I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 23 Januari 2010

TERGENDALA!

In the name of ALLAH most gracious and merciful.

Segala puja dan puji bagiNYA ALLAH pencipta alam, selawat serta salam pada junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.a.w.

Lebih kurang sebulan lagi imtihan niha’i(FINAL EXAM) bakal menjelma.

Masa yang ada ingin dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Mungkin dalam masa yang agak lama, blog ini tak dapat di update.

Pohon maaf atas segalanya.

Pohon dari hati yang tulus doa untuk diri ini moga dipermudah kan segalanya.

Dan buat semua:

Moga iman makin bertambah, sihat yang menguatkan ibadah, hati yang mendalam taqwanya.

Sedikit nukilan dari Syeikh Haidar Almunem

" Markah yang didapati hasil imtihan bukanlah tujuan utama kita, yang penting kefahaman dalam pembelajaran dan hasil tatbiq dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai markah diakhirat, itulah matlamatnya. jadi janganlah antum semua runsing mengenai hal peperiksaan, cumanya belajarlah dengan ikhlas kerana ALLAH dan ambil manfaat dari ilmuNYA.

Sedikit tips muhasabah peperiksaan moga jdi panduan bersama.

http://ibtisamsyarha.blogspot.com/2009/01/tip-mencapai-kejayaan-cemerlang-dalam.html

MOGA ALLAH MERAHMATI SEMUANYA.amin

Remaja Mulia~.sambungan

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah , pertama ,selama dan seutamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat ILLAHI, limpahan rahmat dan kasih sayang NYA sangat lah tinggi. Wahai jiwa yang murni, lafazkan kesyukuran dalam setiap detik hidupmu.

JANJI ALLAH itu pasti.

Menyambung kembali kata yang dijanji, remaja mulia “Pembina generasi islami.

******************************
Jaga hati

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.”

Pentingnya dalam menjaga hati remaja sekelian. Hati ialah paksi utama yang akan menzahirkan tindak tanduk manusia itu. Jika punya hati yang bersih, akhlak kan jadi mulia, tapi jika hati dipenuhi noda hitam dek maksiat, maka terzahirlah peribadi yang penuh dengan sifat mazmumah(keji).

Remaja mulia
yang dikasihi, Kembali nilai peribadi, Punyai hati yang mulia atau keji, Pasti hidupkan terpuji.

Remaja mulia perlu jelas matlamat

1.Dari mana kita datang?

2. Mengapa kita didatangkan?

3. Dan kemana kita akan kembali?

Inilah tiga persoalan yang besar yang perlu remaja mulia fikir, ketiga kompenan ini
menggabungjalinkan matlamat keberadaan kita didunia ini. Firman ALLAH:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKU”

1. Dari mana kita datang adik-adik yang dirahmati ALLAH??

Orang biasa akan jawab: kita datang dari tanah.Betul, tidaklah jawapan itu salah, tapi remaja mulia jadilah remaja luar biasa jawapan perlu lebih jelas.“ KITA DATANG DARI ALLAH”

2. Mengapa kita didatangkan?

Jelas adik-adik yang dikasihi ALLAH, kita datang sebagai hambaNYA, diwujudkan untuk taat dan patuh kepadaNYA, malah seluruh pengabdian ini hanyalah semata-mata keranaNYA.

Sekali lagi disini: Firman ALLAH:

3. Ke mana kita akan kembali??

Ke mana lagi jasad dan roh kan pulang, melainkan pada Tuan pemiliknya. Kita kan kembali pada ALLAH, DIAlah pemilik hati dan jiwa.
Moga segala ghoyah (matlamat kita kerana ALLAH)

*************
Segala pancaran jiwa, akan berkilauan jika ia adalah semata-mata kerana ALLAH.
Mungkin banyak lagi tips-tips MENCAPAI REMAJA MULIA yang perlu diterokai.
Senang kan, nak jadi remaja mulia. THINK POSITIF, JAGA IMEJ DAN SAHSIAH, JAGA HATI, JELAS MATLAMAT dan banyak lagi jalan menuju remaja mulia.

Moga segala perkongsian yang sedikit ini member manfaat

“sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak yang melalaikan”

p/s:(: selamat menghadam wahai remaja islam

Selasa, 12 Januari 2010

Remaja Mulia

Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi maha penyayang.
Untuk entri kali ini ingin diri ini kupas sedikit, bagaimana nak bentuk remaja mulia, selaras, sesasar yang syariat tuntutkan. Moga 2 dapat panduan dari ALLAH.

Ingatlah ,apabila bergelar remaja ni, banyak cabarannya, kuat mehnahnya, apatah lagi orang yang sangat asing jiwanya dari kaunseling dan motivasi diri. Mereka akan jauh pergi dengan sikap-sikap dan nilai yang tak terkawal, susah dikawal.

“Remaja mulia Pembina generasi khaira ummah”. Mereka ini akan membawa nilai-nilai kebaikan dan syariat islam berteraskan dua paksi iaitu Al-quran dan As-sunnah. Mereka juga akan menguatkan benteng pertahanan islamiyyah dengan fikrah yang jelas lagi terang zahir melalui akhlak mulia pembina qudwah unggul. Tapi bagaimana ye nak bentuk remaja mulia ni??

Perlu jaga imej dan syakshiah islam.

Islam agama yang lain dari yang lainnya. Malah islam adalah agama yang diredhai ALLAH disisinya.
“Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah islam”.
Perlakuan, pemakaian remaja mulia perlu bersih, perlu jernih. Kerana apabila mengutamakn kebersihan ia adalah salah satu ibadah yang diumpakan sebahagian daripada iman

“ Sesungguhnya kebersihan adalah sebahagian daripada iman”
(hadis maudhu')

Imej islam juga boleh dicalari dengan pemakaian islam yang tidak terjaga. Mungkin kita pernah dengar orang berkata..” Dia ni islam tapi YA ALLAH, dasyat pemakaiannya, kalah orang barat ni.” Bukan kah dah tercalar imej islam??

Perlakuan ?? agak berat untuk dibincangkan. Mungkin wahai remaja mulia, kembali muhasabah dan nilai diri, apakah soleh perilakumu, apakah muslih tindakkanmu??

Remaja mulia,

Jiwanya perkasa,

Mindanya, hatinya sentiasa berbicara:

“ALLAH, ALLAH, ALLAH,”Tuhan yang Esa,

Tiada Tuhan melainkan Dia,

Remaja mulia,

Tak gentar jiwanya tatkala datang ujian bertimpa,

Baginya, itu adalah tanda kasih sayang Tuhan yang esa.

Think Positif

Fikiran, minda dan hati…..

Letakkan segala2nya dalam keadaan lapang. Tenangkan apa jua yang berkecamukan. Tarik nafas…istigfar, selawat ke atas nabi junjungan mulia.
Remaja mulia akan sentiasa positif jiwanya, kadang2 dia merasakan ALLAH uji apa yang dia rasa tak termampu, tapi sebenarnya dia amat mampu kerana….

“ALLAH tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya”

Kita singkap kembali kisah kekasih yang kita kasihi… Pemergian orang yang dikasihi iaitu ayah bonda Nabi sedari dia masih kecil lagi. Mengapa ALLAH mentakdirkan begitu.?? Hanya ALLAH yang mengetahuinya. TAPI!!!! Walau begitu ia membuatkan nabi berdikari , tabah, dan mantap atas apa jua yang dilalui, malah kuat jati diri.

Tak sanggup untuk diri ini terus untuk menyambung cerita tentang keperitan dan ujian yang menimpa baginda s.a.w , tapi begitulah remaja mulia, ALLAH uji kadang-kadang nak bagi kita tabah, hebat, dan sebagainya, bukan nak buat kita lemah, tersungkur dan sebagainya . Kita kena positif dari segala sudut yang baik, ambil iktibar agar jadi panduan hidup.

Remaja mulia yang ku kasihi bersambung nanti :) …..

Isnin, 4 Januari 2010

Mengajak hati beristigfar

Assalamualaikum…….
Peristiwa beberapa minggu lepas membuatkan hati ini terus beristigfar…istigfar…dan istigfar.

Petang itu petang indah, dihiasi suara zikrullah makhluknya dan juga hiruk- pikuk kenderaan yang sentiasa mengaum di tengah Bandar raya, ana dan anak buah ke sebuah tempat yang boleh dikatakan tempat yang dikenali di Kuala lumpur. Setelah selesai urusan kami, kami bergegas untuk menunaikan solat yang akan masuk sebentar lagi. Kami mempersiapkan diri.

Masa itu hujan amat lebat, disusuri hiruk pikuk kenderaan. Setelah kendengaran azan, ana terus bergegas ke tempat solat bahagian muslimat. Selesai solat dan sebagainya, anak bergegas menuju ke a rah anak buah yang telah siap sedia menunggu dibawah. Sebelum menuruni tangga, ana mencari sandle ~selipar~ ana, tapi hampa, cari punya cari, nun jauh sana baru ana jumpai selipar tersebut. “ALLAH, kenapa macam tu??”…dalam hati ana, tak terlintas langsung apa-apa yang tak sepatutnya Cuma, ana fikir mungkin orang nak cepat tak sengaja membuatkan selipar ana terperosok jauh.
Setibanya ana berhampiran anak buah, anak terkejut melihat muka pucatnya. “Kenapa??” ana bertanya.

Selepas anak buah ana menceritakan semuanya, kami tak putus-putus beristigfar.
Rupa-rupanya selipar ana dalam keadaan begitu ada sebabnya. Seorang pak cik, mungkin penjaga masjid itu telah membuat selipar ana begitu. Diceritakan bahawa, selepas ana menaiki tangga untuk ke bahagian solat muslimat, pakcik itu memanggil ana, tak ana dengari ,dia suruh orang lainpula memanggil ana, tapi orang tersebut enggan…disebabkan masa itu azan berkumandang ditambah lagi hujan, ana tidak mendengar sedikit pun panggilan itu. Apabila panggilannya ana tidak endahkan ,pak cik itu tidak berhenti setakat itu sahaja malah dia mengatakan apa yang tak sepatutnya dan terus meyepak selipar ana jauh dari situ.

Ana akui itu salah diri ini, kerana tak sepatutnya ana letak selipar di bahagian tangga, tapi oleh kerana hujan dan simen basah ana naik satu anak tangga untuk masuk ke bahagian solat dan meletakkan selipar disitu.

Orang ramai yang lalu lalang semua tergaman dengan perbuatan pakcik tersebut. Mungkin kerana nampak agak kasar..Wallahua’lam..

ALLAH…pak cik yang dikasihi ALLAh..moga dirimu terus bersabar diatas ketidaktahuan ku yang lemah ini. Bagus tindakan sebegitu iaitu menjaga kebersihan masjid iaitu “RUMAH ALLAH” ..pahalanya amat besar sekali disisi ALLAH, tapi tidak wajar dilakukan sebegitu kerana islam bukan agama yang kasar, bukan agama yang membuat orang lain takut melihatnya, tapi islam itu Syumul, islam itu indah,lembut dalam nasihatnya islam itu mencakupi segala-galanya. Takkah islam terfitnah jika si jahil yang belum mengenal islam, tapi hati terdorong nak mengenal islam melihat perbuatan itu????

Maafkan diri ana kerana buat pakcik hilang sabar, tapi ana manusia yang sangat lemah, yang sangat alpa, jadi tolong ingatkan dengan cara yang islam ajari iaitu dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik.
Jika orang yang dekat dengan masjid boleh hilang sabar sebegitu apatah lagi yang diluar sana. YA ALLAH ampuni dosa hambaMU ini..bimbang kerana diriku,,, islam terfitnah…ALLAH…..Astagfirullah…

KU Panjatkan PadaMU~ILLAHI

YA ILLAHI....

Bungakan hati ini dengan ayat-ayat cintaMU....
Seseungguhnya dikau pemberi segala nikmat pada makhlukMU

KU pohon...
Kau peliharalah hati-hati yang sedang menuju jalan cintaMU...
Kuatkan mereka pada mehnah dunia yang fana ini....

Kembalikan mereka ke jalanMU....
Tunjukkan mereka jalan cinta agungMU...

Tiada yang utama dan seutamanya melainkan kesyukuran padaMU...

Oleh itu illahi rabbi...
Jadikan AKu dan mereka hamba-hamba yang mensyukuri nikmat MU...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails