Buku ini ialah karya Kak Fatimah Syarha Mohd Nordin. Alhamdulillah, fikrah yang jelas telah membuatkan beliau berjaya menghasilkan beberapa karya dan juga novel islamik yang sangat membina, khususnya buat remaja2 yang masih lagi samar2 dalam permasalahan hidup. Antara karya beliau sebelum ini ialah, Seindah Mawar Berduri, Syabab Musafir Kasih, Tautan Hati, dan yang terbaru ialh Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul.
Karya terbaru penulis ini adalah buah tangan beliau selepas mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.Jesteru itu sedikit sebanyak pengalaman beliau berjaya dikongsi bersama dalam menghidupkan watak di dalam karya beliau kali ini,malah watak dalam karya beliau kali ini adalah jalan hidup penulis(fatimah syarha) sendiri sehingga ke alam perkahwinan.
Mengutamakan Kasih ALLAH dan Rasul adalah yg semestinya bagi setiap muslim, jiwa yang di pandu dengan cinta ALLAH akan mendapat cinta orang yang mencari cinta ALLAH.
Begitulah apa yang terkandung dalam buku ini. Adalah cara yang terbaik menjadikan sunnah RAsulullah di dalam perkahwinan.
Penulis juga sedikit sebanyak berkongsi sunnah-sunnah dialam perkawinan di dalam karya kali ini dan juga panduan-panduan terhadap para isteri dan juga para suami serta para bakal suami isteri. Karyanya punya perbezaan dengan novelis-novelis islamik yang lain seperti Abu Hassan Morad dan Habiburrahman el-Shirazy (Kang Abik). Penulisannya sangat indah, menyentuh hati, membangkitkan semangat, unik,tersendiri dan memberi pedoman kepada penulis. Tunjang kekuatan karya-karyanya bukanlah cinta insani semata-mata, tetapi ia mengajar kita hidup dalam suasana Tarbiyyah; mencipta dan mengekalkan ummah yang terdidik dengan ajaran Islami sepenuhnya.
Banyak iktibar dan mutiara pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan ini lebih-lebih lagi sebagi seorang remaja kerana ujian di usia remaja ini sememangnya mencabar iman dan taqwa. Gemilangnya sesuatu ummah itu ialah apabila para pemudanya termasuk remaja mempunyai susuk peribadi yang mantap dan mapan. Nafsu yang dikawal ketat dengan iman dan taqwa maka kebinasaan dapat dihindari. Selaku seorang muslimah, yang juga sedang meniti alam remaja, tidak dinafikan ujian 'cinta' sememangnya ujian yang sinonim pada kebanyakan remaja. Berapa ramai yang mampu mempertahankan sebuah prinsip demi Allah dan Rasul? Sama-sama kita renung kembali jauh ke dalam diri. Moga ada perubahan yang dapat kita lakukan dalam hidup setelah membaca buku ini.
Dapatkan manfaat dari buku ini!
sama-sama hayati apa yg di bawa oleh penulis ini. Apa yang di amalkan di dalam hidupnya hingga melahirkan peribadi yang hebat.
Beli di : http:// www.telagabiru.net.my
Sumber Tambahan :
iluv islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan