Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesempatan oleh ALLAH untuk terus terusan mengecapi ni'mat NYA yang tidak putus-putus. Ni'mat yang ada terlalu banyak jika disedari, maka sentiasa bersyukurlah atas ni'matNYA.
Malam ini sudah masuk 18 sya'aban. Mungkin sudah terlewat, tapi Insya-ALLAH posting malam ni tentang nisfu sya'aban. Moga ia bermanfaat.
- Berkenaan bulan Syaaban
SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.
Kelebihan bulan sya'aban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.
Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.
Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.
- Apa hukum sambut nisfu sya'aban
Hukumnya harus kerana amalan ini tiada dalil menunjukkan Nabi dan para sahabat melakukannya. Ada yang mengatakan ianya bid'ah tapi cuba singkap kembali, banyak perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tidak melakukannya . Antaranya baca quran dalam kereta, pakai baju kurung, berzikir guna tasbih digital dan sebagainya.
- Mengapa baca yasin??Tak boleh baca surah lain??
- Mengapa 3 kali
3 kali itu ialah kadar yang baik antara magrib dan isya'. Tidak boleh ke baca lebih dari 3 kali??. Lebih dari itu pun tidak mengapa, tafaddhol, tapi bacalah secara tartil dan penuh penghayatan.Adalah lebih baik kita membaca Yasin 1x secara bertenang-tenang beserta dengan kuliah ” APA ITU NISFU SYA’BAN “…Rasanya itu lebih baik daripada membaca Yaasin 3 kali dalam keadaan kelam kabut dan tunggang langgang,melanggar segala hukum tajwid . Moga-moga sinaran ayat Al-Quran itu menusuk ke sanubari. Lalu bercahayalah hati(:
Teman-teman..!!!!Moga setiap 'amalan kita berterusan biarpun sedikit, juga ikhlas sebagai prasyarat. Moga-moga ALLAH menjadikan kita orang-orang yang sentiasa bertaqwa kepadaNYA, ditetapkan hati dijalanNYA.
'Ala kulli hal wallahuta'ala 'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan