I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 4 Januari 2010

Mengajak hati beristigfar

Assalamualaikum…….
Peristiwa beberapa minggu lepas membuatkan hati ini terus beristigfar…istigfar…dan istigfar.

Petang itu petang indah, dihiasi suara zikrullah makhluknya dan juga hiruk- pikuk kenderaan yang sentiasa mengaum di tengah Bandar raya, ana dan anak buah ke sebuah tempat yang boleh dikatakan tempat yang dikenali di Kuala lumpur. Setelah selesai urusan kami, kami bergegas untuk menunaikan solat yang akan masuk sebentar lagi. Kami mempersiapkan diri.

Masa itu hujan amat lebat, disusuri hiruk pikuk kenderaan. Setelah kendengaran azan, ana terus bergegas ke tempat solat bahagian muslimat. Selesai solat dan sebagainya, anak bergegas menuju ke a rah anak buah yang telah siap sedia menunggu dibawah. Sebelum menuruni tangga, ana mencari sandle ~selipar~ ana, tapi hampa, cari punya cari, nun jauh sana baru ana jumpai selipar tersebut. “ALLAH, kenapa macam tu??”…dalam hati ana, tak terlintas langsung apa-apa yang tak sepatutnya Cuma, ana fikir mungkin orang nak cepat tak sengaja membuatkan selipar ana terperosok jauh.
Setibanya ana berhampiran anak buah, anak terkejut melihat muka pucatnya. “Kenapa??” ana bertanya.

Selepas anak buah ana menceritakan semuanya, kami tak putus-putus beristigfar.
Rupa-rupanya selipar ana dalam keadaan begitu ada sebabnya. Seorang pak cik, mungkin penjaga masjid itu telah membuat selipar ana begitu. Diceritakan bahawa, selepas ana menaiki tangga untuk ke bahagian solat muslimat, pakcik itu memanggil ana, tak ana dengari ,dia suruh orang lainpula memanggil ana, tapi orang tersebut enggan…disebabkan masa itu azan berkumandang ditambah lagi hujan, ana tidak mendengar sedikit pun panggilan itu. Apabila panggilannya ana tidak endahkan ,pak cik itu tidak berhenti setakat itu sahaja malah dia mengatakan apa yang tak sepatutnya dan terus meyepak selipar ana jauh dari situ.

Ana akui itu salah diri ini, kerana tak sepatutnya ana letak selipar di bahagian tangga, tapi oleh kerana hujan dan simen basah ana naik satu anak tangga untuk masuk ke bahagian solat dan meletakkan selipar disitu.

Orang ramai yang lalu lalang semua tergaman dengan perbuatan pakcik tersebut. Mungkin kerana nampak agak kasar..Wallahua’lam..

ALLAH…pak cik yang dikasihi ALLAh..moga dirimu terus bersabar diatas ketidaktahuan ku yang lemah ini. Bagus tindakan sebegitu iaitu menjaga kebersihan masjid iaitu “RUMAH ALLAH” ..pahalanya amat besar sekali disisi ALLAH, tapi tidak wajar dilakukan sebegitu kerana islam bukan agama yang kasar, bukan agama yang membuat orang lain takut melihatnya, tapi islam itu Syumul, islam itu indah,lembut dalam nasihatnya islam itu mencakupi segala-galanya. Takkah islam terfitnah jika si jahil yang belum mengenal islam, tapi hati terdorong nak mengenal islam melihat perbuatan itu????

Maafkan diri ana kerana buat pakcik hilang sabar, tapi ana manusia yang sangat lemah, yang sangat alpa, jadi tolong ingatkan dengan cara yang islam ajari iaitu dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik.
Jika orang yang dekat dengan masjid boleh hilang sabar sebegitu apatah lagi yang diluar sana. YA ALLAH ampuni dosa hambaMU ini..bimbang kerana diriku,,, islam terfitnah…ALLAH…..Astagfirullah…

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails