juga kami orang dewasa juga merasa kelaparan, tapi itu hanya sedikit ujian dari ALLAH, di uji dengan kelaparan.

Tapi di situ wujudnya persaudaraan yang ana rasa begitu indah, tanpa kenal antara satu sama lain, semuanya saling bertegur dan di ibaratkan sepanjang jalan itu ibarat tapak perkhemahan. Ada yang duduk di tepi jalan dan membentangkan tikar lalu,makan beramai-ramai. Ada juga yang bersantai tidur kepenatan , ada yang mengambil peluang menjelajah hutan berhampiran serta bermacam-macam ragam.

Allah izin kereta abang Ibtisam juga hampir kehabisan minyak,abang terpaksa mnjmatkan myk dengan mematikan air-cond dan paad itu hanya kepada ALLAH kami berserah,seperti frman ALLAH s.w.t yang bermaksud:
“Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah pada ALLAH”

Dan alhamdulillah ALLAH itu maha berkuasa, kereta itu dapat berjalan sehingga sampai ke stesen minyak yang jaraknya begitu jauh juga.

Pada jam 3 petang kelihatan, pihak yang berkenaan sudah mula beransur datang, dan Alhamdulillah tepat jam 6.30 petang semua kenderaan sudah dapat bergerak seprti biasa.
Alhamdulillah ,saat itu kami menarik nafas lega.kereta berjalan seperti biasa walau masih lagi sesak. Dan alhumdulillah tepat jam 10.00 malam, kami tiba di kampung tercinta. Alhamdulliah, syukur, syukurlah….

Tidak mengaku sesoarang itu beriman sehinngalah ia di uji..terima kasih YA ALLAH, ats segala nikmatMU, jangan kau tutupi hati ku dengan ujian sekecil ini..

5 Jun 2009

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails