Kedengaran bunyi mesej, lantas ana tersedar..
ALLAH…tadi mimpi rupanya. Ana berbicara sendirian. Kenapa begitu??ana bertanya dalam hati. Minta ALLAH selamatkan dan lindungi dirinya.
Cepat2 ana mencapai telefon, dan terus menaip mesej.
Salam, tadi saya mimpi jumpa kak.ha atas masjid dengan sahibah2 lain, saya tertidur ats pangkuan kak.ha selepas bertanya khabar. Kemudian akak menangis….lantas saya tersedar, moga ALLAH lindungi akak sentiasa.amin.
Selepas beberapa saat kemudian, telefon berbunyi menandakan ada sms masuk.
1 message received:
From: kak ha
Masya’ALLAH. Hati-hati yang sentiasa mengingatiNYA akan ALLAH tautkan. (: hajat doa dan nasihat berterusan.
Moga ALLAH merahmati diriMU.
Ana terharu pada semuanya, semuanya yang di gelar sahibah. Bukan mudah untuk mencari sahibah yang sama fikrahnya. Tapi Alhamdulillah, ALLAH mengizinkan ana untuk bertemu dengan orang2 yang sentiasa mengajak pada kebaikan, orang yang menjadikan AL-Quran sebagai panduan. Sahibah2 yang saling berlumba ingin membuat kebaikan.
Kenangan
Di P5-306-A
Di situ kenangan terukir indah.
Kami bagaikan satu keluarga yang besar.
Mereka itu adalah yang terisitimewa.
Mereka sentiasa mengingatkan antara satu sama lain.
Jika ALLAH timpakan kesakitan, mereka memujuk diri bahawa sakit itu tanda sayangNYA,
Jika ALLAH timpakan masalah, mereka ingatkan bahawa ada jalan penyelesaianya,
Jika ALLAH timpakan sesuatu yang berat , yang membuat diri tersentuh, mereka ingatkan bahawa ada hikmah di balik semuanya itu.
“ Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”
Moga ALLAH kumpulkan kembali hati-hati ini untuk menelusuri hidup bersama indahnya islam.amin
Pesonanya ukhwah fillah! Bila berjauhan pasti merindu.Bila dekat, pasti tambah erat. Bila tersalah, pasti ada yang membetulkan. Bila beramal, pasti lebih bersemangat. bila sedih pasti ada yang memujuk dan menghiburkan. bila terlalau gembira pasti ada yang mengingatkan. bila berjuang, pasti x keseorangn. Bila lemah, pasti ada yang menghulur tangan..
sayang fillah.
Buat sahibah P5-306-A:
Sahibah di Maahad Muhammadi Pasir Mas:
"moga kita sentiasa di rahmatiNYA dan diredhaiNYA dalam ukhwah ini.amin."
p/s : hajat doa dari kalian supaya k.ha(kak Fatimah Syarha) di permudah urusan oleh ALLAH selamat melahirkan ‘ulamaknya’ pada bulan oktober nanti.
2 ulasan:
salam...
Rindu betul rasanya... Moga diizinkanNya bertemu lagi....
Moga Allah merahmatimu...
Catat Ulasan