I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 15 Mei 2009

Secebis ujian..

Saat hati ini bergetar menyebut asma’NYA, dalam pada itu juga DIA menghadirkan sedikit barangkali secebis ujian yang amat meresahkan hati.

Betullah, untuk mengejar cintaNYA yang hakiki amat susah, penuh mehnah dan duri, amat beruntung orang yang telah memperolehi cinta ALLAH dalam hatinya.

Allah menghadirkan sedikit atau mgkin sezarah ujian ini tanda kasih sayangNYA, sekadar untuk perkongsian bukan kerana merintih beratnya ujian kerana ALLAH menguji hambaNYA sesuai dengan kesanggupan hambaNYA.

Beberapa hari lepas, ummi di bawa ke hospital kerana demam chikungunya,Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi. ALLAH, masa itu terasa dunia ini gelap,selepas menerima sms dari kekanda tercinta,diri ini hampir tidak dapat menjawab midterm soraf yang sedang berlangsung, tapi itu hanya perasaan, yang mengawalnya adalah iman.

Ummi tidak makan selama 2 hari, hanya terbaring, kaki membengkak, nak berjalan pun tidak mampu, ini kerana virus ini menyebabkan anggota badan terutama kaki, sakit teruk pada sendi tangan serta menjdi bengkak. Diri ini juga terasa sayu untuk menjamah makanan..,sedangkan ummi di rumah tidak menjamah apa2 makanan pun…ALLAH sahaja yang tahu perasaan ini..

Diri berbelah bagi, antara balik kampung dengan alwajibat kaltullab di sini yang kian bertimbun..

Tapi Alhamdulillah, ummi dah mula untuk makan walau sedikit, itu sudah menjadi kelegaan di hati ini. Dan kakak dan abang sudah mulai balik kampung untuk jaga ummi.Alhamdulillah…

Dinihari…
Seungkai doa ku panjatkan pada ILLAHI,
Moga ALLAH merahmati kedua ibu bapaku,
Menyembuhkan ibuku,
Memberinya kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaMU,
Memanjangkan umurmu,
Memurahkan rezekimu,
Melindungi dirimu,
Segalanya ku doa buatmu ummi…..

Setelah itu diri ini di kejutkan dengan pemergian datuk sahibah tercinta ke rahmatullah…
ALLAH lebih menyayangi datuk mu adikku,
Moga rohnya yang mulia , di tempatkan ALLAH di kalangan orang2 yg ALLAH naungi rahmatNYA..AMIN.semoga dirimu diberi ketabahan olehNYA..sma2 kita doakan.

Satu hari pasti tiba saat ini buat semua..bila dan bagaimana tidak ketahui..moga ALLAH memberikan kesudahan yang baik kepada kita semua..AMIN..

Selang beberapa jam itu, ibu kepada sahibah tercinta yang dikasihi ALLAH telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan keretanya rosak teruk dan pada waktu yang sama ibunya perlu menghantar adiknya ke hospital.. ALLAH…tak dapat digambarkan perasaan adikku itu, biar tiada perkongsian dari hati ke hati, tapi hati ini mendoakan ibumu dalam keadaan yg baik..ALLAH maha mengetahui, ALLAH maha penyayang..tiada kata dapat di ungkapkan untuk memujukmu..dikau hebat sembunyikan perkara itu dariku..katamu Kalau kita susah jangan bagitahu orang kita susah, tapi kalau kita senang, berkongsilah dengan orang lain..

.Kita soroti kembali perukhwahan di zaman Rasulullah bersama sahabat, terlalu hebat ukhwah itu. Tidak dapat diri ini mengungkapkan dgn kata2. Biar susah sanggup di hadapi bersama, walau senang, di kongsi tanda meraikan..susah mahupun senang, ada sahabat yang berdamping.

Moga ALLAH memberi rahmat ke ats semua. Ujian yg hadir tanda kasih sayangNYA, bukan sebagai kesusahan pada diri manusia itu.

Hajat doa dari semua pembaca untuk ummi Ibtisam, untuk arwah datuk adik Laili, dan Ibu adik Mastura, serta buat semua. Moga ALLAH mentaufikkan kita semua dalam lembayung rahmatNYA.

Allahumma amin..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails