Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah , pertama ,selama dan seutamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat ILLAHI, limpahan rahmat dan kasih sayang NYA sangat lah tinggi. Wahai jiwa yang murni, lafazkan kesyukuran dalam setiap detik hidupmu.
JANJI ALLAH itu pasti.
Menyambung kembali kata yang dijanji, remaja mulia “Pembina generasi islami.
******************************
Jaga hatiSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.”
Pentingnya dalam menjaga hati remaja sekelian. Hati ialah paksi utama yang akan menzahirkan tindak tanduk manusia itu. Jika punya hati yang bersih, akhlak kan jadi mulia, tapi jika hati dipenuhi noda hitam dek maksiat, maka terzahirlah peribadi yang penuh dengan sifat mazmumah(keji).
Remaja mulia yang dikasihi, Kembali nilai peribadi, Punyai hati yang mulia atau keji, Pasti hidupkan terpuji.
Remaja mulia perlu jelas matlamat
1.Dari mana kita datang?
2. Mengapa kita didatangkan?
3. Dan kemana kita akan kembali?
Inilah tiga persoalan yang besar yang perlu remaja mulia fikir, ketiga kompenan ini
menggabungjalinkan matlamat keberadaan kita didunia ini. Firman ALLAH:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKU”
1. Dari mana kita datang adik-adik yang dirahmati ALLAH??
Orang biasa akan jawab: kita datang dari tanah.Betul, tidaklah jawapan itu salah, tapi remaja mulia jadilah remaja luar biasa jawapan perlu lebih jelas.“ KITA DATANG DARI ALLAH”
2. Mengapa kita didatangkan?
Jelas adik-adik yang dikasihi ALLAH, kita datang sebagai hambaNYA, diwujudkan untuk taat dan patuh kepadaNYA, malah seluruh pengabdian ini hanyalah semata-mata keranaNYA.
Sekali lagi disini: Firman ALLAH:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKU”
3. Ke mana kita akan kembali??
Ke mana lagi jasad dan roh kan pulang, melainkan pada Tuan pemiliknya. Kita kan kembali pada ALLAH, DIAlah pemilik hati dan jiwa.
Moga segala ghoyah (matlamat kita kerana ALLAH)
*************
Segala pancaran jiwa, akan berkilauan jika ia adalah semata-mata kerana ALLAH.Mungkin banyak lagi tips-tips MENCAPAI REMAJA MULIA yang perlu diterokai.
Senang kan, nak jadi remaja mulia. THINK POSITIF, JAGA IMEJ DAN SAHSIAH, JAGA HATI, JELAS MATLAMAT dan banyak lagi jalan menuju remaja mulia.
Moga segala perkongsian yang sedikit ini member manfaat
“sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak yang melalaikan”
p/s:(: selamat menghadam wahai remaja islam
1 ulasan:
Salam alaik ukhti ibtisam.
Ye, moga manfaat bersama. Moga remaja yang ada bangkit sebagai generasi islami.
Suka ayat ni
"sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak yang melalaikan".
~cahaya petunjuk~
Catat Ulasan