I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 12 September 2009

Antara iman dan Hukum:

salam pengakhiran Ramadhan yang bakal meninggalkan kita...moga terus gandakn ibadah...doa moga di pertemukan lagi, Insya'ALLAH..amin

Dalam kitab muwata' ada riwayat yang mengkhabarkan kedatangan satu zaman yang mana hukum tidak dipatuhi kerana manusia belum beriman dengan hukum itu. Riwayat itu juga menjelaskan zaman mereka (para sahabat), hukum dipatuhi kerana mereka telah beriman sebelum hukum itu diperkenalkan.

15 tahun dahulu, antara kritikan utama pencinta Islam ialah amalan riba yang dilaksanakan oleh institusi kerajaan. Tidak ada bank Islam, tidak ada pinjaman perumahan Islam dan tidak ada takaful insuran Islam.

Zaman itu telah berlalu. Kini apa yang dihajati telah dipenuhi. Pakej-pakej Islam telah wujud dalam semua bank. Kerajaan juga telah menawarkan skim pinjaman perumahan dan kenderaan cara Islam. Takaful Malaysia dan takaful nasional sedang giat mempromosi pakej-pakej terbaru.

Tetapi malangnya penglibatan umat Islam dalam skim-skim yang ditawarkan oleh institusi Islam masih kecil dibandingkan dengan bilangan umat Islam 13 juta orang. Di Kuala Krai, Bank Islam masih kurang dikunjungi umat Islam dibandingkan dengan May Bank yang berhadapan dengan bank Islam. Sistem Takaful juga mengalami nasib yang sama. Orang ramai masih memileh sistem konvensional dibandingkan dengan sistem Islam walaupun dinegeri yang diperintah oleh PAS. Yang peliknya bilangan bukan Islam yang terlibat dalam skim Islam makin bertambah hari demi hari.

Jadi, apakah sebenarnya yang menjadi masalah pokok dalam kehidupann umat? Hukumkah atau krisis iman? Abul Hasan Ali Nadwi menjelaskan bahawa punca sebenarnya adalah krisis iman dan akhlak. Perubahan dalam pemerintahan tidak memberi apa-apa perubahan jika manusia masih lagi manusia yang menyembah hawa nafsu. Sebab itulah Rasulullah s.a.w menanamkan iman dalam dada umat terlebih dahulu sebelum hukum diturunkan.

Usaha menegakkan Daulah Islam perlu disertai dengan pentarbiahan umat secara intensif. Tanpa umat yang beriman, siapakah yang akan mematuhi hukum Islam?

p/s: Sedih kenang masalah akidah, manusia sekarang lebih penting unsur jihad yang tak berasas,dalam kata ilmu yang tiada amal.MOGA ALLAH TAUFIKKAN KITA SEMUA>amin

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails