I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 27 Mei 2009

Wudhuk Pembersih Zahir Batin

SEMUA orang hendak cantik. Demi kecantikan, orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap sahaja, mereka sanggup mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa tidak dipedulikan, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik.

kecantikan sebenarnya bukan sahaja terletak pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih
cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."

Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat sepertimana juga puasa .Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh yang tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang benar 2 ikhlas dalam pengamalan mereka.

Sebagaiamna yang kita ketahui Malaikat itu bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.??

Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan.

Jadi sama-sama ambil iktibar bahawa wudhuk yang sempurna akan melahirkan suatu dimensi yang luar biasa. Bukan sahaja lahiriah malah juga batiniah. Orang yang menjaga wudhu’ amt besar ganjarannya di sisi ALLAH.

Wallahuta’ala ‘alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails